Friday, April 16

Tips Menulis Blog dengan Berkualiti

Salam rindu dan sayang dari shaye. Oppss. haha. Ok, hari ini terdetik shaye nak bagi korang satu tips. Ala, tips biasa-biasa je. Tapi takpe kan kalau nak share dengan korang? Ha, kali ni shaye nak berkongsi tips mengenai bagaimana nak menulis blog secara berkualiti. Sebenanrnya, kualiti penulisan korang tu juga mempengaruhi dalam peningkatan trafik. Jadi, untuk mendapatkan kualiti, mutu dan keunggulan dalam blog anda, meh ikut petua cik Nemo meh.

1. Fikirkan satu topik yang sedang hangat takpun memang dah terbuku kat hati korang tu. Pastikan topik tu seswai dikongsi dengan orang lain. Point kat sini ialah bila korang menulis tu tak lah "SS" kan. Hehe. (SS=Syok Sendiri)



2. Jangan lupa buat sket review pasal topik yang korang nak buat tu. Anggap je macam korang nak siapkan tugasan yang lecturer bagi. Buat sket rujukan, mana la tahu kot-kot topik korang sama dengan orang lain. Ingat! Jangan plagiat.


3. Sebelum menulis, bahagikan isi-isi kandungan dan buatlah sket huraian setiap isi yang korang nak masukkan tu. Jangan malas amek buku nota & pen untuk start mengarang. Alaa, kalau malas sangat pun conteng jelah kat mana-mana dulu. (Jangan conteng buku adik nak skola pulak)



4. Masa nak start menulis, sila pastikan anda berada dalam keadaan yang selesa. Ini supaya senang dan lancar je korang dapat idea. Lapangkan fikiran. (bukan macam shaye, tengah kejar budak. Adui)


5. Mood masa menulis sangatlah penting. Jangan menulis masa korang sedang teramat marah, emosi yang menggila, dalam keadaan sakit dan sebagainya. Mood korang ni juga akan mempengaruhi fikiran maka tercetuslah entri yang tak waras. Tu sampai ada yang nak kena dakwa la, saman la.


6. Pastikan apa yang anda tulis tu ada moral of the story/ mesej/ conclusion. Jangan merapu meraban macam orang sewel. Blog juga mencerminkan diri anda.

7. Dalam penulisan, kekemasan tu sangat penting. Jangan sekadar hanya nampak cantek dimata korang je.Format penulisan, korang buley review kat mana-mana blog lain.



Ok, itu saje untuk tips hari ni. Kita jumpa lagi di lain hari.

4 comments:

fikaryna said...

bagus la..tips yg berguna..

pak long said...

salam....
kita sokong....
tapi unsur tatabahasa dalam wacana perlu digarap dengan baik..

helena's said...

cikhel kalo nak buat entry biasanya akan buat draf dulu..kalo tak memang kelaut lah entry tu.hahahaah

time kasih era~

Syafiq Kadiran said...

nice sharing...
bole apply ni...

Lazada Philippines