Wednesday, May 26

Hari Ini Mereka Panggil Shaye Ustazah !

Salam semua. Ini adalah entry daripada hasil taip laju-laju. Penat ok. Baru lepas basuh kain yang berbaldi-baldi. Esok insyaAllah shaye nak pulang ke Port Klang. Jadi kena selesaikan kerja-kerja yang patut. Report-report yang nak kena hantar semua kena setelkan juga. Dats why la shaye lari dari rumah semalam. Haha. Ok, berbalik kepada cerita.


Pagi tadi shaye ke kelas. Jadi pakai saja baju yang ada. Shaye memang dah standby bawak baju kurung paling nipis sebab senang nak bawak. Tudung pun pakai macam tu saja. Dengan baju yang tak ironnya sebab tuan rumah yang shaye tumpang tu tak sempat beli iron. Dia baru pindah juge. So, pegilah kelas hari ni dengan agak selekeh kot.


Dalam perjalanan tunggu bus,

Kak Niza : Eh, kau ni pakai tudung macam ustazah la akak tengok.
Shaye : Eh ye ke? Haha. Biaselah muke suci kan. Haha.


Masa dalam kelas,

Kak Ain : Nak cakap buley?
Shaye : Ha?
Kak Ain : Macam ustazahlah! Hahaha!
Shaye : Ye? (Ketawa)


Lepas kelas shaye pergi discussion pulak kat kampus bandar. Sampai-sampai je,

Shaye : Sorry late, korang !
Miza : Akak, macam ustazahlah hari ni. (Ketawa)
Shaye : Haissyooh! (Ketawa)

Muka shaye memang ada iras-iras ustazah ya? Haissyoooh! Tak mengapalah kan? Daripada korang kata muka shaye iras-iras mak ayam. Gile! Haha. Lepas discussion tadi, shaye dan budak group pergi sekolah rendah kejap, ada hal untuk projek. Layan gambar ok?


Cuci mata tengok cikgu-cikgu sekolah. Buley? Haha.


Opppss, tersenget pulak mulut.


Yang ini Miza, buley ngurat. Haha.


Chumel kan budak-budak sekolah? Hilang tension kejap tengok gelagat diorang ni.


Assalamualaikum,
Shaye Ustazah Nemo.

Time kaseh!

Digi Break Free Party !



Salam semua. Shaye bersiaran langsung di rumah kawan hasil lari dari rumah. Haha. Kunun-kunun buring kan duduk rumah sewa? Amek kau. Lari dari rumah. Haha. Hep hep ! Jangan fikir bukan-bukan. Shaye pergi buat assignment lah! Sebab this week shaye nak balik, jadi semua kerja yang patut dibuat haruslah dibereskan terlebih dahulu. Rindu ok kat orang-orang kesayangan ! Huhu.


Ok, pasal Digi Party tu. Pssssst, korang dapat ke? Korang pegi? Hmmm. Shaye? Shaye dapat invitation, tapi tak dapat pegi. Sebab? Teruk kan? Dapat invitation je mesti tak pegi. Shaye nak tanya la kan. Kalau selalu tiket tengok wayang buley pas kat orang. Pegi party ni pun buley pas kat orangkah? Kalau buley, shaye nak la pas kat orang. Buley ke?


Siapa-siapa tolong jawab buley? Secepatnya sebelum jam 12 tengah hari ini !

Monday, May 24

Kenapa shaye tak update blog?


Salam semua. Rindu tak? Rindu? Hehe. Masih lagi dalam mood bersedih atas berita sedih kelmarin. Baru malam tadi shaye webcam bersama Nasuha dan suami. Alhamdulilah, mereka tabah dan redha. Jadi, lega hati shaye. Ok, berbalik kepada tajuk utama. Kenapa shaye tak update blog? Adakah shaye putus chenta
? Adakah shaye dah tak nak berblogging?

Jawapannya, No, No, No, No!

Bukan sebab itu ya kawan-kawan. Ok, Sabtu hari tu shaye berfoyes bersama rakan-rakan. Lepas tension PSM la kunun. Pegi karaoke. Pastu jalan-jalan. Not bad. Seronok walaupun berpanas berhujan. Hujan lebat ok kat Batu Pahat masa tu. Asalkan buley nyanyi dah puas hati. Hehe. Puas !


So,


Kelas seterusnya hari Rabu. Jadi sepanjang hari Ahad, Isnin dan Selasa shaye akan terperap je dalam rumah sewa. Jadi. kenapa shaye tak update? Sebabnya :


1. Faktor cuaca

Wah! Bukan main lagi alasan ye. Haha. Bukan apa, sekarang ni panaslah cuaca. Nak menulis pun tak selesa, berpeluh sana, berpeluh sini. Bukan siang je, malam pun sama. Bila kita dalam keadaan tak selesa, agak-agak ada idea tak nak menulis?


2. Ibarat duduk bawah tempurung

Maklumlah, bila kelas takde, shaye akan terperap je berlindung dari cuaca panas kat luar. Kunun-kunun puteri lilinlah tapi kulit tak putih pon. Haha. Bila dah duduk terperap je hari-hari kepala otak ni bagai tak bergerak dengan lancar tau. Tengok kiri dinding, tengok kanan dinding, aiiisssyoh ! Takkan nak tulis pasal dinding?


3. Kerja-kerja lain.

Bila duduk terperap tu, tak semestinya kena duduk saja. Adalah assignment projek yang nak kena disiapkan. Tapi tahu tak betapa boring nye assignment dia? Huhu. Tapi nak dapat markah punya pasal, nak taknak kena la buat dengan senyuman kelat. Haha.


4. Boring boring boring !

Boring ok duduk dalam rumah ni. Nak keluar tak tahu nak pegi mana. Poket pun makin nipis. Haissssyyyoh ! Kerja shaye tiap hari, lepas pegi kedai makan untuk lunch, wajib pergi kedai runcit untuk beli sesuatu. Tak kiralah ape pun. Janji beli walaupun itulah satu-satunya kedai yang barang dia tak pernah lengkap.


