Saturday, January 30

cantek ke korang?

Chantek..eh salah eja.Cantik..gurlz, korang rasa korang chantek? opps..cantik? Bf korang selalu ke puji korang cantik? Selalu? *untungnye kena puji..shaye?opps! Ok sebenarnya cantik ni adalah subjektif. Kadang2 bila kita tengok orang tu cantik,tapi bila orang tengok biasa je..kan? Tapi pada shaye cantik tu tak semestinya dari luaran je. Kalau kita nak kelaskan orang itu cantik ke tak, ia bergantung kepada luar dan dalam seseorang tu.mintak maap, bukan dalam baju ok! *yang lelaki mula la nak fikir bukan2.hehe.


Maksud cantik luar dan dalam di sini ialah seseorang yang cantik dari segi rupa dan penampilan, keperibadian, hati yang bersih dan segala2nya perfect.



Tapi zaman sekarang ini kenapa perempuan berlumba2 nak cantik? Pegi cucuk sana, cucuk sini. Apa tak sakit ke kakak oi? hehe. Tapi kalau yang menjaga kecantikan tu ok la kan. Sekurang-kurangnya dia menghargai apa yang dia ada. Macam shaye nak pegi facial apa semua takde la kan. Lagipun shaye kan masih study. Sama je, tetap jugak berjemur panas2 nak ulang-alik pegi kelas hari-hari. Tapi if dah keje nak jugak pegi kot tiap2 bulan *berangan dah keje.haha.



Ok itu cantik dari luaran. Kalau cantik dari dalaman macam mana pulak? Ha, macam ni. Kita kena bersihkan hati kita. Tak payah la kita nak dengki, berhati busuk, buat jahat kat orang lain. Setiap apa yang kita nak buat tu biarlah dengan niat yang baik. Bila hati dah busuk, dengki, khianat kat orang lain, dah tentu jelas nampak air muka kita ni jahat. Selain itu, kebijaksanaan jugak buley wat kita rasa cantik. Cara bercakap, cara berjalan, cara ketawa. Dah la sekolah pandai, pandai segalanya la. Pandai masak, pandai borak dan macam2. Nak tahu apa kategori cantik untuk orang-orang macam tu? Tu kategori orang yang dah dilahirkan cantik semulajadi.*agak-agak shaye kategori apa ya? kena tanye incik shaye ni.


Lagipun kecantikan ni bukannya kekal. Maksud shaye kecantikan luaran. Esok lusa berkedut jugak kan? Lain la korang duk cucuk2 botox ke.. Tu lain cerita la.. Apapun setiap wanita layak untuk jaga kecantikan masing-masing. Macam mana? terserah la pada kemampuan. Alaa..produk tradisional pun ok apa. Tapi kan shaye musykil. Pada lelaki, perempuan itu cantik dari segi apa? Dah nama pun lelaki kan, pantang nampak perempuan cantik, seksi sket confirm nak pandang kan. Tapi tahu ke korang apa kat dalam hati diorang?


Agak-agak macam ni ke?

  1. pergh, awek cun la.kan besh dia milikku.aauuw!
  2. Ahh..tak kira.japgi aku nak pegi ngurat minah yang pakai skirt terbelah tu.
  3. Astaghfirullah. seksinye. taknak aku pompuan macam tu.
  4. Alahai manjenye pompuan tu. Cute pulak tu.
  5. Ala, perempuan macam ni bersepah kat KL.
  6. Kan seronok jadi perempuan.. *opps lelaki ketegori ape ni.haha

*gambar sekadar hiasan.(google)


Misteri kan? Tak tahu la apa diorang fikir. Sebab pandangan lelaki dengan perempuan mana sama.kan? Entah la. Tiada komen di situ. Yang dah ada gf atau bini pulak sibuk suruh gf pakai macam ni, pakai macam tu sebab nak tengok gf atau bini diorang nampak cantik. Tapi bila kita dah berdandan cantik2, tengok dia. Alahai. takde perubahan pun. Sama je? mentang2 tak payah nak makeup2 macam pompuan. Macam tu je la kau kan? Dengan tak jaga mukanya. Rambut entah sikat ke tak..Kuku panjangnya mengalahkan syaitan ya ampun.haha.kalau baju, baju tu je la tiap kali jumpa. Seluar pun seluar sama? Apa kes? Opps! Hohoho.. *yang dalam2 pun sama ke? adoi.



Ok korang rasa artis mana yang cantik? Pada shaye, shaye suka tengok Cheryl Samad. Cantik kan dia? Dia artis. Berlakon.Penyanyi.Pengacara.Pandai.Pandai bukan dari segi pelajaran je tapi macam2. Pandai bercakap, pandai berlakon dan semualah. Setahu shaye takde pun gosip2 yang memburukkan imej dia. Dia seorang yang sederhana tapi pada shaye cantik. Tak cantik ke korang? Tak kira.yang penting shaye suka.haha.



*si cantik.

ok la.macam dah terlebih panjang je entry kali ini. Gudnite.
*psst, shaye cantik tak? ke chumel? lalalalalala~

5 comments:

HanYa DiriKU.... said...

asik cantek jer...hensem takder ker??hahahhaa

Nazatul shima said...

cantek mmg subjektif.kdg2 orang yg xcantik pon kite nampak cantik kan?hehe.tpi xske sgat ramlah ram.cucuk sampai bibir ngan pipi nak same tinggi dh.hehee..

|| nemo mimosh || said...

shima,betul ke ramlah ram main cucuk2? isyh2..

hanya diriku,ok2 nanti kite diskusi pasal lelaki hensem pulak k..:)

~kuyam~ said...

awk cantik :)

|| nemo mimosh || said...

TQ kuyam..:)

Lazada Philippines