Thursday, November 5

penyakit susah tidur

kebelakangan ini shaye susah gila nak tidur..entah kenapa..maybe sebab jadual tidur yang tak menentu..adakah shaye dah kena penyakit insomnia?? aduhai..susah la macam ni..meh kita kaji sket apa itu insomnia..

Definisi :
Insomnia ni adalah sejenis penyakit di mana ia terjadi kepada seseorang yang mengalami susah tidur atau susah untuk tidur lena. Insomnia ni juga biasanya disebabkan oleh kerunsingan atau keresahan minda yang mudah terpengaruh serta kesedihan yang dialami mereka dan sebagainya.



Faktor-faktor penyebab Insomnia :

  1. Faktor persekitaran, makanan, keadaan dalaman tubuh badan, masalah penghadaman, kekurangan vitamin serta zat galian.
  2. Mempunyai masalah kesihatan seperti tiroid, anemia, masalah jantung, ulser, sakit kepala, lenguh sendi, sakit buah pinggang serta sawan.


Berikut merupakan cara untuk mengatasi Insomnia :

  1. Menjalani rutin hidup yang sihat misalnya tidak merokok,tidak minum alkohol dan sebagainya.
  2. Memiliki jadual tidur yang cukup dan normal.
  3. Memilih lingkungan waktu yang tenang dan suasana yang selesa untuk tidur.
  4. Bersukan secara rutin dan teratur.
  5. Makan mengikut jadual, dan makan makanan yang menyihatkan dan cukup supaya tidak lapar waktu tidur.
  6. Hindari dari minum terlalu banyak minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, coklat, dan sebagainya.

hmm..shaye kena stabilkan tidur shaye la jawabnye..before ni asyik tak tidur je coz nak exam..huhu..ok2..malam ni kena tidur awal..faham semua?

sekian terima kasih..

1 comment:

Lazada Philippines