5. Dunia shaye hanyalah sekeping skrin monitor.

Hari-hari mengadap Internet. Tapi dah buntu tak tahu nak buat apa. Connection memang laju. Shaye guna Streamyx Wifi lagi. Kerja lain takde, online la sampai muntah. Dalam rumah ni ada 3 orang je yang tinggal. Lain semua bercuti. Dan masing-masing akan mengadap skrin masing-masing dari pagi sampai malam. Pergh ! Otak shaye sudah tepu. Tolong !



Hohoho. Kesian kan? Apa nak buat. Kena la tempuh juga. Short sem memang membosankan. Maybe dah terbiasa sibuk, bila tak buat apa-apa rasa sengal kepala otak dibuatnya. Sampai hilang idea ni. Ada siapa-siapa buley tawarkan untuk berubat tak? Haha. Adush. Tapi kalau nak diikutkan, BERBLOGGING. Letaklah kau kat mana pun asal ada connection, laptop/komputer kau buley tulis blog kan? kan? Janji ada idea. Betul tak?


Nasihat kepada diri sendiri :
Jangan jadikan pelbagai alasan untuk tidak menulis ! Ini amaran ! Buley? Hahaha~



p/s : cikHel kata putus chenta jangan update blog.
Tapi shaye kata, shaye tak update blog sebab jatuh cinta dengan patung sebelah, buley?

Saturday, May 22

Adam, doakan ayah ibumu di sana..

Salam semua. Hari ini adalah hari yang menyedihkan buat shaye. Shaye berdoa supaya ini hanyalah mimpi semata-mata tapi kita harus terima kenyataannya walaupun ianya pahit untuk ditelan. Firstly, takziah buat keluarga sahabat baik shaye Siti Nasuha atas pemergian anak beliau, Adam Haikal pagi tadi. Seriously, shaye masih terkejut dan tak sangka. Istighfar banyak-banyak dibuatnya.


Shaye keluar pagi dengan teman-teman pagi tadi untuk lepas tension. Tapi tiba-tiba dikejutkan dengan berita yang menyedihkan. Nasuha call shaye dengan tangisan, beliau bagitahu, "Adam dah takde". Shaye terkedu. Sedih. Terkejut. Tak percaya. Menangis dalam hati. Pada mulanya Nasuha tak bagitahu sebab apa, tapi baru sebentar tadi shaye tengok berita tv3. Adam jatuh dari tingkap bilik tingkat tiga! Astaghfirullahalazim. Sungguh besar sekali ujianMu ya Allah.

Adam Haikal, budak comel.

Nasuha, shaye tahu ianya sangat sukar untuk kamu lalui semua ini. Kamu kena tabah. Shaye tahu kamu seorang yang kuat semangat. Dekat dengan Allah, pasti kamu lebih kuat. Redha. Jaga diri baik-baik. Bila kamu perlukan shaye, bagitahu. I'm always by your side.Shaye lihat kamu menangis di tv tadi. Kamu tahu macam mana sakitnya aku kerana takde di sisi kamu?



Jaga diri, anak kau dalam perut tu pun taknak tengok kau bersedih bila dia lahir tak lama lagi.


Al-fatihah buat Adam

Friday, May 21

Cepat ucap Alhamdulilah

Selamat petang semua. Penat. Baru pulang dari kampus tadi. Selesaikan hal yang belum selesai. Kini, dengan lafaz syukur shaye telah selesai hantar tesis shaye di Fakulti Teknologi Maklumat & Multimedia. Sekarang baru shaye buley menarik nafas lega. Terasa ringan beban yang terletak di bahu ini. Ye, rasa. Rasa macam nak terbang. Setelah berhempas pulas selama setahun menyiapkan Projek Sarjana Muda shaye akhirnya inilah hasilnya.



Aplikasi Penunjuk Lokasi Masjid di Kawasan Parit Raja, Johor Dengan Menggunakan Telefon Bimbit






Tesis dah hantar. Alhamdulilah shaye berjaya melepasi rintangan. Lulus. Aplikasi yang shaye dah buat tak buley pulak nak view kat sini. Hehe. Dah jadi hak milik Universiti. Kesempatan ini shaye mengucapkan ribuan terima kasih shaye kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang pembangunan aplikasi yang telah shaye bangunkan dan tesis yang dah siap jilid ni.


Sekarang perlu fokus untuk Mini Projek pulak sepanjang semester pendek ni. Adush. Takpelah. Doakan shaye ok? I'm happy ni. (lompat-lompat)



p/s : Sibuk-sibuk gila pun masa buat PSM, blog tetap updated ok. Haha!

Thursday, May 20

Football=Adidas?


Salam semua. Taip laju-laju ni. Haha. Assignment seterusnya. Kali ini kena cepat sebab sebelum ni punya assignment shaye terlepas. Huhu. Ok, tajuk kali ini, Football=Adidas? Ok, kenapa bola sepak dan Adidas ini seiring? Saling memerlukan? Bola sepak adalah permainan yang semua orang main. Ye, shaye je tak main sebab kaki bangku. Lagi satu sebab di mana permainan bola sepak ni kita dapat lihat sekumpulan orang yang mengejar sesuatu objek yang dipanggil bola. Bila dapat kejar bola tu, dia akan sepak atau menendang semula bola tersebut supaya dia boleh mengejar semula bola tersebut sampai penat. Gila tak? Buley tak jawab macam tu? Haha. Takdelah. (Tahu takot)


Ok macam ni, bola sepak adalah suatu permainan yang sangat sihat. Sebab ia memerlukan stamina yang kuat untuk berlari dan pada masa yang sama, pemain akan berpeluh. Bila dah berpeluh, maka wujudlah bau-bau yang kurang menyenangkan. Yang menyebabkan orang tak berapa suka nak dekat. Kan? Jadi, produk inilah jawapannya. Adidas menawarkan produk yang berunsurkan keperluan sukan maka Adidas dan Football memang tak boleh dipisahkan sebab semua orang tahu Adidas merupakan jenama terkenal untuk sukan. Jadi tak hairanlah jika permainan bola sepak seiring dengan Adidas. Adidas juga telah banyak menaja sukan-sukan yang menjadi sukan kegemaran seluruh dunia. Masih tak percaya?


