Wednesday, May 5

My Message to AIDSAware


Jangan tanya kenapa muke shaye macam tu, hasil tak cukup tido.


Hello semua. Selamat datang ke blog yang tak berapa selalu nak updated sekarang. Ok, assignment kali ini shaye nak cerita pasal AIDS. Nampak tak mesej yang shaye bagi tu? Jelas kan? 'Amalkan Hidup Yang sihat, Hindari AIDS!". Memandangkan buat masa sekarang ni, belum ada lagi rawatan atau ubat yang boleh menyembuhkan AIDS ni, eloklah kita mencegahnya daripada terjerumus jauh. Hasilnya? Menyesal dikemudian hari. Ok, ni shaye nak share kat korang, langkah mencegah AIDS kerana ianya adalah salah satu cara terbaik bagi mengawal penyakit AIDS ni.


Langkah-langkah yang patut diamalkan :

  • Menghindari seks di luar perkahwinan.

  • Elakkan hubungan seks dengan mereka yang tidak dikenal pasti latar belakangnya.

  • Elakkan hubungan seks dengan berbilang pasangan.

  • Menggunakan kondom jika isteri atau suami telah dijangkiti.

  • Jangan melakukan hubungan seks sejenis.

  • Jangan berkongsi peralatan peribadi seperti pisau cukur, berus gigi dan lain-lain peralatan yang boleh dicemari oleh darah

  • Jangan menderma darah atau organ badan jika anda dijangkiti.

  • Jangan menagih dadah.

  • Hindari dari perkongsian jarum dan alat suntikan.

  • Elakkan diri daripada bercukur di kedai gunting rambut atau pendandan rambut di mana anda terpaksa berkongsi pisau cukur atau gunakan pisau cukur pakai buang.

  • Bagi ibu-ibu yang dijangkiti elakkan dari mengandung.

  • Sebagai langkah asas berilah didikan ugama dan moral kepada anak- anak supaya dapat membentuk satu tingkah laku yang positif dan mengelakkan tingkah laku yang berisiko tinggi.



Silalah amalkan gaya hidup yang sihat. Langkah-langkah pencegahan shaye dah bagi, jadi amalkan. Tak susah pun. Kita perlu hidup dengan normal tanpa melibatkan diri dengan perkara-perkara tak elok je. Itu sahaja untuk malam ini. Ingat mesej yang shaye nak sampaikan, "Amalkan Gaya hidup Yang Sihat, Hindari AIDS". Jadi, tepuk dada tanyalah selera.








3 comments:

Amri Bahruji matPuisi said...

tanks 4 d info.. amat bergune kpd saya.. hohoho.. ;)

enyheartsdiamond said...

comel! ley jd duta aids sedunia dah :D

helena's said...

tak sempat buat..huhu gudluck okay!

Lazada Philippines