Sunday, April 25

Wah, lelaki sekarang boleh dimadukan?



Salam muhibah semua. Terkejut ok bila baca statement Suami Bermadu kat dalam myMetro semalam. Tak sangka wujud suami yang bermadu. Satu pencapaian yang........? Tak percaya? Uols buley klik SINI. Dah habis baca dah? Kesian ok kat pakcik tu. Tahu-tahu je wife dia pegi kahwin lain. Pergh. Hebat makcik nih. Isyhh. Seram. Apa nak jadi ni sekarang ni? Bukan budak-budak je punya masalah sosial. Pakcik makcik juga. Haissyooh ! Siapa yang patut disalahkan?


Ok, pakcik ni dapat tahu yang wife dia dah pun bernikah dengan lelaki lain bila dia check kat Pejabat Agama samada wife dia ada buat aduan ke tak sebab mereka selalu berselisihan faham. Tapi pakcik tu lagi terkejut ya ampun bila dapat tahu yang Pejabat Agama bagitahu tak perlu risau sebab wife dia dah kahwin lain (ok tipu je Pejabat Agama bagitahu macam tu). Tak tahulah apa Pejabat Agama tu bagitahu tapi yang pastinya, sah wife dia kahwin lain.


Menurut pakcik tu juge, beliau merupakan suami ketiga setelah dua kali bercerai dan kali ni 'dimadukan' pula. Isyh. Seram ok. So, sekarang ni makcik tu dah tinggalkan pakcik tu. Kejap kejap kejap, shaye tak sure la itu 'makcik' ke siapa. Sebab dia tak bagitahu pulak umur wife dia. Entah-entah muda lagi kot. Huhu. No komen, semua masih dalam siasatan.


Motif kat sini ialah, kenapa kita manusia tak pernah puas? Mesti nak lebih kan. Kalau boyfren tak handsome, nak yang lagi handsome. Terkinja-kinja nak pegi mengurat. Yang lelaki pulak, pantang nampak aweks cun dan seksi, mata takkan terlepas pandang. Mulalah mulut terjuih-juih nak suuwiit-shhuwit (betul ke eja ni?). Tapi shaye tak la tujukan kat uols kan, shaye tujukan kat sesetengah orang tu. Yang dah kawen pulak, hargailah pasangan anda. Anda yang pilih, jadi terima seadanya. Salah dan silap tu buley tegur. Jangan hukum pasangan anda dengan curang, khianat dan sebagainya. Hidup ni ada karma kan? Bersyukur dengan apa yang kita perolehi. Hidup dengan penuh kesyukuran, indah kan?

7 comments:

~kuyam~ said...

erk...ppuan kawen lbh dr 1?
huu..dunia akhir zmn~

Eqah Zaque Billetdoux said...

huhu. akhirnya ada gak prmpuan pecah rekod.

nas aliff said...

eh x sanggop la i~
hoho

Frodo Baggins said...

wooyoooooo ...
ni cam kes tunangku isteri orang
kat metro dulu. kecoh gak


macam2 hal!

mEMYselfandi said...

teruk tol..
huhuh!
sian kat pkcik tu..

♥ Nurul ♥ said...

apa nak jadi la dgn manusia zaman sekarang. tak pikir panjang. ada ke patut bole jd macam tu.. ikut nafsu semata..huh~

Natasha said...

sangat setuju dengan era.... tapi la ni manusia mana tak tahu bersyukur...

sal lelaki bermadu itu juga mgkin karma kot sbb byk lelaki yg buat cm 2 kat ppuan..hahha...so ppuan teringin nak buat pd lelaki bagi dia rasa apa itu sakit berkongsi

Lazada Philippines