Antara produk yang terdapat dipasaran termasuklah pewangi, baju, kasut, stokin, barangan sukan, dan sebagainya. Pergi je mana-mana shopping complex pasti ada jual barangan Adidas ni. Percayalah! So, kepada sesiapa yang minat bersukan tu, jadikanlah Adidas sebagai jenama keperluan anda. Tak rugi pun kan? Kan? Jadi, apa korangg tunggu lagi? Cepat-cepatlah ye?











Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. The Project Alpha bloggers will be at the Adidas Pure Game Ole KO event on Friday (May 21), from 7.30pm-8.30pm. Catch them in action!

Tips : Kesalahan Dalam Mengayat Perempuan!



Ok, salam semua. Entri hari ni berbentuk amaran ye. Ececeh ! Takdelah. Baru tadi shaye blogwalking dan shaye singgah web Gua.com . Tiba-tiba terbaca sesuatu. Ok, ia lebih kepada sesuatu relationship. Dan shaye rasa ianya memang benar sama sekali. Mana-mana perempuan pun akan sokong benda ni. Eh, lupa nak explain. Ini berkaitan dengan kata-kata dari seorang lelaki yang memang pantang bagi perempuan tu dengar. Buley menyebabkan clash ok ! Jadi untuk lelaki, sila ambil perhatian. Awasi kata-kata anda. Jangan nak sedap mulut je kan. Perempuan pun buley baca ni ok. Hehe.

1. “Kalau you betul-betul sayang I, you akan buat apa I suruh.”

Ok, perempuan memang tak suka bila lelaki cakap begini. Sebab? Ia menunjukkan seolah-olah perempuan tu nampak macam stupid je sebab semua benda nak ikut tanpa rela. Kalau ye pun sayang, tak semestinya ikut apa lelaki tu suruh. Jangan ok ! Kalau untuk kebaikan takpe. Tapi kalau untuk kejahatan, jangan. Berdosa tu. Contoh : Kalau you sayangkan I, you jangan ikut cakap mother you. Kita kawin lari jum !


2. “I tak suka dengan kawan-kawan you.”

Ha, yang ni memang ayat sengaja nak menempah gaduh. Kalau ye pun tak suka, diam-diam je. Jangan terus-terus cakap tak suka. Sebab? Perempuan dengan kawan-kawan dia sangat tulus dalam persahabatan, jadi jangan cemarkan ia dengan perasaan cemburu anda atau lain-lain. Ingat !


3. “I punya ex-girlfriend dulu….”

Ayat ni, lagi la pantang didengar oleh kaum Hawa. Sedang mood dia ok hari tu, buley jadi moody pulak sepanjang hari. Kalau ye pun nak bercerita, sket-sket sudah. Tak payah memuji-muji, Banding-bandingkan bekas kekasih kamu dengan kekasih kamu yang sekarang ini. Tak pasal-pasal boleh jadi gaduh seminggu sebab benda ni je. Tapi kalau ikutkan lelaki pun tak suka bila kekasih dia bercerita pasal bekas kekasih pasangannya. Sebab dia akan rasa tercabar. Biaselah lelaki. Haha


4. “Cuba tengok perempuan tu…”
Jangan cuba-cuba banding-bandingkan kekasih kamu dengan perempuan lain. Sebab? Pada perempuan, dia mahu kamu hanya pandang seorang perempuan sahaja iaitu dirinya. Nampak macam kebudak-budakan? Maybe. Tapi kalau berani, cubalah tengok akibatnya kalau kamu cakap pasal perempuan lain di depan teman wanita kamu.


5. “I tak cukup bagus untuk you.”

Ayat ni pun perempuan tak suka. Sebab? Nampak macam lemahnya la kaum lelaki ni. Kira lelaki lembik la kan. Haha. Lagipun kalau kamu rasa kamu tak cukup bagus untuk dia, adakah dia bodoh sebab pilih kamu? Fikirlah taktik lain yang lebih menyenangkan ye. Ayat macam ni buat perempuan rasa rimas dan rasa menyesal sebab pilih kamu yang tak cukup bagus tu.


6. “I takde mood lah.”

Belum apa-apa lagi perempuan akan menganggap kamu simpan perempuan lain. Sebab? dia akan fikir apa lagi yang boleh menyebabkan kamu bosan selain daripada dia? Dia tak fikir yang anda mungkin ada masalah lain kerana bagi dia setiap kali anda takde mood, itu sebab perempuan lain. Jadi elakkan dari menyebut ayat ini dan adalah lebih baik kamu berdiam diri.


7. “Perangai you macam mak you sama je.”

Memang nak kena pukul kan cakap macam ni? Bukan apa. Secara ringkasnya, janganlah bandingkan diri dia dengan mak dia sebab dia tentu tak akan suka. Ibaratnya, kamu langsung tak hormat mak dia. Padahal mak dia lah yang bagi layanan baik kat kamu kan. Lupa diri ke bang cakap macam tu? Haha.


8. “Takyahlah nak emo…”

Orang perempuan memang kuat beremosi. Tapi kalau tengah die emo tu janganlah tegur dia. Sebab, tak pasal-pasal ada jugak kena penumbuk sulung dari dia. Haha. Awas ye. Tentulah dia emosi bersebab. Gunalah cara lain yang lebih baik daripada itu!

