Monday, September 14

konsep SMS

ceh3..baca tajuk je dah macam tajuk kecik nak wat PSM (projek sarjana muda) kan? kan? hehe..actually, saja je cerita pasal tajuk ni kat korang..Short Message Service(SMS)ataupun dikenali Sistem Pesanan Ringkas ni dah digunakan semakin meluas..Pada asalnya ia digunakan untuk menghantar mesej kepada seseorang melalui teks..tapi sekarang dah macam-macam orang wat guna SMS kan..?

Khidmat pesanan ringkas telah menjadi gaya hidup pada semua lapisan masyarakat. Semuanya bermula dengan pengundian secara SMS di dalam program televisyen Juara Lagu, TV3 dan sebagainya. Tidak lama selepas itu kemunculan muat turun untuk Ring Tones secara SMS selain itu juga semakan saman kenderaan lalulintas juga boleh dibuat melalui SMS. Daripada situ, bukan sahaja penduduk Malaysia sahaja menyedari kepentingan dalam penggunaan SMS malahan ia memberi laluan kepada pemberi maklumat mesej tersebut dan juga pelanggan perkhidmatan(Chong, 2006).

Begitu juga dengan kehidupan seharian shaye, SMS menjadi keperluan kerana ia menjadi penghubung antara shaye dengan sesiapa..disebabkan bilik adalah tempat favourite shaye dan jarang keluar bilik, teman-teman serumah shaye akan menghubungi shaye melalui teks ataupun YM..kejam tak?haha.. agak meluas penggunaan SMS hinggakan ketika shaye blaja di kolej beberapa tahun yang lepas, even shaye dan kawan shaye duduk bersebelahan, kami akan berbalas msg untuk hal-hal tertentu(mengumpat).. haha!

Macam mana pula dengan hal yang diingini seperti seseorang itu mengambil kesempatan dengan menghantar "SMS hantu"(sekitar tahun 2005) atas tujuan tak baik seperti mengugut,mempermainkan, dan sebagainya yang telah memaksa kerajaan Malaysia untuk mendaftarkan ke semua pengguna telefon bimbit prabayar untuk mendaftarkan nombor telefon mereka dengan pihak syarikat telekomunikasi masing-masing.Kejadian tersebut adalah berpunca daripada pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menyebarkan fitnah dan juga menimbulkan kekacauan melalui SMS semata-mata untuk kepentingan peribadi. Lebih-lebih lagi penggunaan telefon bimbit dah pun meluas buat masa sekarang hinggakan anak-anak kecil pun dah punya telefon bimbit kan..kan?

Namun begitu pesanan-pesanan SMS pernah mengakibatkan beberapa perubahan-perubahan yang ketara dalam masyarakat. Beberapa petikan seperti:

• Januari 2001, Joseph Estrada dipaksa turun takhta sebagai Presiden Filipina. Kempen menentangnya diselaraskan melalui sistem pesanan ringkas SMS.

• Julai 2001, pihak berkuasa Malaysia memutuskan bahawa dalam menjatuhkan talak, tidak boleh dilakukan melalui SMS. Ini disebabkan tidak jelas siapa yang menghantarnya. Siapa sahaja boleh meminjam atau mencuri telefon bimbit dan menghantar pesanan tersebut. Tiada bukti seperti tulisan, suara yang boleh dicamkan, atau saksi yang boleh mengesahkannya. Talak tersebut perlu didaftarkan di Mahkamah atau Pejabat Kadi sebelum ia disahkan.

korang rasa2 SMS ni banyak kebaikan ke keburukan ya??

*bergantung kepada diri sendiri sebenarnya..=)

1 comment:

SHELYN said...

owh...ak rase sms 2 da jd sbhgn lam idup ak...lau 1 arie jew xpgng hp 2 da mcm xbiase plak...kuangx3...i rase sms 2 pown 1 care bg kte luahkn perasaan...i mean,lau mcm kte yg xbrp pandai xpress feeling lam 2,leh gune sms ngn sebaek-baeknyer...nk minte maap ker,nk luah isi atye ker...mcm2 leh...plg penting 2 anta maklumat penting lu...ttg meetin kew,discusion kew,sume habit kteronk sbg mahasiswa/i...hahaha...kn?XD

Lazada Philippines