Monday, April 20

Pengalaman Bersalin di HTAR, Klang

Salam semua. Cak!

Terkejut tak tetiba je updated blog setelah beberapa tahun kot! Emmm. Sejak PKP ni rasa bosan pulak takde benda nak buat selain masak dan jaga anak. So buka la laptop dan tetiba je rindu nak baca blog sendiri. Bila check balik lama juga ye berhabuk blog ni. Bukan tahap berhabuk je, dah layak dipanggil usang dah. Emmm ada lagi ke pembaca blog kite ni? Whatever la, janji nak simpan kenangan dalam ni. Oh lupa, nak updated la perkembangan diri yang dah sedia kembang ni. Alhamdulilah, now I'm happy with my babies termasuk la baby besar tu, my Husbaby. Buat pengetahuan, kite telah selamat melahirkan seorang puteri yang comel pada 20/2/2020 (best kan tarikh tu). Penantian selama 8 tahun sangat bermakna akhirnya Allah kurniakan rezeki lagi selepas hadirnya Zya Filza (baby first).

Syukur juga Allah permudahkan urusan bersalin, masa nak dekat-dekat tu dah mula rasa susah nak tidur malam, terkenang-kenang, debar-debar tapi bila dah serah diri kat hospital tu rasa macam eh cepatnya. Semuanya berlaku ibarat sekelip mata. Okay ni kite share Kronologi Bersalin, mungkin lain orang, lain bahagiannya. 

Kronologi Bersalin

17/2/2020 
Dah start maternity leave. Dalam hati doa cepatlah bersalin so takde la membazir cuti sebab ambil keputusan untuk cuti awal seminggu dari due date. Yelah risau terberanak kat opis la pulak. Sepatutnya bersalin 24/2/2020. Masa ni belum rasa sakit lagi, hanya perut mengeras secara mild je bila mula pukul 11mlm sampai tertidur.

19/2/2020
Sebelum tidur rasa perut mengeras macam biasa tapi tak lama macam selalu. Rasa tu kejap datang, kejap hilang.Tak konsisten. Jadi dalam hati fikir alahai tak dapat la bersalin date 20/2/2020 tu sebab dah doa-doa kot la boleh dapat date tu. Amboi macam nak dapatkan nombor ekor pulak ye. Ceh! Tapi tak apa redha je lah bersalin hari apa pun janji selamat semuanya.

20/2/2020

12.30am 
Terima kenyataan tak ada rasa contraction ke apa, jadi malam tu tidur je macam biasa.

3.40am
Terjaga dari tidur sebab terasa perut mengeras tapi kali ni start rasa sakit macam sengugut agak kuat. Time ni dah standby buka apps Contraction Timer tu untuk tengok sakit berapa minit sekali.

4.00am
Start contraction tapi masih boleh tahan lagi. Masa ni dah start 10 minit sekali. Dalam hati fikir, eh dah nak bersalin dah ke, masa ni cuba untuk tunggu lagi sejam nak tengok sakit tu konsisten ke tak.

5.00am
Tepat sejam, contraction dah jadi 5 minit sekali. Masa ni terus confident, okay ni betul-betul ni bukan cobaan lagi sebab sakit tu dah naik lagi satu level. Terus ambil towel masuk bilik air mandi bersiap-siap nak ke hospital. Masa ni muka boleh maintain lagi tapi bila contraction datang je boleh tahan  rasa mcm tak cukup nafas jugak la. Dah siap mandi baru kejut husband suruh mandi, tapi tengok gaya macam dia fikir tengah kejut suruh pi keje sebab duk golek-golek lagi. Terus cakap dengan tenang kat husband, "Abang.. kite pergi hospital tau". Terus angguk² laju je dia bersiap.

6.00am
Register kat PAC Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Doktor interview sikit lepas tu dia check bukaan, seluk punya seluk katanya dah 3cm. Doktor tu macam doktor pelatih. Lepas tu dia seluk lagi nak kepastian tiba-tiba dia sebut "Ohhh shitt".. (dia terpecahkan ketuban). Dalam hati aduh macam mana ni kena bersalin secepat mungkin takut baby lemas pulak. Masa tengah check dia boleh plak dia cakap baby macam songsang la ape la, lepas dia report kat senior dia, senior tu suruh buat scan sebab diorang tanya bila last scan, otak tak boleh berfikir sangat dah nak fikir. Bila check nasib baik kedudukan kepala baby betul. Lepas scan doktor tu beritahu yang dah kena terus masuk labour room dan  kena induce melalui drip sebab alasannya ketuban dah pecah. Emm masa ni berserah dan tawakal je la.