9. “I tak sukalah baju tu…”

Wahai kaum lelaki, jangan complain apa-apa tentang pakaian dia walaupun ditanya! Biar kawan-kawan dia yang dipertanggungjawabkan tentang itu. Lainlah kalau berpakaian melampaui batas seperti terlalu terdedah atau terlalu hodoh. Cara paling baik untuk perkara ini ialah dengan puji dia kalau anda suka baju dia daripada kritik baju yang anda tak suka. Kalau tak suka better diam je.Kalau malu sangat nak keluar dengan dia, maknanye ape tu?


10. “Kakak/Abang you entah apa-apa.”

Tolong jangan cakap yang buruk tentang ahli keluarga, buruk padahnya. Tak kiralah samada kakak atau abang dia memang tak berguna, tak payah cakap depan-depan atau belakang-belakang. Kamu nakkan dia kan? Jadi pada masa yang sama, kamu kena terima ahli keluarga dia juga. Kalau tujuan kamu untuk cari gaduh dengan dia, silakan mula dengan ayat ini, tentu tak akan gagal untuk memulakan pertengkaran!


Itu sahaja. Mulakan hidup dengan ceria tanpa pertengkaran dan gantikan ia dengan kebahagiaan ok?


p/s : Ayat-ayat perempuan yang lelaki tak suke tak tahulah. Sebab shaye bukan lelaki. Jadi shaye tak tahu. Hehe.

Tuesday, May 18

“Why Smartphones can be Dumbphones”

Salam semua. Oh ! Semestinya shaye lah antara yang terlembab sekali menulis pasal ni. Orang lain dah senang-lenang menulis pasal ni, shaye pulak baru terkedek-kedek. Actually, shaye tak berapa tahu sangat pasal Smartphones sebab shaye tak gunakannya lagi. So, uols boleh salahkan cikHel kalau shaye tersilap tulis pasal ni. Haha, takdelah ! Jangan salahkan beliau sebab dia tak salah pun. cikHel suruh shaye buat entri ni cepat-cepat pastu submit. Ye, shaye taip cepat-cepat ni cikHel.


Berbalik kepada tajuk utama kita. Ok, apa itu Smartphones? Kalau nak jawapan yang simple, Smartphones tu telefonlah ! (memang nak kena pukul kalau jawab macam tu). Ok ini serius. Smartphones ni memanglah telefon tapi ia merupakan jenis telefon yang bijak. Apa yang buat ia berbeza dengan telefon biasa ialah dari segi :

  • Sistem Operasi
  • Fizikal
  • Kegunaan yang pelbagai
  • Ciri-ciri
  • Kualiti

Ok, benda-benda macam tu yang membezakan Smartphones dengan telefon biasa. Tetapi, Smartphones juga boleh menjadi Dumbphones ! Sorry to say this but it is definately true ! (Oppps, cakap minah saleh pulak). Antara hujah-hujah yang menyebabkan shaye berkata demikian ialah :


Situasi 1
Orang A : Eh, jom lepak Starbucks ! Boleh wifi pakai telefon mahal aku ni !
Orang B : Telefon murah aku ni pon boleh online dimana jua ok. Tak guna ko pakai telefon mahal.
Orang A : ........(sambil berbisik) Ei, Dumbphones !


Situasi 2
Orang A : Ayang, nampak tak muka Sayang pakai 3G ni?
Orang B : Nampak ! Alolololo cute nyeee !
Orang A : Betul ni dah nampak? Oklah bye..
Orang B : Eh, cepatnya? Tak puas la Sayang !
Orang A : Siapa nak bayar ni kalau lama-lama? Kau ke? ( Start bergaduh)
Orang B : Eh, tak guna la kau pakai handphone mahal. Tapp ! (Letak telefon)
Orang A : ........(sambil berbisik) Ei, Dumbphones !


Situasi 3
Orang A : Hello, you dah sent email yang I suruh ke?
Orang B : Alaaaa, sorrylah you. I tak topup lagi, kredit I habis kena tolak sebab online semalam !
Orang A : You guna handphone jenis Smartphone ke?
Orang B : Yep.
Orang A : Pegi buanglah Smartphone you tu ! Email penting pun tak boleh hantar !
Orang B : ........(sambil berbisik) Ei, Dumbphones !


See? See? So pity kan bila Smartphones boleh jadi Dumbphones. Smartphones tak bersalah ok. Kalau uols tak mahu Smartphones di panggil Dumbphones lagi, uols kena jadi smart juga dengan memilih............ Jeng Jeng Jeng !

DiGi Smart Plan !


DiGi Smart Plan, hanya dengan RM68 sebulan uols boleh nikmati Internet dengan sepuasnya. Tak rugi pun sebab ianya menawarkan pelan yang sangat bijak. Uols juga boleh berjimat melalui pelan ini. Tak percaya? Klik gambar di bawah.




Ok cukup. Berhenti promote sekarang kita cerita pasal party. Hehe. DiGi akan mengadakan sebuah party, iaitu DiGi Break Free Party yang bertempat dan bertarikh berikut :


Tarikh: 29 May 2010 (Sabtu)
Masa: 6pm – 10pm
Tempat: Ecoba, Lot No. B-G-02, Level 1 Menara Bata (Tower B), PJ Trade Centre, No. 8 Jalan PJU 8/8a Bandar Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya (please click here for a location map)


Temanya ialah Prisoners and Villains. Haisssyyoooh ! Macam mana tu? Kostum apa nak pakai ye? Ada idea? Shaye kan muka suci macam mana nak buat bagi nampak jahat?


Lupakan soal kostum, ada hadiah yang ditawarkan pada malam itu. Antaranya ialah :


Best pre-event blog post – Blackberry Bold 9700
Best-dressed blogger at the party – HTC Legend
Best post-event blog post – Blackberry Bold 9700
Runner-up for post-event blog post – Blackberry Curve 8250


Lumayan kan? Jadi apa tunggu lagi? Tepuk dada cepat buat entri. Haha.

Monday, May 17

Tersekat Terbantut Tersangkut !

