Wednesday, May 12

Tarik Nafas Lega Sket Je. Jangan Lebih-Lebih.

Salam semua. Ye. Akhirnya ! Stage penentuan dinanti-nanti. Shaye baru lepas present projek akhir. Lega. Tapi tak berapa nak lega sebab tak pasti lulus ke tak. Penilai tak cakap apa-apa. So, tunggu keputusan saja. Adush. Ha, terlupa nak bagitahu kenapa shaye kena halau keluar hari tu. Sebabnya, kontrak duduk kat hostel 2 tahun. Patutnya, kitorang memang nak keluar tapi tarikh yang dia bagi tu awal dari yang sepatutnya. Entah bila announce entah. So, tak pasal-pasal terpaksa la keluar meninggalkan hostel.


Rumah baru ni pun dah start kemas sket-sket. Dah siap cuci apa sume dah. Baru selesa nak pijak dapur takpun berjalan dalam rumah tu. Ai bukan minah saleh ye nak pakai-pakai kasut kat rumah. Japgi rumah berdebu pun tak perasan. Ok, hari ni shaye nak menayang rumah baru kat korang. Haha. Tapi tak de la sempurna lagi. Masih lagi dalam kerja-kerja pembersihan.





Ha, yang ni barang-barang kitorang kat ruang tamu masa mula-mula pindah. Banyak gila kan? Kata pun barang untuk lima orang. Pindah naik van, ada la berapa kali trip ulang-alik mengangkut barang. Barang-barang ni semua jangan risau. Dah siap kemas dah. Dah clear dah. Tinggal barang-barang budak-budak yang lepas je. Maksudnya, budak-budak yang sebelum ni duduk ruma sewa ni. Sekarang dah boleh baring-baring tengok TV dah. Ahaha!





See? Mesti korang fikir tepi rumah shaye ni ada sawah padi ke hape kan? No. no. No. Itulah rumput lalang yang dikatakan. Panjang gila kan? Luas kan tepi rumah shaye? Ada pokok pisang dengan pokok mangga lagi. Rumput panjang ni tak potong lagi. Takut ok nak potong. Takut ada benda yang mematuk ke masa seronok-seronok potong rumput. Better upah orang suruh racun je. Tengoklah macam mana nanti. Huhu.





Ha, yang ni kipas bilik shaye. Kipas tu asalnya kaler putih ye bukan hitam macam tu. Shaye tak pastilah dah berapa tahun diorang ni tak cuci kipas. Nampak? Sampaikan kepala kipas dicabut. Maybe sebab tak tahan panas kot. Memanglah panas, kalau kipas tu berat dengan habuk kan? Gila. Sanggup cabut kepala kipas daripada basuh kipas. Dalam gambar ni takdelah nampak sangat habuknya. Kalau tengok betul, ya ampun. Tak tahu nak kata ape.
Align Center




Tak dinafikan kipas tu memang tinggi. Memang tak sampai pun kalau nak panjat naik kerusi. Nampak? Jadi, sebab shaye tak tahan tengok kipas tu macam tu dan tak sanggup berpanas dalam bilik kitorang ambil inisiatif sendiri nak cuci kipas tu. Ye, nampak meja dengan almari tu? Terpaksa tarik meja dengan almari tu. Pastu suruh roomate shaye panjat. Letak kerusi atas meja, pastu bagi dia panjat almari untuk bukak kipas. Kenapa bukan shaye je? Shaye beratlah! Dah la gayat. Haha. Takpelah, dia cabut shaye pegi cuci. Adilkan?





Tadaaaa! Bersih tak? Berbeza gila kan? Now dah tak panas lagi. Sekurang-kurangnya bangun tidur tak la hidung tersumbat dengan habuk kipas. Hahaha. Ok, sekarang dah start short sem. Masa short sem ni memang banyak masa terluang rasanya. So, lagi banyak juga masa nak update blog ye. Tunggu saja entri seterusnya.


p/s : Dah 2,3 hari tak updated rasa hilang idea nak menulis. *sigh

1 comment:

Alynn Notnot said...

wowowo. ade bakat cuci kipas :))

Lazada Philippines