Tuesday, June 22

Balik Kampung Tanam Jagung !

Salam semua. Selamat pagi ye adik-adik ! Cuti sekolah ke sekarang? Hahaha. Topik kita hari ini ialah balik kampung, sama-sama tanam jagung. Semalam Mama baru amek Abah dari Ipoh. Alhamdulilah selamat sampai rumah. Tahu-tahu je Mama call bagitahu something yang tak besh. Ye, sangat tak besh !


Mama : Era, tadi Abah bagitahu yang dia nak duduk kampung lepas pencen.. !
Era : Hoh? Ye ke? Abah betul-betul ke? Main-main je kot. Ngeee....
Mama : Entahlah. Dia kata nak duduk sana. Buat rumah kat sana. Rumah kat sini, dia nak jual !
Era : Hoh? Mama biar betul. Kenapa nak jual !
Mama : Dia kata dia nak buat rumah kat sana. Bukan kat rumah Opah tu, tapi belakang rumah dia kat pokok durian tu. Dia kata nak tebang pokok-pokok tu pastu bina rumah !
Era : Era taknak duduk kampung..........................!
Mama : Hahaha. habislah kau. Macam mana nanti nak kenduri. Takde orang kenal. Huhu.
Era : (senyap)


See? Tak besh kan? Shaye takmau duduk sana. Tak besh. Shaye tak kesah rumah kampung ke apa tapi ulu sangat. Kedai runcit pun susah nak cari. Bus lagi la tak pernah jumpa. Huhu. Shopping complex? Jangan mimpilah. Haha. Macam mana ni korang? Susahlah nak dating nanti ! Elok-elok rumah dah dekat, tapi shaye nak pindah pulak. Tapi tak sure lagi kot. Harap-harap Abah tukar fikiran. Ngeee.....



Hai, teman oghang Bote ! Ate meh la duduk sini !


Oh TIDAAAAAAAAAK !


p/s: Nampak gayanye, kena kawen cepat-cepat ni. Alasan taknak duduk kampung. Hahahahah~

7 comments:

mEMYselfandi said...

hahahha! era bukaklah kedai runcit je kat ctu! ;p
untung pon ye..mudah pon ye;p

PrincessKawaii said...

heheh.. comel je dye tak nak pindah duk kampung..
kawen la cepat2.. nnt tak yah duk kampung.. heheh :)

* nice photo btw :)

Kancilbiru said...

ala ko bukak la bisnes kat situ..best apa dok kampung...cuma takut tenet tak dak..hehe

.aira. said...

haha, dok uma sendiri ah, sewe kee, tapi nanti jauh ngan keluarge pulak, haish :)

jempot lihat blog and tingglkan jejak di entri ni yaw :D
aiz batu campur - tips mengelakkan perut buncit, haha

Mr feckry said...

weh kampung best ape

Frodo Baggins said...

cantixx jer picca kampong lu.
cool huh! wa suka kampong!!!
so, lu jgn kawen dulu.
hahahha


>>___<<

|| nemo mimosh || said...

mEMYselfandi : sume kat ctu pon nenek2 aje. buley untung ke?

kancilbiru : internet takde memang confirm shaye lari rumah. haha~

princeskawaii : nak kawen wang takdak..:P

aira : bakal difikirkan !

feckry : memang besh tapi tak besh lame2..

frodo : ok2, belum kawen lagi.hahahah~

Lazada Philippines