Salam semua. Sihat? Semoga sihat selalu. Masuk hari ni dah tiga hari shaye terperap kat rumah sewa ni. Buring ah ! Tak tahu nak buat apa. Nak bercucuk tanam takde benihnya, nak masak takde barang. Ei, ada kedai tapi tak buley pakai. benda-benda penting diorang tak jual. Panas ni. Panas. Hehe. Jadi, tersekat segala apa yang shaye nak buat kat rumah ni.


Assignment takde, kelas pun tak start lagi. Shaye jadi buntu di situ. Ibaratkan shaye dah macam handphone yang takde kredit. Tahu tak macam mana perasaan tu? Tahu? Nak mengarang pun jadi takde idea. Dah dua hari jugak tak menulis. Asal menulis je, padam balik. Dah tulis, padam. Terbantut semua idea ok ! Sebab takde benda nak dikongsikan bila shaye dalam keadaan buring ! Buring. Buring dan nak gilak!


Semester pendek. Ye, memang situasinya macam ni. Sebab? Bayangkan. Dalam seminggu, ada dua kelas je. Untuk short sem kali ni, kelas shaye hanya pada hari Rabu dengan Khamis. Ikotkan nak wat kelas hari Rabu je, tapi dah full pulak. So, terpaksa kelas Rabu dan Khamis. Ha, Bayangkan jugak, dari hari Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin, dan Selasa, shaye bakal terperap kat rumah. Tersangkut shaye duduk kat rumah ni lama-lama. Tak ke gila shaye dibuatnye?




Ada satu jawapan je. BALIK ! Yeay! Haha !

Friday, May 14

Kalau panjang, kasi potong ok?

Bangau oh bangau
Kenapa leher panjang?
Macam mana leher tak panjang
Ikan tak mahu timbul. Ikan tak mahu timbul.

Ikan oh ikan ikan
Kenapa tak mahu timbul?
Macam mana aku nak timbul
Rumput panjang sangat. Rumput panjang sangat.

Rumput oh rumput
Kenapa panjang sangat?
Macam mana aku tak panjang
Emm Emm emm Emm Emm Emm!
(Tak ingat lirik sebenarnye. haha)


Sedang kami merisaukan keadaan rumput di rumah baru yang panjang gila tu, ada seorang pakcik berlalu di tepi kawasan rumah dan memanggil kami dan bertanya.


Pakcik : Anak, nak tanya sket buley?
Kami : Ye, ada apa pakcik?
Pakcik : Kalau pakcik tolong potongkan rumput ni kamu nak tak?
Kami : Eh, ha! Kami pun tengah fikir nak cari orang untuk potong rumput ni. Ha, boleh pakcik!
Pakcik : Ok, jam 5pm nanti pakcik datang.
Kami : Terima kasih pakcik.











Selesai satu masalah. Rumput ni pun ambil masa dua hari nak potong bagi clear semua.. Yang korang tengok ni baru bahagian depan, bahagian tepi, belakang tak sempat snap. Tak tahulah berapa kena bayar ni. Hehe. Risau ! *sambil check wallet.

Jangan muntah dulu. Haha.



Sayang-sayangku.
Thanks sebab hadir dalam hidup shaye.
Dan membuatkan shaye tersenyum sentiasa.
Thanks. Shaye hargainya.


p/s : Ramai orang confiused shaye dah kawen kah? Belumlah. Budak kecik tu Mama jaga macam anak sendirilah. =)

Thursday, May 13

Hari Ini Episod Last Adamaya?



Salam petang semua. Hamboi-hamboi. Hari ni je dah berapa entri shaye tulis. Tengah rajin la kunun. Maklumlah dah berapa hari tak menulis. Ok berbalik kepada tajuk utama. Dengar cerita Slot Akasia Adamaya tamat hari ini? Ehem. Sekarang shaye dah ada TV ok. Dah buley tengok kat TV. Bukan tv3.com secara online dah. Motip? *Berlagak sebab ada TV kecik kat rumah sewa.


Agak-agak apa kesudahan cerita ni ya? harap-haraplah happy ending. Kalau ye pun Adam bukan untuk Maya last-last, tak payah bagi si Dani tu dengan Maya. Sumpah, Maya takkan bahagia. Huhu.*Macam diorang kawin betul-betul je. Haha. Cepat terpengaruh shaye nih !


Dan kalau suatu hari shaye ditakdirkan berada kat tempat Maya, shaye harap shaye tak hanyut macam Maya dengan Dani sebab walaupun dia dah kawin dengan Adam masa tu, dia tetap pegi jumpa Dani. Huhu. Mintak dijauhkan. Takmo-takmo. Berdosa nanti. Huhu. Watak Adam paling shaye suka, sebab dia sangat penyabar, matang dan baik hati. Langsung tak amek peluang atas kecurangan atau kekurangan isteri dia tu. Masih lagi bertanggunjawab ke atas keluarganya. Itu baru betul-betul cinta sejati. Kan? Kan?


Ok, selamat menonton petang ni. Macam biasa jam 6.30 petang di TV Tiga!!! (Ayat Tiga tu tiru cara Mimi sebut. Haha.)

How Many Wiggies?



Salam semua. Terpaksa taip laju-laju kali ini. Assignment kali ni kena kira berapa pulak jumlah kesemua wiggy kat atas ni? Ha, kepada semua nak kira sekali meh la kira.. 1, 2, 3, 4, ......dan haisyyyooh! Berapa nih? Cepat kira. Lagi sekali.. 1, 2, 3, 4, 5.......


Ha, semuanya 219. Betul ke ha? Tak pecaye? Meh tengok. Ada yang tertinggal lagi ke?
Hahaha.



Adush. pedih mata la mengira ! *pegi cari EyeMo.


Ok, jum layan Project Alpha jum?








Wednesday, May 12

Tarik Nafas Lega Sket Je. Jangan Lebih-Lebih.

