Monday, April 19

Budak-budak sekarang, jangan perasan bagus !

Salam sejahtera buat semua. Sekarang shaye nak berkongsi cerita pada semua. Macam ni, semalam shaye kan baru pulang Johor. Jadi, semasa dalam bas awam untuk perjalanan ke hostel, bas tu angkut beberapa golongan remaja. Umur dalam anggaran 15-18 tahun macam tu lah kan.


Ada beberapa orang budak perempuan, dalam 3-4 orang macam tu. Sorang berpakaian agak seksi lah. Dia pakai singlet pastu mekap-mekap sket. yang lain tu macam biasa-biasa. Dan ada dua orang budak lelaki ni. Dress up ala-ala nak pegi KL gitu. Hehe. Mula-mula bajet diorang ni satu geng rupenye tidak. Kenapa ?


Naik bus semua kecoh-kecoh. Ibarat orang melaungkan "Ikan keli sekilo 5 hengget ! 5 hengget !" kat pasar pagi. Bising macam tu lah kirenye. Entah kenapa diorang ni berlagak macam bagus. Sang lelaki tiba-tiba bersuara :


Lelaki A : Adush, ko ade bau ketiak tak ? Aku rase macam ade bau ketiak der !
Lelaki B : A'ah la der, aku ada bau ketiak la ! Busuk gile !
Lelaki A : Eh, wa tak tahan la duduk kat dalam bus ni. Bau ketiak kuat sangat !
Lelaki B : A'ah la. Isyh, ni sah dari ketiak diorang nih !


Sang perempuan tak puas hati. Agaknye memang diorang dah bergaduh dari bus stop lagi :


Perempuan A : Alaah. ade wa kesah ke? Ketiak lu yang busuk, cakap orang !
Perempuan B : Entah, setakat baju pasar malam wa tak pandang la der !
Perempuan C : Ha...tak maluuuu...baju pasar malam. Kita tak main la baju pasar malam. Kite baju beli kat butik ! (dengan nada yang menyampah)


Sang lelaki membidas :


Lelaki A : Ah, daripada pakai kasut sekolah, ape barang? Kitorang pakai kasut converse !
Lelaki B : Entah, buat malu je pakai kasut sekolah. Eee..tolonglah! Orang tak pandanglah !


Sang perempuan still nak menang :


Perempuan A : Eh, biarlah nak pakai kasut sekolah pun. Ada wa kesah?
Perempuan B : Entah, pakai kasut sekolah baru rasa muda! Daripada lu, pakai converse pun beli kat pasar malam !
Perempuan C : Ha...tak maluuuu.. beli kasut kat pasar malam.. (Still dengan nada menyampah)


Sang lelaki tak puas hati :


Lelaki A : Dah la baju nampak ketiak. Dia tak perasan ketiak dia berdaki. Hahaha!
Lelaki B : Tahu takpe, Weh ! Aku rasa balak lu mesti malu lah dengan lu!
Lelaki A : Tahu takpe, Weh ! Balak lu mesti malu nak mengaku lu makwe !
Lelaki B : Entah ! Biasalah stok pakai buang je !


Sang perempuan jadi panas :


Perempuan A : Eh, lu balak wa ke? Ada wa kesah?
Perempuan B : Entah, muke macam korang ni, sket pon kitorang tak kesah la !
Perempuan C : Ha...tak malu....dah la pakai baju bundle, kasut pasar malam.. (Nada menyampah)


Begitulah, diorang bidas membidas sampailah bus tu agak penuh. Mana tak, sang lelaki kat depan, sang perempuan kat belakang. Cakap jerit-jerit ibarat bus dia yang punya. Sang lelaki tu pulak, duduk kat sebelah pakcik tua. Mesti pakcik tu takut. Bila sang lelaki tu dah turun, salah sorang dari budak perempuan tadi ke depan, panggil bf dia. Pergh, bf dia duduk memang dekat gila dengan budak-budak lelaki tadi. Senyap. Malu. Marah kot. Aiiisyoo.


