Monday, March 8

Konsep sebenar follower.

Selamat Pagi semua. Semoga hari uols ceria hendaknya. Hari ni shaye nak menyedarkan anda semua mengenai konsep follower nih. Ok, terlebih dahulu terima kasih yang tak terhingga kepada yang sudi memfolokan diri kat blog ni. Sampai hari ni follower ku dah mencecah sehingga 101 orang. Yeay! Ha, tak payah senyum2 sebab tahu la follower korang lagi banyak kan? Takpelah, i don't mind sebab ape la sangat dengan blog picisan ni kan. Tapi tanpa korang siape la shaye kan? kan? Sekurang-kurangnya takde la shaye meroyan nak menulis sorang-sorang. Haha!





Ok, pada pendapat korang apa sebenarnye konsep follower ni? Ok la, dalam bahasa melayunye follower ni same dengan pengikut. Ok, setakat ni dah brape ramai pengikut korang? Pergh.macam gangster pulak "pengikut" kan? hikhik. Ok, kalau nak diikutkan konsep follower ni same la jugak bila korang suka,minat,tertarik nak baca blog tu then nak baca lagi, lagi dan lagi dan seterusnya nak penulis tu tahu yang korang baca blog dia dan bukannya dia perasan menulis sorang2..ha, lebih kurang macam tu lah ye kawan2. Macam mana nak jadi follower? Senang je. Klik button "Follow" macam kat atas tu. Pastu pandai2 korang la nak klik mana. Bila dah follow senang sket korang nak ikuti perkembangan blog tu sebab bila penulis tu publish post dia, kat dashboard korang akan terpapar la post terbaru dari blog2 yang korang follow. Ok, faham?


Ok, tapi secara sedar tak sedar konsep follower ni dah disalahgunakan pulak. Blogger lebih menitikberatkan soal follower banyak, kau hebat. folower sket orang tak heran. Tapi hakikatnya memang betul pun. Bila kita tengok follower blog tu ramai semacam je, dah tentu blog tu terbaik! Sebabnya? Maybe dari segi informasi, kualiti penulisan diorang, attitude diorang memang bagus. Tapi ada jugak sesetengah blog yang mengamalkan konsep "i folo you, you folo me back ok?". Actually tak salah pun if korang nak buat macam tu. Bagus sebenarnya. Tapi make sure la korang bukan follow sekadar pampang muka je. Buatlah cara nak follow ok. Faham tak maksud shaye ni? *Tak pasal2 bebel sorang aku japgi. Ok, maksudnya di sini follow secara ikhlas dan berhemah. Jangan tinggal kat shoutbox "i folo u, folo me back tau" je. Pastu bila dah follow, senyap, lenyap. Tu yang shaye nak explain. Faham dah?


Paling kurang pun, tinggalkanlah jejak selalu. Macam mana shaye nak tahu korang betul2 follow ke tak kan? Bagi komen ke, no fon ke, Opppps! Haha. takde2. No fon takpayah ok. Bagi komen takpun respon korang je. Nak jadi silent reader ape? Takpayah la. Ha lagi satu, shaye rasa supaya kite lebih mudah nak promote blog masing2, buley la kita tukar2 link. Lagi senang kan daripada tinggal2 jejak kat shoutbox tu? Sekurangnya ada la platform untuk kita tukar2 link. So, tinggalkan la link korang dengan klik tab "Exchange link" tu. Dah la dah shye letak tapi macam tak ramai yang sedar. Ke korang yang taknak letak? Sumbung eh? Jaat!


Tu aje untuk hari ni. Ada apa2 informasi lain nak tambah, tinggalkan la komen.


16 comments:

Atiqah Ahmad said...

tiba-tiba aku terasa..hahhaha..tak sempat nak komen2 la..selalu baca jer..bz yang amats skrg ni..=P

|| nemo mimosh || said...

ha, muncul dah silent reader..:)

~kuyam~ said...

i salu ja tgl jejak kt sini kan nemo?haha..nway,yg srh folo back tu xpe lg.ade jgk yg wt ayt cmni,'i visit here,folo my blog ok'.huhu..kesian betul~

|| nemo mimosh || said...

haha..nak balasan semata2 la tu agaknye..:)

Ash_my said...

selalunya aku suka jd silent reader sbb takut tersalah komen...terasa hati lak..huhu...

|| nemo mimosh || said...

takpe ash..kite buley saling tukar pendapat dan pengetahuan kan?

~ ReD ~ said...

paling tak suka bab i follow u, u follow me back ya! ish!

Pak Su said...

i follow you.... selalu baca update post...sebab kelaur kat dashboard tu...so sentiasa baca... tak sempat komen....
kadang nak komen dgn penuh bernas...tapi sesetengah org tak approve comment... waaa!!! tapi takpe...saya akan terus memfollow you...
I FOLLOW...........

♥ suterakasih ♥ said...

aku ingt ko cz ko guna nama errapazira hehe..aku sokong entry ko kali ni..sokong sgt2 :)

fikaryna said...

ryna peng follow yg aktif..hik2..

syahira ariff said...

wah,terasan aii tau
silent reader
miahahahaha
ta perlaa
nie aii daa tinggal jejak
x moo shombo0m2

nemo,kommentla new entri sy
(^____^)
heeee~

Jawa a.k.a USERMODE said...

erm, saya nih silent reader ke tak eh? folower sejati ke tak eh? hu hu hu~!! >_<

|| nemo mimosh || said...

jawa follower yang bagus..:)

Jawa a.k.a USERMODE said...

ahahhaha.... yeay~!!! *terkesima*

Nazatul shima said...

ade yg suh folo je..nk ramaikan followers la..tpi xde plak nk bace entri kite..huhuhuh..

|| nemo mimosh || said...

tawu takpe..kan? kan?

Lazada Philippines