Tuesday, April 6

Kambing Kalis Cinta !

Salam semua. Seperti yang dijanjikan dalam post Zaman Gile Remaja hari tu, kali ni shaye nak story kat semua pasal pengalaman shaye di ladang kambing. Yeay! Actually shaye ke sana sebab atas tugasan untuk subjek Keusahawanan, jadi kitorang nak interview la pakcik yang punya ladang kambing tiga ekar ni. Hehe. Ok, kenape kitorang memilih penternak kambing? Sebab kitorang rase beliau adalah antara usahawan yang berjaye dan nak kelainan sket dari group lain yang just interview company-company biasa.


Ok, ladang kambing ni terletak kat Kampung Parit Kadir,Senggarang. Sampai-sampai kitorang kat situ terserempak dengan anak pakcik tu yang tengah kejar kambing. Hehe. Seronok ok. At first, memang tak biasa. Lagi-lagi time tu buley pulak shaye pakai baju kurung. Adush, tersalah tempat la,Nemo oi. Tapi kambing-kambing kat situ semuanya manja-manja ok. Terus sukee dengan kambing-kambing tu. Lagipun kambing-kambing kat situ semuanya tak busuk. Agak pelik. Ntah-ntah diorang dah biasa mandi pastu satu geng dengan Pakcik Janggut kot.



Tengok tu, bukan setakat manje kambing-kambing ni. Diorang mesra kamera jugak tau. Masa mula-mula naik kandang kambing tu, diorang macam tahu-tahu je. Semua sibuk nak dengar ape yang kitorang interview pakcik tu. Hehe. Ha, untuk pengetahuan korang, kambing yang belakang ni jenis Sannex. Kambing ni khas untuk tenusu. Korang nampak dia kurus kering kan? Sebab tu la dia tak sesuai untuk sembelih. Ini kambing import tau. Jangan main-main. Setakat naik kapal terbang, diorang tak heran dah sebab dah selalu. Haha.



Ha, kenapa diorang minum susu botol? Sebab ibu diorang tak mampu tak susukan diorang. kesian ok. Ibu diorang kena breast cancer. So, die punya tempat menyusu kena potong.



Senyum! Tengok? Pandaikan! Lupa nak bagitahu, bukan kambing jenis ni je yang ada. Kambing jenis lain pun ada. Yang ni khas untuk tenusu je.



Ha, ni antara kandang kambing yang ada kat situ.



Dah macam orang dari Pejabat pertanian pulak. hehe. Bila dah interview pakcik tu, barulah minda shaye ni terbuka sedikit pasal bisnes. Pakcik tu kata, nak start bisnes kena ada ilmu pasal bisnes tu. Modal bukan soal pertama. Bisnes ternak kambing ni selalu kita lihat, sembelih, korban. Tu je kan? Tapi sebenarnya kita kena kembangkan sket minda kita tu. Sebenarnya banyak benda kita buley wat dengan menternak kambing. Antaranya kita panggil:

Mas Hitam : Najis (Baja pokok)
Mas Putih : Susu (Kosmetik, Keju)
Mas Merah : Daging (Sate, Makanan)



Cute kan? Kan?

Ok, bukan setakat tu je buley jual, tanduk kambing pun kite buley jual. Untuk hiasan, takpun untuk buat sikat rambut. Kulit dia kita buley guna untuk buat kompang. Sebab kulit lembu dah kekurangan sekarang. Untuk info korang jugak, darah kambing pun kita buley guna untuk menggantikan darah manusia. Tapi semua tu dalam kajian pihak UM. Shaye pun tak berapa faham lagi.



Perasan tak ada kambing mengintai kat belakang. Haha.

Tengah kitorang borak-borak dengan pakcik tu sambil minum cendol, terdetik shaye tanya pakcik tu nak buat apa dengan kayu yang berlonggok banyak. Pakcik tu jawab, beliau nak tambah kandang kambing. Dalam perancangan beliau, beliau nak adakan 'Kandang Kambing Selebriti'. Sebab? Memandangkan beliau banyak berurusan dengan artis-artis yang berminat nak ternak kambing, beliau nak adakan satu kandang khas untuk diorang. Sebab, senang bila ada event, artis-artis tu takpayah susah-susah cari kambing kat luar sana. Gunakan khidmat pakcik tu je.



Ha, ni la tuan punya ladang. Jangan pandang sebelah mata ok, pakcik ni ade Degree dari UM ok. Beliau memulakan bisnes dengan bermodalkan 6ribu. Dan sekarang aset beliau dah nak cecah setengah juta. Hebat kan? Korang berminat nak menternak kambing? Pakcik ni nak buat pusat latihan khas untuk sesiapa yang berminat. Bolehlah korang belajar selok-belok dalam bisnes menternak. Tapi bak kata pakcik tu, mesti tahan dari segi fizikal dan mental.


Sesiapa yang berminat boleh hubungi pakcik tu terus :

Encik Mazlan bin Tarib (a.k.a Manja)
Kambing Kalis Cinta.
Kampung Parit Kadir,Senggarang.
83200 Batu Pahat. Johor.
019-7064836

5 comments:

Aus MeLankoLik said...

untung kambing dan penternak ,
dapat backlink percuma , hahahak .

♥CIK SHA♥ said...

kambing pun leh kena breast cancer eh??1st time dengar..

|| nemo mimosh || said...

cik sha : jangan tak pecaye.die pon mcm manusia jgk..:)

aus:ikhlas ni..haha~

Nazatul shima said...

nape era x susukan kambing tu?abg tu plak yg tolong..hehe..

zhOprenIa said...

owh..kambing btul2 kena breast cancer.ingtkan gimik jer. isk isk isk..

Lazada Philippines