Salam semua. Ye. Akhirnya ! Stage penentuan dinanti-nanti. Shaye baru lepas present projek akhir. Lega. Tapi tak berapa nak lega sebab tak pasti lulus ke tak. Penilai tak cakap apa-apa. So, tunggu keputusan saja. Adush. Ha, terlupa nak bagitahu kenapa shaye kena halau keluar hari tu. Sebabnya, kontrak duduk kat hostel 2 tahun. Patutnya, kitorang memang nak keluar tapi tarikh yang dia bagi tu awal dari yang sepatutnya. Entah bila announce entah. So, tak pasal-pasal terpaksa la keluar meninggalkan hostel.


Rumah baru ni pun dah start kemas sket-sket. Dah siap cuci apa sume dah. Baru selesa nak pijak dapur takpun berjalan dalam rumah tu. Ai bukan minah saleh ye nak pakai-pakai kasut kat rumah. Japgi rumah berdebu pun tak perasan. Ok, hari ni shaye nak menayang rumah baru kat korang. Haha. Tapi tak de la sempurna lagi. Masih lagi dalam kerja-kerja pembersihan.





Ha, yang ni barang-barang kitorang kat ruang tamu masa mula-mula pindah. Banyak gila kan? Kata pun barang untuk lima orang. Pindah naik van, ada la berapa kali trip ulang-alik mengangkut barang. Barang-barang ni semua jangan risau. Dah siap kemas dah. Dah clear dah. Tinggal barang-barang budak-budak yang lepas je. Maksudnya, budak-budak yang sebelum ni duduk ruma sewa ni. Sekarang dah boleh baring-baring tengok TV dah. Ahaha!





See? Mesti korang fikir tepi rumah shaye ni ada sawah padi ke hape kan? No. no. No. Itulah rumput lalang yang dikatakan. Panjang gila kan? Luas kan tepi rumah shaye? Ada pokok pisang dengan pokok mangga lagi. Rumput panjang ni tak potong lagi. Takut ok nak potong. Takut ada benda yang mematuk ke masa seronok-seronok potong rumput. Better upah orang suruh racun je. Tengoklah macam mana nanti. Huhu.





Ha, yang ni kipas bilik shaye. Kipas tu asalnya kaler putih ye bukan hitam macam tu. Shaye tak pastilah dah berapa tahun diorang ni tak cuci kipas. Nampak? Sampaikan kepala kipas dicabut. Maybe sebab tak tahan panas kot. Memanglah panas, kalau kipas tu berat dengan habuk kan? Gila. Sanggup cabut kepala kipas daripada basuh kipas. Dalam gambar ni takdelah nampak sangat habuknya. Kalau tengok betul, ya ampun. Tak tahu nak kata ape.
Align Center




Tak dinafikan kipas tu memang tinggi. Memang tak sampai pun kalau nak panjat naik kerusi. Nampak? Jadi, sebab shaye tak tahan tengok kipas tu macam tu dan tak sanggup berpanas dalam bilik kitorang ambil inisiatif sendiri nak cuci kipas tu. Ye, nampak meja dengan almari tu? Terpaksa tarik meja dengan almari tu. Pastu suruh roomate shaye panjat. Letak kerusi atas meja, pastu bagi dia panjat almari untuk bukak kipas. Kenapa bukan shaye je? Shaye beratlah! Dah la gayat. Haha. Takpelah, dia cabut shaye pegi cuci. Adilkan?





Tadaaaa! Bersih tak? Berbeza gila kan? Now dah tak panas lagi. Sekurang-kurangnya bangun tidur tak la hidung tersumbat dengan habuk kipas. Hahaha. Ok, sekarang dah start short sem. Masa short sem ni memang banyak masa terluang rasanya. So, lagi banyak juga masa nak update blog ye. Tunggu saja entri seterusnya.


p/s : Dah 2,3 hari tak updated rasa hilang idea nak menulis. *sigh

Monday, May 10

Shaye Kena Halau Keluar Rumah!


Ok. Ok. Jangan risau semua. I'm fine. Selamat je kat sini. Terlebih dahulu. Salam siang. Semoga sihat hendaknya. Ini bukan entri hangit ke hape. Memang betul shaye kena halau keluar rumah. Hmm. Agak berserabut sekarang ni. Dengan masalah projek, dengan kena halau lagi. Ok, macam ni ceritanya. Korang tahu kan shaye lari balik kejap jumaat lalu? So, bila ahad nak balik Johor balik tiba-tiba membe hostel shaye text shaye bagitahu yang kitorang semua kena halau. OMG! Sebab? Pihak pengurusan hostel kata kitorang kena kosongkan hostel sebab ada budak lain pulak nak duduk situ. Hmm..


Mesti korang buley rasa betapa berserabutnya shaye dengan tak sampai-sampai Johor lagi, dapat berita pasal kena halau pulak. Haisssyoh ! Memang nak pindah tapi pihak hostel jugak kata last pulang kunci 10hb. Semalam 9hb kan? Pergh. Sabar je lah! So, sampai-sampai je hostel bila bukak je pintu rumah, mak oi !


Rumah macam tongkang pecah !


Sabar-sabar. Budak-budak cina yang nak duduk situ pulak. Shaye terpaksa keluar rumah semalam jugak. Sampai-sampai terus packing barang dan mengangkut pindah rumah sewa. Penat oke ! Huhu. Kalau ye pun nak menghalau, bagitahulah awal-awal. Tak la kelam kabut. Nasib la abang bawak van hari-hari tu nak tolong angkut barang tapi kena bayarlah kan.


Sekarang.. new life ! Suasana yang baru ! Tapi rumah siyes bersepah gila sekarang. Geli-geli oke nak pijak dapur. Tak sempat nak berkemas habis-habisan sebab sekarang semua tengah berjuang untuk projek akhir. So, terpaksa tahan dulu. Barang-barang nak mengemas pun tak beli lagi. Yelah, pindah mengejut kan? Huhu.


