Thursday, May 20

Tips : Kesalahan Dalam Mengayat Perempuan!



Ok, salam semua. Entri hari ni berbentuk amaran ye. Ececeh ! Takdelah. Baru tadi shaye blogwalking dan shaye singgah web Gua.com . Tiba-tiba terbaca sesuatu. Ok, ia lebih kepada sesuatu relationship. Dan shaye rasa ianya memang benar sama sekali. Mana-mana perempuan pun akan sokong benda ni. Eh, lupa nak explain. Ini berkaitan dengan kata-kata dari seorang lelaki yang memang pantang bagi perempuan tu dengar. Buley menyebabkan clash ok ! Jadi untuk lelaki, sila ambil perhatian. Awasi kata-kata anda. Jangan nak sedap mulut je kan. Perempuan pun buley baca ni ok. Hehe.

1. “Kalau you betul-betul sayang I, you akan buat apa I suruh.”

Ok, perempuan memang tak suka bila lelaki cakap begini. Sebab? Ia menunjukkan seolah-olah perempuan tu nampak macam stupid je sebab semua benda nak ikut tanpa rela. Kalau ye pun sayang, tak semestinya ikut apa lelaki tu suruh. Jangan ok ! Kalau untuk kebaikan takpe. Tapi kalau untuk kejahatan, jangan. Berdosa tu. Contoh : Kalau you sayangkan I, you jangan ikut cakap mother you. Kita kawin lari jum !


2. “I tak suka dengan kawan-kawan you.”

Ha, yang ni memang ayat sengaja nak menempah gaduh. Kalau ye pun tak suka, diam-diam je. Jangan terus-terus cakap tak suka. Sebab? Perempuan dengan kawan-kawan dia sangat tulus dalam persahabatan, jadi jangan cemarkan ia dengan perasaan cemburu anda atau lain-lain. Ingat !


3. “I punya ex-girlfriend dulu….”

Ayat ni, lagi la pantang didengar oleh kaum Hawa. Sedang mood dia ok hari tu, buley jadi moody pulak sepanjang hari. Kalau ye pun nak bercerita, sket-sket sudah. Tak payah memuji-muji, Banding-bandingkan bekas kekasih kamu dengan kekasih kamu yang sekarang ini. Tak pasal-pasal boleh jadi gaduh seminggu sebab benda ni je. Tapi kalau ikutkan lelaki pun tak suka bila kekasih dia bercerita pasal bekas kekasih pasangannya. Sebab dia akan rasa tercabar. Biaselah lelaki. Haha


4. “Cuba tengok perempuan tu…”
Jangan cuba-cuba banding-bandingkan kekasih kamu dengan perempuan lain. Sebab? Pada perempuan, dia mahu kamu hanya pandang seorang perempuan sahaja iaitu dirinya. Nampak macam kebudak-budakan? Maybe. Tapi kalau berani, cubalah tengok akibatnya kalau kamu cakap pasal perempuan lain di depan teman wanita kamu.


5. “I tak cukup bagus untuk you.”

Ayat ni pun perempuan tak suka. Sebab? Nampak macam lemahnya la kaum lelaki ni. Kira lelaki lembik la kan. Haha. Lagipun kalau kamu rasa kamu tak cukup bagus untuk dia, adakah dia bodoh sebab pilih kamu? Fikirlah taktik lain yang lebih menyenangkan ye. Ayat macam ni buat perempuan rasa rimas dan rasa menyesal sebab pilih kamu yang tak cukup bagus tu.


6. “I takde mood lah.”

Belum apa-apa lagi perempuan akan menganggap kamu simpan perempuan lain. Sebab? dia akan fikir apa lagi yang boleh menyebabkan kamu bosan selain daripada dia? Dia tak fikir yang anda mungkin ada masalah lain kerana bagi dia setiap kali anda takde mood, itu sebab perempuan lain. Jadi elakkan dari menyebut ayat ini dan adalah lebih baik kamu berdiam diri.


7. “Perangai you macam mak you sama je.”

Memang nak kena pukul kan cakap macam ni? Bukan apa. Secara ringkasnya, janganlah bandingkan diri dia dengan mak dia sebab dia tentu tak akan suka. Ibaratnya, kamu langsung tak hormat mak dia. Padahal mak dia lah yang bagi layanan baik kat kamu kan. Lupa diri ke bang cakap macam tu? Haha.


8. “Takyahlah nak emo…”

Orang perempuan memang kuat beremosi. Tapi kalau tengah die emo tu janganlah tegur dia. Sebab, tak pasal-pasal ada jugak kena penumbuk sulung dari dia. Haha. Awas ye. Tentulah dia emosi bersebab. Gunalah cara lain yang lebih baik daripada itu!

9. “I tak sukalah baju tu…”

Wahai kaum lelaki, jangan complain apa-apa tentang pakaian dia walaupun ditanya! Biar kawan-kawan dia yang dipertanggungjawabkan tentang itu. Lainlah kalau berpakaian melampaui batas seperti terlalu terdedah atau terlalu hodoh. Cara paling baik untuk perkara ini ialah dengan puji dia kalau anda suka baju dia daripada kritik baju yang anda tak suka. Kalau tak suka better diam je.Kalau malu sangat nak keluar dengan dia, maknanye ape tu?


10. “Kakak/Abang you entah apa-apa.”

Tolong jangan cakap yang buruk tentang ahli keluarga, buruk padahnya. Tak kiralah samada kakak atau abang dia memang tak berguna, tak payah cakap depan-depan atau belakang-belakang. Kamu nakkan dia kan? Jadi pada masa yang sama, kamu kena terima ahli keluarga dia juga. Kalau tujuan kamu untuk cari gaduh dengan dia, silakan mula dengan ayat ini, tentu tak akan gagal untuk memulakan pertengkaran!


Itu sahaja. Mulakan hidup dengan ceria tanpa pertengkaran dan gantikan ia dengan kebahagiaan ok?


p/s : Ayat-ayat perempuan yang lelaki tak suke tak tahulah. Sebab shaye bukan lelaki. Jadi shaye tak tahu. Hehe.

4 comments:

Frodo Baggins said...

hahahahhahaha
biasa arrrr ...
rasa tergugat kot ~

tp kalau sampai kutuk famili,
tu cibai sangat arr. pundek namanya!
lu sepak jer ~~


>>___<< weeeee ~~

adaapadengancinta said...

ko buat aku rse tringin nk ade teman2 wanita...wahaha...sbb aku xpnh rse sume 2...huahuahua...aku nk nages nih...haha

iZz♥h said...

ohho~ sayer suke! mo byk lg tips. uhyeah! XD

ekin schmidt said...

semua betul!
paling tak suka ckp pasal ex dia atau perempuan lain.
kalau blkg len crita la.
kalau depan mmg mrajuk semgu ..hehehe

http://melangkaugarisan.blogspot.com/2013/08/bezakan-valid-link-dan-ads-link-di.html

Lazada Philippines