7.00am
Masa ni masih kat dalam PAC lagi menunggu nak masuk labour room, masa ni jugak dah rasa sakit tak keruan. Contraction masih 5 minit sekali. So bila contraction hilang boleh bertenang kejap, tapi bila contraction datang je dah tak boleh duduk diam. Nurse tengok je kite duduk bangun, mundar mandir, pusing kerusi puluh kali. Sampai nurse pon pening ke annoying ke tak sure lah, disuruh kite baring plak kat katil sorong. Takut terberanak kot. Haha! Masa nurse nak bawak katil sorong ke labour room rasa macam nervous gila. Terus rasa nak muntah. Menggelupor nurse lari amik plastik. Masa tu dah baring kiri ke kanan, kanan ke kiri sampai kena sound dengan nurse suruh baring elok² sbb takut jatuh plak.

8.00am
Masuk ke labour room. Nurse suruh mengesot perlahan-lahan dari katil sorong ke katil labour room tu. Tapi terperanjat nurse sebab tengok orang nak beranak boleh bergolek laju bukannya mengesot. Macam biasa kena sound lagi satu kali "Puan, saya cakap mengesot, bahaya ni kalau jatuh kami yang susah". Whatever la sebab dah tak boleh bayang macam mana nak mengesot tu sebab kepala fikir sakit kan. Haha! Dah baring atas katil tu, nurse siap pasang segala alat kat perut untuk tengok bacaan  CTG. Masa ni macam dah sakit kuat sebab dengar Nurse ckp "Wooo tinggi tu". Tak lama lepas tu doktor pun datang untuk check bukaan. Bila check tiba-tiba dah 8cm. Maka, tak jadilah nak induce. Fuh selamat!

9.00am
Doktor bagitahu bukaan dah besar cuma perut masih tinggi lagi. Maksudnya baby belum turun bawah lagi. Jadi sepanjang menunggu tu doktor suruh meneran saja-saja bagi baby tu turun slow-slow. Banyak kali jugak percubaan. Masa ni tengok jam macam lajunya masa berlalu, husband pun doktor dah panggil masuk. Masa ni langsung tak tengok muka Husband sebab taknak rasa lemah or mengada-ngada pulak. Cuma dengar la dia bagi support dengan tarik nafas keluar nafas kat sebelah. Haha! Nurse bagi sedut wap tu bagi kurang rasa sakit tapi macam takde effect apa pun, still jugak sakit. Terasa macam bebanan pulak apasal kena pegang benda alah ni. Masa contraction tu duk layan je sampai lupa ada benda tu. Doc suruh tekap hidung baru letak. Haha!

10.05am
Selepas puas meneran ulang kali, dah nampak kepala. Doc kata kite pandai teran tapi tak cukup nafas nak teran lama-lama. Jadi, doktor dan nurse cuba bantu sebab takut baby lemas pulak kalau lama-lama (tolak perut ke smack down perut ke apadia). Masa ni tak rasa sakit contraction, sebab rasa sakit perut macam kena smack down dengan nurse. Adui haha! Time dah nampak kepala tu mana datang pasukan sorak sebab tiba-tiba je dalam tu ramai nurse bagi support. Alhamdulilah, akhirnya lahirnya puteri comel kami.

Puteri comel kami yang kedua ni diberi nama Zara Fathia. Lahir 2.9kg, 20/2/2020 jam 10.05am.


Zara Fathia masa hari pertama. Fresh from perut Mommy.


Pertama kali bersua muka dengan Daddy. Moment yang paling berharga buat semua wanita bila dengar suami azan dan iqamah kan anak kita. Masa bersalin tak menangis tapi masa ni bergenang juga la air mata lagi-lagi tengok Husband pon bergenang sama. Apapun kite nak ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga buat doktor-doktor dan nurse kat Hospital Tengku Ampuan Rahimah kerana telah memberikan servis yang terbaik sepanjang kte ada kat sana. Buat yang tengah survey nak bersalin kat hospital kerajaan, HTAR juga adalah antara hospital terbaik review nya. Oklah, kat bawah kite share gambar-gambar Zara Fathia buat tatapan teman-teman kite.





Akhir kata semoga Zara Fathia menjadi anak solehah yang mendengar kata, bijak, ceria dan aktif macam kakak dia. Emm next time kite cerita pasal kakak pulak ye. Itu pon kalau mood menulis datang lagi. Bukan kaleng-kaleng nak updated blog ni. Haha! 