Hmm.. Apa yang shaye nak tunjukkan kat sini, mana pegi sikap hormat budak-budak ni? Tak tahu nak kata apa. Ayat masing-masing terpengaruh cerita Adnan Sempit. Aisyyooo, budak-budak zaman sekarang. Tak tahulah apa dalam kepala mereka. Dia tak nampak benda-benda yang baik, tapi masing-masing nak tunjuk bagus. Biasalah budak-budak baru nak up kan? Tak elok bergaduh sesama sendiri. Kalau iye pun nak tunjuk siapa bagus, mestilah kena pada tempatnya. Ni kat dalam bas tu jugak ko nak bergaduh, pekik-pekik kan.

Anak munyet pun tak perasan bagus.


Hmm..Pendapat uols macam mana? Macam sekarang cerita pasal budak Halimaton umur 15tahun yang sibuk sangat ugut parent dia sebab nak kawin tu, takpun budak pandai yang menyamar jadi kerabat diraja tu. Ape kes ? Apa dalam kepala diorang sekarang ya ?

13 comments:

♥suterakasih♥ said...

cmtu ke bdk2 tu?biadapnya huhu
terpengaruh ngn filem huhu
pastu byk isu skrg kan bkaitan bdk2 ni..apa la kt kpala dorg tu..pelik tol

tukangkomputersekolah said...

Dah besar nanti slow la sikit diorang tu. Normal la, budak baru lepas akil baligh, suara baru nak pecah.

helena's said...

2-2 pon macam bagus.hahaha

mesti budak baru nak naik lah tu.

*dpt bayangkan situasi beseerta pelakon sekali.haha!

|| nemo mimosh || said...

sutera : tahu takpe? kurang ajar kan? isyh2..

tukangkomputersekolah : kamu tukang komputer ke? haha. ha, memang macam tu. nanti sedar la bile dah tua sket.

cik hel : haha.. amacam? ade bakat jadi penulis skrip tak?

~kuyam~ said...

alalala comelnya anak munyet dua tu..and those budak remaja tu,bila i baca je ayat2 diorg,both groups pn perasan bagus..WUT THE ...

Nazatul shima said...

mcm2 la budak2 ni..x hormat org langsung..tpi bahasa die bez la..hehe..adnan sempit..:)

REMEDY said...

Biasanya bile remedy terserempak dgn budak2 mcm ni kt hometown remedy>>JB (promote skit) apa remedy buat...remedy akan buat tak tau jer...malas nak amik pot...

kenapa remedy kata macam tu...sebab parents diorang pun x amik pot kat anak2 diorang....tu psl boleh jadi biadap macam tu...

Tapi bagi remedy..if budak baru nak up!!! yg biadap blh dimaafkan lagi...maklumlah...cetek pengalaman...tapi paling tak tahan orang tua yg biadap...rasa macam hampeh...

|| nemo mimosh || said...

kuyam : anak munyet memang chumel. Tapi budak-budak perasan bagus tu tak chumel ok. hehe.

shima : ha, jangan tiru sgt ayat2 die. hehe.

remedy : oowh duk JB? hehe. yep, maybe la kan. takpun bukan sebab mak ayah diorang. ni mesti sebab pengaruh kawan biasenye..

sepet a.k.a zack_u said...

budak2 sekarang ni sekeh diam la dia..hehehe!

fikaryna said...

pendidikan agama pntg!

eyriqazz said...

semakin melampau budak2 sekolah skangni..patutla wife saya pun peningje melayan kerenah diorang..salah siapakah ya?

Yana@Nana said...

salam,budak2 sekarang mcm2 ragam kan....
tergelak bace gelagat mat2 n minah2 tu hehehe

Aus MeLankoLik said...

kalau ade kaitan ngn aku ,
adik sedara ke , adik sendiri
aku tampar je . pijak2 lagi .

Lazada Philippines