Monday, May 24

Kenapa shaye tak update blog?


Salam semua. Rindu tak? Rindu? Hehe. Masih lagi dalam mood bersedih atas berita sedih kelmarin. Baru malam tadi shaye webcam bersama Nasuha dan suami. Alhamdulilah, mereka tabah dan redha. Jadi, lega hati shaye. Ok, berbalik kepada tajuk utama. Kenapa shaye tak update blog? Adakah shaye putus chenta
? Adakah shaye dah tak nak berblogging?

Jawapannya, No, No, No, No!

Bukan sebab itu ya kawan-kawan. Ok, Sabtu hari tu shaye berfoyes bersama rakan-rakan. Lepas tension PSM la kunun. Pegi karaoke. Pastu jalan-jalan. Not bad. Seronok walaupun berpanas berhujan. Hujan lebat ok kat Batu Pahat masa tu. Asalkan buley nyanyi dah puas hati. Hehe. Puas !


So,


Kelas seterusnya hari Rabu. Jadi sepanjang hari Ahad, Isnin dan Selasa shaye akan terperap je dalam rumah sewa. Jadi. kenapa shaye tak update? Sebabnya :


1. Faktor cuaca

Wah! Bukan main lagi alasan ye. Haha. Bukan apa, sekarang ni panaslah cuaca. Nak menulis pun tak selesa, berpeluh sana, berpeluh sini. Bukan siang je, malam pun sama. Bila kita dalam keadaan tak selesa, agak-agak ada idea tak nak menulis?


2. Ibarat duduk bawah tempurung

Maklumlah, bila kelas takde, shaye akan terperap je berlindung dari cuaca panas kat luar. Kunun-kunun puteri lilinlah tapi kulit tak putih pon. Haha. Bila dah duduk terperap je hari-hari kepala otak ni bagai tak bergerak dengan lancar tau. Tengok kiri dinding, tengok kanan dinding, aiiisssyoh ! Takkan nak tulis pasal dinding?


3. Kerja-kerja lain.

Bila duduk terperap tu, tak semestinya kena duduk saja. Adalah assignment projek yang nak kena disiapkan. Tapi tahu tak betapa boring nye assignment dia? Huhu. Tapi nak dapat markah punya pasal, nak taknak kena la buat dengan senyuman kelat. Haha.


4. Boring boring boring !

Boring ok duduk dalam rumah ni. Nak keluar tak tahu nak pegi mana. Poket pun makin nipis. Haissssyyyoh ! Kerja shaye tiap hari, lepas pegi kedai makan untuk lunch, wajib pergi kedai runcit untuk beli sesuatu. Tak kiralah ape pun. Janji beli walaupun itulah satu-satunya kedai yang barang dia tak pernah lengkap.


5. Dunia shaye hanyalah sekeping skrin monitor.

Hari-hari mengadap Internet. Tapi dah buntu tak tahu nak buat apa. Connection memang laju. Shaye guna Streamyx Wifi lagi. Kerja lain takde, online la sampai muntah. Dalam rumah ni ada 3 orang je yang tinggal. Lain semua bercuti. Dan masing-masing akan mengadap skrin masing-masing dari pagi sampai malam. Pergh ! Otak shaye sudah tepu. Tolong !



Hohoho. Kesian kan? Apa nak buat. Kena la tempuh juga. Short sem memang membosankan. Maybe dah terbiasa sibuk, bila tak buat apa-apa rasa sengal kepala otak dibuatnya. Sampai hilang idea ni. Ada siapa-siapa buley tawarkan untuk berubat tak? Haha. Adush. Tapi kalau nak diikutkan, BERBLOGGING. Letaklah kau kat mana pun asal ada connection, laptop/komputer kau buley tulis blog kan? kan? Janji ada idea. Betul tak?


Nasihat kepada diri sendiri :
Jangan jadikan pelbagai alasan untuk tidak menulis ! Ini amaran ! Buley? Hahaha~



p/s : cikHel kata putus chenta jangan update blog.
Tapi shaye kata, shaye tak update blog sebab jatuh cinta dengan patung sebelah, buley?

6 comments:

kak ina kl said...

salam..ooo comelnya arwah Adam..kesiannya dia meninggal cara camtu..

lepas ni parents dia kena hati-hati..al fatihah buat arwah..

intanurulfateha (◡‿◡✿) said...

.al-fatihah buat adam
.sedih nyee :(

.syurga tmpat die
.aminnn~~

fLoRanCe said...

OMG~~!!! ur fren rupernyer....kesian nyer...
takziah atas pemergian anaknya..
sungguh tragis....

helena's said...

kalau macam tu muaz campak mana?wakakah!

dpt pergi digi party tak??

mohdhairihassan said...

hmmm....tp akhirnye tulis entry jugak kan..?
hehe...xpe3,chayok3!! ^_^

cik eykameow :) said...

be cool. keep on posting ok? ehh. teperasan komen cik hel.. haa... muaz tu spe haaaaaaaa....hehehehehe

Lazada Philippines