Monday, November 9

10 kualiti lelaki buruan wanita

hyep..shaye baca dalam "Majalah Eh!" edisi bila entah..saja nak kongsi dengan kamu semua..guyz! sila baca ok..hehe..ini adalah list 10 kualiti lelaki buruan wanita!


1. Prihatin

Wanita amat menyenangi lelaki yang mendengar teliti setiap butir ucapan mereka dan disusuli dengan reaksi yang menyenangkan.



2. Penawar

Wanita juga menyenangi lelaki dengan kata-kata pujian untuk setiap kejayaannya apatah lagi lelaki yang sentiasa berada di sisinya tatkala musibah datang melanda.



3. Kebebasan

Wanita tidak meminta kebebasan yang keterlaluan, cukup sekadar diberikan hak dalam sesuatu perkara. Jika pasangan kurang menyenangi, teguran atau kritikan lembut lagi membina amat dialu-alukan.



4. Waspada

Selain waspada dari segi tutur kata, waspada akal dan pertimbangan juga antara pakej kualiti yang bakal meletakkan seseorang lelaki itu sebagai sanjungan wanita.



5. Harum

Si Lelaki, sila pastikan anda cukup prihatin akan soal kebersihan diri, kekemasan penampilan dan yang paling penting, anda bebas daripada masalah aroma tubuh yang meloyakan!



6. Pemurah

Wanita menyenangi pasangannya yang tidak terlalu berkira akan soal wang dan perbelanjaan. Bagi pasangan suami isteri, menyerahkan soal catuan perbelanjaan rumah tangga antara mandate yang amat dihargai oleh seseorang wanita. Ini menunjukkan betapa pasangan mereka amat dipercayai dan membuatkan wanita berasa dihargai.



7. Kompromi

Wanita menghargai kehadiran seorang lelaki yang sering berkrompomi dan sedia menerima kekurangan pasangan seadanya. Malah lelaki yang tidak terlalu cerewet tidak mengkritik pasangan juga antara ciri-ciri lelaki idaman semua wanita.



8. Penyokong

Dengan dorongan secara fizikal dan emosi, wanita dapat menilai sejauh mana sifat tanggungjawab dan prihatinnya pasangan dalam mewarnai kehidupan mereka.



9. Damai & Cinta

Lelaki yang memiliki sifat cintakan kedamaian adalah lelaki yang tidak berpotensi menjadi pasangan yang bersifat panas baran, kaki pukul atau pendera. Anda perlu ingat! Wanita bukan sekadar mendampingi lelaki untuk disayangi dan dicintai, malah untuk dilindungi dengan sewajarnya.



10. Tanpa Kuasa Veto

Wanita lebih cenderung untuk mendampingi lelaki yang tidak menjadikan kuasa veto sebagai alasan mengecapi nikmat kehidupan terindah. Contohnya, tidak melandaskan alasan dipandang manis meski bersifat curang, berhak memilih pasangan lebih daripada satu atau tidak menghormati wanita lantaran berpaksikan fahaman bahawa wanita tidak layak setanding dengan lelaki.

4 comments:

Hisham said...

sume tu sy ade...n sy nk tmbah yg ke-11..Romantik...hehe

PiKi said...

yeke??ni ble apply kt awek aku ni..haha..

|| nemo mimosh || said...

bagus sangat la kalau begitu..hihi..:)

suraya said...

sume lelaki di malaysia patut tau bnde ni =P

Lazada Philippines