Rumah ok. Selesa sebab besar. Semua cukup. Satu je. Mesin basuh rosak ! Lemah shaye nak membasuh. Selalu pakai mesin je. Huhu. Ha, rumput lalang kat tepi rumah memang subur menghijaulah. Nak menebas tapi tak berani sebab panjang sangat. Tengoklah esok lusa, kitorang panggil orang meracun rumput. Rumah sewa shaye rumah tepi, so ada ruang sangat la kalau nak buat senaman ringan petang-petang bila dah tebas rumput nanti.


Bercakap pasal Internet. I'm happy. Sekarang guna Streamyx Wireless. Laju ok ! Buley online bila-bila masa tanpa sekatan. Yang besh, buley webcam.. Oh i likeeee ! Haha. Pssssttt, shaye ada tepon rumah sewa..Nak call? 07-7.......... Rahsia. Haha. Suke suke suke dan excited sebab dah lama sangat tak duduk rumah sewa. Tapi dugaan dia pun buley tahanlah. Semoga shaye dapat hadapi semua dengan senyuman.


p/s : Entri panjang pulak hari ni. Bace jelah!

Saturday, May 8

Ini rahsia. Pura-pura tak baca ok?


Salam pagi semua. Cuba teka kat mana shaye? Tekalah. Teka... Haha.



Shaye di rumah ok. (lawanye rumah. credit to google)

Buley tak shaye lari kejap? Kejap je.
Tak tahan ok duduk kat Johor.
Stress! (alasan).
p/s : Ahad ni balik Johor balik. *sigh
Isnin kena presentation. Pastu start short sem. *nanges guleng2

Thursday, May 6

ku bukan aku

Nice song. I likeee! Shhhuuuuwit je..! Haha. Dengar lagu ni, rasa nak bercinta, buley? Nak share dengan korang. Nah, lirik dengan lagu video sekali. Layan je ok?

Ku Bukan Aku - Tilu

Lama sungguh hari berlalu
Hening malam menyiksaku
Bila bersendirian sepi jadi pilu

Kau pergi aku yang hilang
Sedikit pun hidup tak senang
Langit cerah ku renung mendung kelabu

(korus)
Kerana diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Fikiran tak keruan
Jiwa rasa kekosongan
Diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Pulangkan dia ke pangkuanku

Yang digemar menjadi bosan
Sukarnya cari ketenteraman
Bila hati bersedih semuanya tak betul

Ku cuba setabah hati melupakan
Dirimu dari ingatan
Tapi semakin dicuba semakin rindu





p/s : Ke nak video shaye yang nyanyi lagu ni? Haha. Jangan mimpilah. (gelak jaat)

Wednesday, May 5

My Message to AIDSAware


Jangan tanya kenapa muke shaye macam tu, hasil tak cukup tido.


Hello semua. Selamat datang ke blog yang tak berapa selalu nak updated sekarang. Ok, assignment kali ini shaye nak cerita pasal AIDS. Nampak tak mesej yang shaye bagi tu? Jelas kan? 'Amalkan Hidup Yang sihat, Hindari AIDS!". Memandangkan buat masa sekarang ni, belum ada lagi rawatan atau ubat yang boleh menyembuhkan AIDS ni, eloklah kita mencegahnya daripada terjerumus jauh. Hasilnya? Menyesal dikemudian hari. Ok, ni shaye nak share kat korang, langkah mencegah AIDS kerana ianya adalah salah satu cara terbaik bagi mengawal penyakit AIDS ni.


Langkah-langkah yang patut diamalkan :

  • Menghindari seks di luar perkahwinan.

  • Elakkan hubungan seks dengan mereka yang tidak dikenal pasti latar belakangnya.

  • Elakkan hubungan seks dengan berbilang pasangan.

  • Menggunakan kondom jika isteri atau suami telah dijangkiti.

  • Jangan melakukan hubungan seks sejenis.

  • Jangan berkongsi peralatan peribadi seperti pisau cukur, berus gigi dan lain-lain peralatan yang boleh dicemari oleh darah

  • Jangan menderma darah atau organ badan jika anda dijangkiti.

  • Jangan menagih dadah.

  • Hindari dari perkongsian jarum dan alat suntikan.

  • Elakkan diri daripada bercukur di kedai gunting rambut atau pendandan rambut di mana anda terpaksa berkongsi pisau cukur atau gunakan pisau cukur pakai buang.

  • Bagi ibu-ibu yang dijangkiti elakkan dari mengandung.

  • Sebagai langkah asas berilah didikan ugama dan moral kepada anak- anak supaya dapat membentuk satu tingkah laku yang positif dan mengelakkan tingkah laku yang berisiko tinggi.



Silalah amalkan gaya hidup yang sihat. Langkah-langkah pencegahan shaye dah bagi, jadi amalkan. Tak susah pun. Kita perlu hidup dengan normal tanpa melibatkan diri dengan perkara-perkara tak elok je. Itu sahaja untuk malam ini. Ingat mesej yang shaye nak sampaikan, "Amalkan Gaya hidup Yang Sihat, Hindari AIDS". Jadi, tepuk dada tanyalah selera.








Tuesday, May 4

Penangan !

Hello everybody ! I'm back. Macam mana hari-hari anda? Ceria? Shaye rindu kat rumah ni. Huhu. Ok, seperti yang shaye kepohkan, shaye tersangatlah bizi. Kesian ok. Taknak kesian kat orang lain, tapi kesian kat diri sendiri. Sebab keadaan diri sendiri yang tak terurus ni. Huhu. Penangan projek akhir dengan exam kali ni memang betul-betul buat shaye separuh sewel. Hohoh !

Impak maksima yang pertama :



Ye, lebam bawah mata. Dah nak jadi kantung mata dah. Huhu. Kebelakangan ini, shaye memang takde masa nak tidur. Kena berjaga sampai malam dan sedar tak sedar dah pagi. Huhu. Penat. Penat sangat. Bila tidur, memang ibarat pengsan sebab tidur dengan sangat lena. Ibarat pengsan sekejap.