Ok semua, salam PKP. Jumpa lagi.

Love,
XOXO
Nemo

Saturday, October 22

Hello, I'm back

Salam semua,

Hi! Alamak. Tetiba rasa nak buka blog. Baca blog sendiri terus terasa rindu sangat-sangat nak menulis macam dulu. Serius bila buka blog terasa ada sentimental value sikit. Emosi pon ada. Bila baca-baca balik sendiri tanya "Eh, aku ke tulis ni?" Haha!

Hari ni hari Sabtu, kite kerja half day maksudnyaaaaa.. megular kejap! Hehe.

Urmm apa nak tulis eh? Urmmmm. Kenapa eh dah lama tak menulis, padahal ada je pergi event-event yang melibatkan social media. Kenapa eh? First, memang takde masa plus penat kerja. Second, urmm entahlah. Start dari suatu ketika, bila kite rasa menulis blog tak secure kot. Nak kata ada haters entahlah. Memang ada. For sure ada. Tapi takpelah siapalah kite untuk buat orang suka kat kite kan? So sekarang ni husband kite dah belikan laptop, bolehlah kite menulis balik. (Kalau rajin)  

 
Tapi bukan nak kejar glamour ke, nak show off ke. Bukan. Tapi blog ni adalah salah satu medium yang boleh kite salurkan maklumat, pendapat, ataupun pengalaman. Ye tak? Senang cerita, kalau rasa nak baca silakan, kalau taknak baca pon takpe. No hurt feeling.

Apa cerita sekarang? Urmmm. Macam ni lah. Tak tahu nak story apa. Dah berkahwin, dekat 5 tahun dah. Tak sangka. Tapi macam baru semalam je. Alhamdulilah Allah tahu apa yang terbaik buat kite. Kite jalani hidup happy macam pasangan lain. Tapi tu la dalam hidup kite masih terlalu banyak yang nak dikejar, yang masih belum dicapai. Kita berusaha, Allah yang tentukan. Korang doakan yang terbaik untuk kite okay?

Love,
xoxo
Nemo

Saturday, February 14

Penang With Love Part 3 (Last)

Salam,

Ok ini entri sambungan untuk Part 1 | Part 2

Bangun-bangun pagi tetap sama. Masing-masing sayang betul nak tinggalkan katil. Memang konon-konon je sebelum tido berniat nak keluar pagi-pagi sebab flight kitorang pukul 8:25pm. So dalam pukul 7pm dah kena standby ada kat sana. Maklumlah hari bekerja kan, kitorang ni pakai public transport takut terlepas flight je. Dah siap-siap check out semua Isnin tu kitorang terus naik bas ke Komtar. Tujuannya adalah untuk mencari tempat simpan beg sementara dan dapatkan kaunter ticket bas Hop-on Hop-off. Sampai Komtar pi tanya orang-orang kat situ pasal tempat simpan beg. Settled. Orang kedai tepi tu boleh tolong simpankan beg. RM3 untuk satu beg. Yelah takkan nak mengangkut beg baju berat-berat pi jalan kan. Hilang mood kang.

1. Bus Hop-On Hop-Off Penang

Berkerut tunggu bus. Yang ni salah satu station untuk bus Hop-on Hop-off .

Dari Komtar nak naik bas Hop-on Hop-off tu uols kena jalan kaki sikit ke station Hop-on Hop-off Komtar.  Macam mana nak beli ticket? Senang je. Kat setiap station yang banyak tumpuan ada staff yang pakai T-shirt bas Hop-on Hop-off, so uols boleh tanya dan beli ticket pada dia. Kalau takde siapa yang jaga kat tempat tu uols boleh naik je bas dan beli ticket pada konduktor bas tu. Nanti dia akan bagi resit dan ditukarkan dengan sekeping tiket yang ada barcode. Dalam tu ada record pukul berapa uols naik bas dan ticket tu valid untuk 24jam atau 48jam. Depends berapa jam uols nak pakai. Harga untuk 24jam ialah RM19 seorang.


Tips: Pastikan uols rancang masa betul-betul sebab tempoh bas yang datang dari satu station ke station lain adalah dalam 20minit. So, pandai-pandai tetapkan masa bila berada kat satu tempat supaya uols tak buang masa menunggu bas semata-mata. Sebab untuk hari ni kitorang tak banyak masa so agak rugi sikit lah. Tak dapat saya singgah Straits Quay. Sobs!


