Wednesday, September 16

berbuka bersama housemate

semalam bersamaan 14 September 09 kitorang 1 rumah berbuka puasa bersama-sama..kat KFC..yeay! kfc i'm lovin' it..! kitorang gerak dalam jam 8pm (senang tak payah sibuk2 cari masjid nanti)..pastu naik la van beramai-ramai ke KFC Parit Raja yang disegani student2 dari UTHM ni..hehe..tatap je la gamba ok..malas nak cter..korang pun mesti malas nak baca kan? haha..hampeh je taw..=)


dah sampai KFC usha tempat dulu..port baik punye!


apa lagi, jemputlah makan ye..!


yeay! makan KFC! (muka happy)


Sue malu-malu kucing la pulak kan..=p


Kak Ain dan Linda sangat tekun makan ayam KFC...hehe!


me,nurul and sue...(muka kenyang)

then kitorang gi Ekspo Parit Raja, Johor pulak..syiok tu..jual macam-macam benda untuk raya..nak tahu ada apa di sana? jum kita tengok..=P


siapa-siapa yang masih belum punya baju raya, boleh le beli kat sini..banyak pilihan..harga pun boleh dapat murah if nak bandingkan dekat KL..tak caya?? tengok sendiri la..baju melayu pun boleh dapat dalam harga serendah RM50++ dan ke atas..baju kurung apetah lagi..murah beb..tapi shaye tak beli pun..coz dah punya baju raya(jangan membazir).haha..


apa benda langsir-langsir ni?? ha,ni jual lampu kelip-kelip..dia letak contoh la kununnye kan..ok je..cantek juge...xmo???


ha, sesiapa yang nak beli kuih raya, meh le ke sini..banyak juga dijual di sini..rugi tak beli tao..macam shaye(budget tak mencukupi)..so,tengok je..hehe..


ha! bunga-bungaan pun ada..bukan bunga hidup,tapi bunga hiasan..cantek..tapi shaye tak beli pun! sebab?? membazir..kat rumah dah banyak bunga..lagipun macam mana nak bawak balik naik bus..betul tak??


ok,itu saja..banyak lagi gamba tapi tak larat nak upload..japgi korang pun tak larat nak tengok la pulak..ni gambar kitorang dah nak balik hostel dah..tak puas, coz kena balik awal..takut van takde..Ekspo ni dah la sampai pagi..rugi..=(

makan besar

tanggal 11 september 09 iaitu bersamaan dengan hari Jumaat, shaye,Tengku,Nurul dan Amy(kawan Tengku) telah berbuka puasa di luar rumah...maksudnya, berbuka di luar la..hehe..sepanjang puasa tahun ni,ni la 1st time shaye berbuka puasa di luar rumah ketika berada di Parit Raja,Johor ni..so,ni excited gile la nak makan..syiok tu makan..macam terlebih makan pun ade..hikhik..

tatap gamba je la ya..takde ape pun nak cerita...


ha, ni la tempatnye..cantek..banyak lampu..nama restoran ni, Restoran Idaman..so, sape yang makan di sini bakal jadi idaman kot...ceh3..


syiok tu kitorang makan 4 orang je sume ni..cukup ke? hehe..siakap 3 rasa,tomyam campur, telur bistik, telur dadar, kailan ikan masin..ada apa2 lagi nak tambah??
RM60++ semuanya..ok ke?? ok la kot..sedap pun sedap..=)


Tengku bersama ikan idamannya...=p


Nurul dan sayur-sayurannya..

Dengar azan je shaye pun memulakan majlis(sambil pegang sudu dan garpu) dan berteriak "MULA!"..haha! merepek je, of coz la kitorang baca doa dulu kan..=)


lepas makan gi solat jap kat petronas je coz itu je yang dekat masa tu..hehe


Tengku bersama Amy, tersenyum simpul ya! =)


ai..gamba shaye pun wajib ada ok..haha!


then kitorang pun meneruskan perjalanan ke mana,kawan-kawan???
YEAY! BP Mall!!
ada student UTHM sedang buat persembahan masa ni..=)

buat aku tersenyum


Datanglah sayang, dan biarkan ku berbaring
Di pelukanmu, walaupun ‘tuk sejenak…
Usaplah dahiku dan ‘kan kukatakan semua

Reff:
Bila ku lelah tetaplah di sini
Jangan tinggalkan aku sendiri
Bila ku marah biarkanku bersandar
Jangan kau pergi untuk menghindar

