Thursday, March 18

Jawapan korang betullah!

Salam semua. Ok, seperti yang dijanjikan mesti korang tertanya-tanya kenapa shaye pakai baju merah tu kan? kan? Kepada yang add facebook shaye dah tentu korang tahu, sebab shaye sempat upload gambar kat situ. Hehe. Pandailah korang! Tak pecaye shaye kawen. Tapi betullah kan. Takkan la kawen tak ajak. Kejam. Sebenarnye, shaye ditugaskan jadi pengapit sepupu shaye. Dia dah takde sape nak jadi pengapit, so shaye pulak dipilihnye. Tapi takpe, baju sponsor. Heheh. itu shaye sukee!


Majlis berlangsung pada 13hb Mac 2010. Tarikh bertuah! Sebab? Genap setahun shaye & incik muaz. Ok berbalik kepada cerita, lokasi bertempat di Pekan Pasir Panjang, Sekinchan. Selangor. Shaye dari Johor hari Jumaat tu dan oleh sebab itu, pagi Sabtu tu jugak shaye dan family balik kampung. Pasal baju pengapit, memang tak sempat nak fitting ke hape semua, main pegi je butik tu.


Sampai butik :

Shaye: Salam. Kak, shaye pengapit Syatila.
Mak Andam: Ha, Syatila kata color maroon kan?
Shaye: Aaah.. *sambil mata pandang semua baju-baju kat butik tu.
Mak Andam: Ha, pilih je mana-mana..
Shaye: Hoh? Pilih sendiri ke? Yang mane satu baju pengapit?
Mak Andam: Kat sini semua baju pengantin, takde baju pengapit. Tapi pakai yang tak menyerlah sangat pun takpe.
Shaye: Hoh? Pakai baju pengantin??! *terperanjat.
Mak Andam: Takpe, ha amek yang ni. Ni tak over sangat.
Shaye: Huhuhu..yang lain takde ke?
Mak Andam: Yang ni ok. Jap cuba ukur. Ha,muat2!
Shaye: Iye?? Thanks akak. *Blur.


Terus bersiap. Korang tengok2 sekitar majlis ok?


Ha, ni pelamin die. Tema majlis ni oren gold gitu. Package dia memang murah. Baju 12pasang+pelamin+gambar = RM2000 je.. Murah kan? Ok la tu. Hehe.



Kelepak kelepak kelepak kelepak kelebum kelebum kelebum bum bum!!
*ape tu?



OMG! OMG! Pengapit lelaki dah sampai! Oppps. silap. Pengantin lelaki dah sampai..!


Yeay. Ketibaan pengantin lelaki bersama rombongannya. Tunggu ye cik abang. Opps!



Ye! Pengapit perempuan bersama pengantin perempuan sudah keluar. *ayat tak buley blah.
Tengok le shaye jumpe banyak kamera sampai lupa pengantin kat sebelah. Haha!



Saat paling indah bila jadi pengapit ni bila dapat makan makan beradab. Haha. Pasal makan shaye memang suke! Sukee! Pengantin amek la berapa banyak gambar pun. Pengapit nak makan dulu. Haha!



Disebabkan kejelesan yang melampau oleh sepupu shaye yang lain, diorang pun join shaye makan. Haha! yang malu-malu tu rugi la. Eh korang, jemput makan ye. Sedap nih.



Kepada pengantin Syatila&Nizam. Semoga korang berbahagia hingga ke akhir hayat ok? Jangan gado-gado. tak suke.



Ok, mari bersanding. Kipas jangan tak kipas nemo oi..haha.



Gambar kenangan nih.



Raja sehari.



Ini nenek kitorang. Tetap anggun di mata cucu-cucnya.



Ini sepupu shaye Uji & Sara.



Gambar diorang beramai-ramai. Makcik-makcik + Anak dara ok..



Me with Nana.



Me with Sara.


Itu sahaja. Kali ni jadi pengapit tak la penat sangat. Jap-jap nak tanya korang. Betul ke jadi pengapit tu nanti kita lambat kawen? Huhu.
Apa komen korang? Betul ke?

Kalau betul, habislah! hehe~

2 comments:

Aus MeLankoLik said...

hahahak , betul ke ???
ntah . hahaa..

tapi kau dah mengalahkan pengantin..
hahahak .

|| nemo mimosh || said...

ceh..hampeh..haha~

Lazada Philippines