2. Padang Kota Lama

First tempat yang kitorang nak pergi ialah Padang Kota Lama. Kat sini uols boleh pergi Fort Cornwallis. Alaaa macam tempat bersejarah jugak la. Harga ticket masuk untuk dewasa RM10 kalau tak silap. Kitorang tak masuk pon, just ambik gambar kat luar je. Malas nak masuk sebab tengah panas terik. Hihi. panas-panas pun sempat bergambar ok. Wajib!

Takde orang. Apalagi. Photoshoot!

3. Mee Goreng Sotong & Coconut Milk Shake


Actually tujuan utama pergi ke Padang Kota Lama ialah sebab mahu melengkapkan misi makan Mee Goreng Sotong. Ramai orang suggest dan suruh pergi sini. Kalau tak menyesal. Kat mana tempatnya? Betul-betul ada medan selera kecik kat belakang Fort Cornwallis ni. Kitorang pergi pun agak-agak je nasib baik betul. Tak susah cari. Punya lah teruja bila nampak papan tanda kedai. Husband mula-mula macam pelik tengok mee dia. Takut-takut dia nak makan. Sekali makan. Pejam-pejam mata tahan sedap. Haha! Uols patut try makan Mee Goreng Sotong kat sini. Memang terbaikkk!

Terbaikkkk!

Sempat ambik gambar masa tengah tunggu bas. Ambik sekeping dua gambar lepas tu couple ni berlari-lari pergi tempat redup.

4. Penang Hill (Bukit Bendera)


Ok destinasi seterusnya, pi panjat Bukit Bendera. Tengok peta macam dekat je laluan dia. Jauh gak la dengan jammed sebab time budak-budak balik sekolah. Saya ingatkan perjalanan dia macam menghala ke bukit-bukit tapi nak bukit tu terasa lama sangat. Banyak laluan kat jalan raya biasa je. Tapi finally berjaya menjejaki tempat Mama dengan Abah honeymoon dulu. Yeay! Hihi.


 We are here!

Favourite picture.

Kat atas Bukit Bendera.

Kitorang pergi hari Isnin kan, so tak payah risau nak tunggu turn naik turun tren. Sampai-sampai terus dapat naik tren sebab orang memang tak ramai. Boleh tahan laju. First time gak kitorang naik. Kejap je sampai atas dan turun bawah. Sampai atas pulak tak banyak benda sangat pun. Sejuk bila kat tempat banyak pokok. Tapi panas bila kat tempat terdedah. Oklah buat-buat ambik gambar romantis bersama tersayang. Gitu!

Tinggi tak?


Misi berjaya lagi untuk ambik gambar kat tempat orang gantung-gantung Love Lock tu. Nak gantung sendiri punya lupa bawak. Nak beli mahal. Kalau tahu curik je pad lock kat rumah gantung kat sini. Takpelah bang. Ku kunci cintamu dalam hatiku je. Eh?

Mana satu uols punya?

Dah habis pusing, dah mintak nak balik dah.

Turun balik. Muka pasrah.

5. Jeruk Madu Pak Ali



Sebelum balik KL wajib singgah Chowrasta. Belikan jeruk sepaket dua bawak balik orang kat rumah. Kat sini ada jual macam-macam buah tangan untuk bawak balik. Kopi ada, gula-gula ada, souvenior pon ada. Tapi Jeruk Madu Pak Ali paling famous kat sini. Apa yang special, jeruk ni takde bahan pengawet dan takde ubat jeruk tu. Asid ok tak elok makan. Jeruk yang ni dia pakai madu asli.

6. Airport Bayan Lepas, Penang
Dari Chowrasta kitorang naik CAT Bus je untuk ke Komtar balik, dari Komtar nak ke Airport uols boleh naik Rapid bas 401,401E dengan 102. Harga ticket dalam RM2.70 kalau tak silap. Lagi jimat kalau banding naik taxi. Alhamdulilah perjalanan lancar cuma frust gila tak sempat ambik gambar kat Straits Quay. Nak pi jalan-jalan kat pantai pun tak sempat. Sobs!

So, itu saja yang dapat saya kongsikan. Harap dapat membantu uols yang nak pergi bercuti ke Penang dengan bajet yang rendah. Finally tercapai hasrat kitorang nak pi honeymoon kat Penang tapi taknak yang versi selesa. Nak feeling-feeling naik public transport macam mat saleh tu. Lagi best dan mencabar. Macam percutian ala-ala bagpacker ah kiranya. Haha. Insyaallah lepas ni kitorang nak pi tempat lain pulak. Kumpul duit dulu. Okbai.


Tamat.
Lazada Philippines