Rasakan resahku dan buat aku tersenyum
Dengan canda tawamu, walaupun ‘tuk sekejap…
Kar’na hanya engkaulah yang sanggup redakan aku

Reff:
Kar’na engkaulah satu-satunya untukku
Dan pastikan kita selalu bersama
Kar’na dirimulah yang sanggup mengerti aku
Dalam susah ataupun senang…

Bridge:
Dapatkah engkau s’lalu menjagaku
Dan mampukah engkau mempertahankanku…

Tuesday, September 15

me and BRAND's InnerShine


BRAND's InnerShine?? apa itu? hehe..if korang nak tahu benda ni adalah sejenis pati prun yang kaya dengan serat makanan, tinggi dengan vitamin C dan ia mengandungi Oligofruktosa(apa benda tu) dan Inulin. Sebenarnya Inulin dan Oligofruktosa adalah serat diet boleh larut.Maksudnya, bila kita minum pati ni, ia akan mengurangkan kandungan kalori dalam badan kita.Pati prun ni lebih menjurus kepada kesihatan dalaman supaya dapat menyerlahkan seri kecantikan..Maksudnya, bila dalaman kita sihat,muka kita pun mesti nampak berseri-seri kan? kan? ceh3..



Pati ni juga tiada bahan pengawet..so, eloklah untuk kita yang menjaga kesihatan badan minum benda ni hari-hari..tapi agak bankrap la juga coz 1 pack ada 6 botol je RM 25++..if kita makan tiap2 hari, macam mana tu? hehe..

tapi shaye nak promote la pati ni memang ok and sedap..hehe..dulu2 shaye mempunyai masalah penghadaman,tapi sekarang tak lagi..lancar je sistem dalam badan..(mane shaye tahu?) ceh3.. muke pun jadi kurang berminyak sume..tak cepat letih,dan banyak lagi kebaikannya..lagu dia pun besh..(ade kena mengena ke.haha) If nak tahu, kena lah try sendiri..hehe..

*if dulu, encik M asyik kutuk2 shaye, now dia dah mula puji shaye..=)

Monday, September 14

konsep SMS

ceh3..baca tajuk je dah macam tajuk kecik nak wat PSM (projek sarjana muda) kan? kan? hehe..actually, saja je cerita pasal tajuk ni kat korang..Short Message Service(SMS)ataupun dikenali Sistem Pesanan Ringkas ni dah digunakan semakin meluas..Pada asalnya ia digunakan untuk menghantar mesej kepada seseorang melalui teks..tapi sekarang dah macam-macam orang wat guna SMS kan..?

Khidmat pesanan ringkas telah menjadi gaya hidup pada semua lapisan masyarakat. Semuanya bermula dengan pengundian secara SMS di dalam program televisyen Juara Lagu, TV3 dan sebagainya. Tidak lama selepas itu kemunculan muat turun untuk Ring Tones secara SMS selain itu juga semakan saman kenderaan lalulintas juga boleh dibuat melalui SMS. Daripada situ, bukan sahaja penduduk Malaysia sahaja menyedari kepentingan dalam penggunaan SMS malahan ia memberi laluan kepada pemberi maklumat mesej tersebut dan juga pelanggan perkhidmatan(Chong, 2006).

Begitu juga dengan kehidupan seharian shaye, SMS menjadi keperluan kerana ia menjadi penghubung antara shaye dengan sesiapa..disebabkan bilik adalah tempat favourite shaye dan jarang keluar bilik, teman-teman serumah shaye akan menghubungi shaye melalui teks ataupun YM..kejam tak?haha.. agak meluas penggunaan SMS hinggakan ketika shaye blaja di kolej beberapa tahun yang lepas, even shaye dan kawan shaye duduk bersebelahan, kami akan berbalas msg untuk hal-hal tertentu(mengumpat).. haha!

Macam mana pula dengan hal yang diingini seperti seseorang itu mengambil kesempatan dengan menghantar "SMS hantu"(sekitar tahun 2005) atas tujuan tak baik seperti mengugut,mempermainkan, dan sebagainya yang telah memaksa kerajaan Malaysia untuk mendaftarkan ke semua pengguna telefon bimbit prabayar untuk mendaftarkan nombor telefon mereka dengan pihak syarikat telekomunikasi masing-masing.Kejadian tersebut adalah berpunca daripada pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menyebarkan fitnah dan juga menimbulkan kekacauan melalui SMS semata-mata untuk kepentingan peribadi. Lebih-lebih lagi penggunaan telefon bimbit dah pun meluas buat masa sekarang hinggakan anak-anak kecil pun dah punya telefon bimbit kan..kan?

