Monday, May 10

Shaye Kena Halau Keluar Rumah!


Ok. Ok. Jangan risau semua. I'm fine. Selamat je kat sini. Terlebih dahulu. Salam siang. Semoga sihat hendaknya. Ini bukan entri hangit ke hape. Memang betul shaye kena halau keluar rumah. Hmm. Agak berserabut sekarang ni. Dengan masalah projek, dengan kena halau lagi. Ok, macam ni ceritanya. Korang tahu kan shaye lari balik kejap jumaat lalu? So, bila ahad nak balik Johor balik tiba-tiba membe hostel shaye text shaye bagitahu yang kitorang semua kena halau. OMG! Sebab? Pihak pengurusan hostel kata kitorang kena kosongkan hostel sebab ada budak lain pulak nak duduk situ. Hmm..


Mesti korang buley rasa betapa berserabutnya shaye dengan tak sampai-sampai Johor lagi, dapat berita pasal kena halau pulak. Haisssyoh ! Memang nak pindah tapi pihak hostel jugak kata last pulang kunci 10hb. Semalam 9hb kan? Pergh. Sabar je lah! So, sampai-sampai je hostel bila bukak je pintu rumah, mak oi !


Rumah macam tongkang pecah !


Sabar-sabar. Budak-budak cina yang nak duduk situ pulak. Shaye terpaksa keluar rumah semalam jugak. Sampai-sampai terus packing barang dan mengangkut pindah rumah sewa. Penat oke ! Huhu. Kalau ye pun nak menghalau, bagitahulah awal-awal. Tak la kelam kabut. Nasib la abang bawak van hari-hari tu nak tolong angkut barang tapi kena bayarlah kan.


Sekarang.. new life ! Suasana yang baru ! Tapi rumah siyes bersepah gila sekarang. Geli-geli oke nak pijak dapur. Tak sempat nak berkemas habis-habisan sebab sekarang semua tengah berjuang untuk projek akhir. So, terpaksa tahan dulu. Barang-barang nak mengemas pun tak beli lagi. Yelah, pindah mengejut kan? Huhu.


Rumah ok. Selesa sebab besar. Semua cukup. Satu je. Mesin basuh rosak ! Lemah shaye nak membasuh. Selalu pakai mesin je. Huhu. Ha, rumput lalang kat tepi rumah memang subur menghijaulah. Nak menebas tapi tak berani sebab panjang sangat. Tengoklah esok lusa, kitorang panggil orang meracun rumput. Rumah sewa shaye rumah tepi, so ada ruang sangat la kalau nak buat senaman ringan petang-petang bila dah tebas rumput nanti.


Bercakap pasal Internet. I'm happy. Sekarang guna Streamyx Wireless. Laju ok ! Buley online bila-bila masa tanpa sekatan. Yang besh, buley webcam.. Oh i likeeee ! Haha. Pssssttt, shaye ada tepon rumah sewa..Nak call? 07-7.......... Rahsia. Haha. Suke suke suke dan excited sebab dah lama sangat tak duduk rumah sewa. Tapi dugaan dia pun buley tahanlah. Semoga shaye dapat hadapi semua dengan senyuman.


p/s : Entri panjang pulak hari ni. Bace jelah!

2 comments:

Natasha said...

gedikkkkkk....nak ikut g umah baru dia lerrr

Aus MeLankoLik said...

hoi , tu bukan rumah dah , hahahak .

gila serabut , hahahak .

asal tetbe kena kuar lak ?? pelik gile .

Lazada Philippines