Kesan tragis kedua :



Adush, bila tidur pun tak teratur, makan minum pun tak terjaga. Kejap makan, kejap tak. Bila tak makan tu, tak makan langsung, bila dapat makan. Tak payah cakap memang tak hingat dunia. Metabolisme dah rendah, jadi tak buley nak control nafsu makan tu. Jadi terdapatlah lemak-lemak degil kat perut. Benchi !



Seri Dewi Malam :



Bila tak cukup tidur, makan entah apa-apa, tumbuhlah jerawat menggatal kat muka. Adush. Tak rela ok. Stok Innershine dah habis. Tak berseri dah wajah shaye. *Selama ni berserikah? Hehe.
Kadang-kadang bila dah khusyuk sangat buat kerja, tengah-tengah malam tengok cermin, ya ampun ! Muke berminyak lorh ! *Terkejut beruk tengok muke sendiri. Pergh !


Sembilu :



Tak payah la rindu-rindu nak tengok gambar shaye buat masa sekarang. Memang serabut gila. Rambut memang tak sikat dah sekarang. Alasan. Tak sempat. Buley? Hahaha!



*Tak sabar nak habiskan exam, projek akhir semua. Tapi nak melaluinya, faham-faham sendiri. Pergh !

Ringan dah beban. Tapi tak ringan sangatlah

Salam semua. Selamat pagi dan salam ceria. Ceria la sangat. Mengantuk ni. Firstly, nak mintak ampun kat korang sebab makin lama, makin jarang updated. Bizi. Confirm korang dah meluat dengar perkataan tu. Projek akhir baru lepas hantar report. Lega sket. Masuk ni dah berapa malam dah tak tido. Tido pun, tido-tido ayam je. Adush. Jelez je tengok korang updated pasal AIM(Anugerah Industri Muzik)lah, pasal perkembangan terbarulah dan macam-macam.


Pagi-pagi ni sementara nak tunggu masa nak pergi jumpa penyelia, sempat blogwalking. Ok, di sini shaye share sket dengan korang. Sharing is caring kan? Caring lebih nih. Hehe. Ok, jum blogwalking kejap.


1. Kalau korang nak tahu, eyriqazz.blogspot dah pun bertukar ke eyriqazz.com. Tahniah diucapkan. Sampai sekarang shaye masih tertanya-tanya kenapa ramai buat rumah baru. Hehe. Ha, beliau ade buat contest baru. Contest|Hadiah Birthday Untuk Alisya. Kalau berminat, joinlah. Ada banyak hadiah yang ditawarkan. Tak rugi pun kalau join.


2. Ha, si Sepet promote budak-budak tarian dia tu. Pegilah jengah ye. Sekarang ni dia pun dah jarang-jarang updated. Haisyyyoh.


3. Seronoknya tengok Kak Tash dan cik Hel pegi konsert Tokio tu. Hehe. Nasib baiklah bukan artis febret shaye. Hohoh. Cakap pasal cik Hel, dia ada Tips macam mana nak jaga ketiak. Hohoh ! Cayalah..


4. Kak Ina KL, baru dapat hadiah tu. Bertuah dia. Dah tengok dah video dia masak megi tu? Hehe. Dah macam chef dalam tv pulak. Pssstt, jangan lupa 'Like' oke?


Haaa...adush ok la korang, nanti shaye jengah lagi blog korang. Nak pegi jumpa penyelia kejap. Bye. Akhir kata, meh layan lagu ni. Seswai nih untuk shaye. Hehe.


The Climb-Miley Cyrus

Sunday, May 2

Nuffnang tawar keje kosong kat shaye? Yeay !



Salam semua. Amacam? Sorry sebab selang-selang hari updated. Msih bizi. Tak pe, yang penting updated kan? Kan? Ok, back to the main point. Betul ke Nuffnang tawar kerja kosong kat shaye? Oh semestinya ! Haha. Tak pecaye? Lihat SINI. Jawatan yang ditawarkan ialah 'Web Developer'. Haha. Berangan kau ye cik Era? Larikkkkk!


Takdelah, shaye nak bagitahu kat semua yang Nuffnang buka jawatan kosong, so siapa-siapa nak jadi 'Web Developer' bolehlah memohon cepat-cepat. Bukan shaye nak menolak, tapi shaye kan belum habis belajar lagi. Jadi kena sedar diri. Memang dah kena dah dengan kos shaye tu. Hehe. (projek akhir pun tak siap sepenuhnya lagi.berangan)


Ha, setiap calon mesti memenuhi keperluan berikut :

  • Mestilah sekurang-kurangnya mempunyai Diploma atau Ijazah Sarjana Muda dalam
  • bidang IT. *Ha, kos shaye nih !
  • Berpengalaman dalam PHP, MySQL, dan Javascript. *Tengah belajar benda-benda ni. Buley?
  • Berkemahiran dengan pembangunan Actionscript, rangka-rangka PHP, atau CSS ialah kelebihan. *Ha, project shaye pakai ActionScript ape. hehe.
  • Paling kurang 1 tahun pengalaman kerja dalam bidang pembinaan web. Graduan yang baru tamat penggajian dialu-alukan untuk memohon jika kepakaran dapat didemonstrasikan. *Adui, tak habis lagi lah. Huhu. Belum grad.
  • Memahami konsep-konsep OOP *Bukak buku OOP sekarang.
  • Pemohon adalah rakyat Malaysia. *Jangan tuduh shaye bukan warganegara ok.

Haha. Sebab-sebab tertentu shaye terpaksa menolak untuk memohon jawatan ini. Ececeh. Kena belajar gigih sampai habis dulu, baru buley apply ye cik Era. Jadi, shaye dengan senang hatinya tolong promote kat uols yang tengah cari kerja tu. Kalau rasa-rasa seswai dengan jiwa raga uols, silalah ye.. ! Ok, nak sambung buat kerja. Bye !
Lazada Philippines