Namun begitu pesanan-pesanan SMS pernah mengakibatkan beberapa perubahan-perubahan yang ketara dalam masyarakat. Beberapa petikan seperti:

• Januari 2001, Joseph Estrada dipaksa turun takhta sebagai Presiden Filipina. Kempen menentangnya diselaraskan melalui sistem pesanan ringkas SMS.

• Julai 2001, pihak berkuasa Malaysia memutuskan bahawa dalam menjatuhkan talak, tidak boleh dilakukan melalui SMS. Ini disebabkan tidak jelas siapa yang menghantarnya. Siapa sahaja boleh meminjam atau mencuri telefon bimbit dan menghantar pesanan tersebut. Tiada bukti seperti tulisan, suara yang boleh dicamkan, atau saksi yang boleh mengesahkannya. Talak tersebut perlu didaftarkan di Mahkamah atau Pejabat Kadi sebelum ia disahkan.

korang rasa2 SMS ni banyak kebaikan ke keburukan ya??

*bergantung kepada diri sendiri sebenarnya..=)

Sunday, September 13

kerjaku kerjamu jua

hari bertambah hari..shaye semakin sibuk nak ciapkan chapter demi chapter untuk PSM shaye..tekanan kerja start dirasai..lebih-lebih lagi Eidulfitri bakal menjelma..so, shaye perlu settle kan semua kerja before balik raya..huhu..hari-hari buat research je..jam 3-4 pagi kat rumah ni pun dah jadi macam jam 3-4 petang..semua pun sibuk buat kerja masing-masing dan tak tido lagi..bukan tak boleh tido, tapi takut nak tido..sebab apa? sebab takut tak boleh settle kan kerja tepat pada masanya..

bab KAJIAN LITERATUR dalam PSM agak sukar coz kita perlu cari sebanyak info untuk kita review dalam report..hmm..oleh sebab nak buat kerja, pagi-pagi buta begini shaye dah bangun menghadap komputer..takpe,kena la berkorban sket kan..

shaye masih lagi mencari aplikasi yang setara dengan aplikasi yang shaye cadangkan..dah ada ke penunjuk lokasi masjid ya? masih tercari-cari shaye dibuatnya..huhu..jam 8.42am..semua masih lena di bantal masing-masing..shaye? tetap meneruskan buat kerja..aduhai..besh nye jadi sleeping beauty sekarang..kamu semua,tolong shaye wat research meh?? buley??

*sempat lagi tulis kat blog..=p

Friday, September 11

lara hati

terasa seperti ingin berlari
berlari tanpa henti

andainya kau tahu
kegembiraan itu tiada di sini
termakan oleh sepi yang kau hadirkan


Tuhan,
mengapa kau ciptakan cahaya
Tetapi ia tidak bisa memanaskanku
Aku semakin kedinginan, Tuhan
Jangan biarkan ku membeku





Sunday, September 6

tanda soal

Ahad yang membosankan..perut bergelora bcoz PUASA..actually banyak kerja nak buat tapi tiada mood..huhu..tak mengapa coz mood shaye ni jap lagi stabil la kan..nak update blog tapi tak tahu nak cerita apa..banyak idea kot tapi tak tahu nak cerita macam mana..ceh3..hehe..(dah start merepek la ni)

shaye nak bertanya la kan..benarkah bila kita tinggal jauh dari pasangan,perasaan sayang,chenta dan sebagainya akan berkurang?? apa benarkah? shaye jadi tertanya-tanya di situ disebabkan hal-hal tertentu..apa kita mesti sentiasa di depan mata baru boleh jadi orang kesayangan? apa disebabkan jarang berjumpa kita asyik nak bergaduh? curiga atau sebagainya?

yep..actually memang benarlah apa yang dipersoalkan tadi..memang bila kita sayang someone tu kita nak dia selalu ada depan mata kita kan.. kita mesti selalu nak ambil tahu pasal dia..time tu la,terserlah tahap busybody anda..haha! pastu mesti korang selalu nak rindu-rindu la bagai sume kan? kan? takkan korang tak pernah merasainya..tak pernah??tipu la tu..ceh3..lagi-lagi orang yang berchenta jarak jauh..lagi la kuat dugaannya..

