Thursday, December 31

Erti Bahagia

Entah kenapa hatiku tak senang

Melihat orang lain gembira

Bahagia


Mungkin kebahagiaan itu bukan milik mereka

Kerana suatu sudut yang memerhati terluka

Menderita kerana berpura-pura ketawa

Demi melihat orang lain..

Bahagia


Demi kebahagiaan yang belum tentu akhirnya

Kau tidak menoleh ke belakang

Kau terlupa akan asal usul kau

Kau tidak peduli dengan orang sekeliling kau

Kau telah mengkhianati orang kesayangan kau

Kau telah sakitinya tanpa kau sedari

Yang bermain difikiran hanyalah..

Bahagia


Dengan apa yang kau perolehi

Adakah ini bahagia yang kau cari?

Adakah kau puas setelah melihat orang kesayangan kau bersedih hati?

Oh..aku terlupa..

Apa yang kau tahu hanyalah..

Bahagia


No comments:

Lazada Philippines