tapi kan...mana satu lagi korang prefer? chenta jarak jauh ke chenta jarak dekat?? yela kan..bila jauh, payah sangat nak jumpa,mempuyai potensi nak curang dan sebagainya tapi tu la menguji kesetiaan kita..kan?? kan? bila dekat pulak memang la senang sume tapi mana la tahu tiba-tiba jadi bosan takpun kebebasan kita tersekat ke kan?? kan?? shaye juz cakap je,takde mengena dengan shaye or sesiapa ok..hehe..takut korang fikir shaye tulis ni sebab shaye dirundung kesedihan ke kan..hehe! tapi jarak jauh atau jarak dekat tu bukan kita yang tentukan kan?? chenta tu datang sendiri lorh..lagi-lagi if dah jodoh,takkan le kita buley tolak..huhu..

macam mana pulak if keluarga sebelah pihak tak dapat menerima kita seadanya?? lagi parah kan? kan? guwe takut juga if macam tu..restu ibu bapa itu sangat penting untuk mendapat keberkatan bila dah kawin nanti..eh,apa citer pasal kawin-kawin ni? ceh3..hmm..nta la..chenta ni sangat rumit,sangat halus dan sangat berseni..sukar untuk kita tafsirkan..

tapi pada hakikatnya chenta ni sebenarnya, jarak dekat ke atau jarak jauh sama je..ia bergantung la pada diri kita sendiri nak menilainya dan menjaga hubungan masing-masing....betul tak?? setiap orang punya perasaan...kan? oleh itu,marilah kita sama-sama menjaga perasaan ok..bersyukurlah dengan kebahagiaan yang kita dapat..minta petunjuk dariNya, insyaAllah kita boleh berkongsi kebahagiaan itu ada di mana-mana..dunt wury be happy!

*saja buat karangan petang2 nih..

Thursday, September 3

pergh..

test OSHA semalam..
tak dapat jawab..
sakit perut melampau..
terpaksa keluar dewan exam dengan awal..
dan berlari-lari mencari toilet berdekatan..

dush! (tumbuk diri sendiri)

Tuesday, September 1

raya oh raya

ehem2.. sedar tak sedar dah nak masuk 12 hari kita berpuasa..
so, tak lama lagi dah nak raya la jawabnye..ceh3..hehe..

aaaa..baju raya?? dah ciap awal2 dah..tahun ni 3pasang je..je? haha..!
colour purple(dah terpakai),merah kuning(selangor),n my favourite colour (black)..
so, sape2 nak sepasang dengan shaye buley la wat sedondon..(kunun2 la kan)

kuih raya?? as usual macam tahun2 before diz, shaye dah bersara wat kuih raya coz shaye tiada di rumah..
balik pun time raya je nanti..huhu..cian mama kena wat sorang2..
so, maybe shaye bawak balik kerepek2 dari Parit Raja,Johor ni ke rumah je..hikhik..

aaaa ape lagi eh? kad raya?? wat masa ni shaye tak beli lagi kad raya..
tiada masa tapi insyaAllah busy macam mana pun shaye beli jugak..
so kawan2,tunggu je la kad raya shaye sampai ke rumah anda ok!
kepada yang rasa2 nak juga kad raya, meh la bagi alamat rumah kat shaye ok! =)

mood raya?? tahun ni maybe raya yang agak berlainan sket kot..sebab? no komen..tahun ni if sape2 nak datang rumah meh la..buley makan2 kuih raya dan bertegur sapa..hehe..tapi if rasa2 nak datang tu, bawak2 la telefon dulu..kot2 shaye tiada di rumah, kan tak syiok tu..!

kasut raya?? setiap tahun tak pernah2 shaye sibuk2 cari kasut raya..haha..tapi incik belikan shaye kasut untuk ke kelas hari tu..thanx!

but yang paling penting sekali is tiket raya..if takde tiket raya,memang tak balik raya la jawabnya..alhamdulilah..guwe dah beli dah tiket raya..18hb sept 09 jam 12pm..agak tak best coz balik nak dekat2 raya..suntuk sangat masanya..


bunga raya?? eh, ape shaye merepek ni..haha!

Photobucket
*tahun ni tahun pertama si kecil beraya..amish nye..=(

Lazada Philippines