Friday, June 25

Terserlah Bakat Kekampunganku !

Salam semua. Selamat petang dan semoga happy hendaknya. Korang dah makan? Belum? Sian. Shaye dah kenyang dah tadi selepas selesai berkebun. Gila penat. Bajet nak berkebun petang semalam tapi sebab drama TV3 yang tak henti-henti tayang, tak jadi shaye dan kak Ain nak pegi berkebun. Maklumlah, rumah sewa shaye ni kan besar. *Cakap ala-ala Mak ngah. Berlagak kejap. Ok, antara sebab-sebab shaye dan kak Ain berkeras nak berkebun ialah.....ha, korang tengoklah sendiri. Nah !



Nampak? Ni pokok-pokok pisang ni runtuh. Eh, betul ke guna ayat runtuh? Takpelah, asalkan korang faham kan. Pokok-pokok pisang ni runtuh gara-gara ribut 4-5 hari lepas. Kunun-kunun nak biarkan je, tapi tengok keadaan makin teruk, better kitorang bersihkan. Takut binatang-binatang lain berkampung kat situ je. Hehe.




Ha, ni dia tukang kebun kita. Dengan tak mandinya pergi berkebun. Hep! Hep! Apa gelak? Buat apa mandi? Nanti berpeluh, rugi sebab kena mandi balik. Hehe. Shaye dan kak Ain pergi berkebun. Pssssst, ada macam muka petani ke? Yelah-yelah, petani moden. *Jaga hati. Hahaha~




Ini bukan pisau nak bunuh orang ye. Terpaksa guna pisau dapur sebab takde parang kat rumah. Gila hebat tau. Potong-potong batang pisang guna pisau dapur. Lega. Sebab boleh lepas geram kat batang pisang. Haha. Macam-macam skill guna semata-mata nak tebang batang pisang tu. Tikam, Cincang, Pijak, semualah ! Korang pun buley cuba kalau korang stress!




Ok, ni hasil yang kitorang dapat hari ni. Jantung pisang tu gila besar kan? Seram nak amek. Pisang tu pulak, kali kedua kitorang amek kat pokok tu. Tak larat dah makan pisang ni. Haha. Daun pisang pulak, kalau ikutkan berlambak daun pisang. Kak Ain nak buang semua. Yang tinggal tu, puas shaye selamatkan. Rugilah buang. Tapi tak tahu nak buat apa dengan daun pisang tu. Hahaha.




Hasil tebang pokok. Kemas tak? Bolehlah kan, daripada gambar yang first korang tengok tu. Batang pisang yang besar tu tak tahu nak potong macam mana. Takde paranglah. Lalang pulak, korang tengok dah bersih sket kan. Separuh ajelah ye. Tak laratlah nak tebas semua. Pakai pisau dapur pulak tu, pengsan!




Ha, banyak ni nak tebang pakai pisau dapur? Pengsan 2 hari ok kalau shaye buat. Takpelah, yang ni tinggalkan untuk pakcik mesin rumput tu je. RM40 sekali mesin rumput rumah shaye ni. Ada siapa-siapa nak taja?




Rumput-rumput macam ni, kitorang cabut pakai tangan je. Jadi, tangan shaye bukan macam tangan Cinderella ye. Tangan shaye dah kasar macam pakcik tukang kebun. Entah-entah, tangan pakcik tukang kebun lagi lembut dari shaye. Huwwaaaaa!



Hasilnya, Clean & Clear kan?



Ok, itu jantung gergasi. Penemuan baru. Kitorang takut dengan jantung tu sebab besar semacam. Besar dia adalah dalam besar lengan shaye ni. Isyh! Takut nak masak. Takut-takut kena la kaji jugak kenapa dia jadi besar macam tu kan? Jadi, kak Ain sila potong. Jap ye kawan-kawan.




Ha! Korang tengok tu. Rupanya dalam dia ada pisang belum keluar lagi. Patutlah! Rasa rugi sangat sebab potong awal-awal. Tapi tak boleh jugak sebab pokok dia dah tumbang kena ribut. Lagipun jantung tu terlalu besar sampai pokok pisang tu sujud ke tanah. Siyes !




Berkebun punya berkebun, jumpa penemuan hasil tanaman baru. Apa itu? Itu pokok terung ok. Buley masak nanti. Haha. Seronok !




Ha, Omaigod! Omaigod! Ada jumpa lagi. Nampak? Pokok pegaga ! Yesss! Buley buat ulam untuk awet muda. Hahaha!


Seronok! Tapi penat gila. Incik pulak merajuk sebab shaye tak mesej dia. Sorry dear, shaye berkebun ni. Bukan mengurat. Isyh3. Yang penting, adakah shaye layak duduk di kampung seperti yang dinyatakan dalam entri Balik Kampung Tanam Jagung ?


Adakah?
*Muke penuh mengharap. Hahahaha!

7 comments:

Mohd Fadil said...

dasyat tu...tak pernah lagi dengar pokok pisang runtuh...kalau pokok pisang tumbang tu, biasa la dengar...hehehehe..

|| nemo mimosh || said...

eh, a'ah la! alaaaaa! kantui! hahahah~

Wan Perlis said...

kampung da best

kak ina kl said...

salam ...tak leh tahan tgk jantung pisang tu..

auntie pun cik somi ajak duk kg dia kat segamat...oooo tidak????
nanti tak leh merewang...tak leh gi event nuffnang dan susah nak jumper blogger..

|| nemo mimosh || said...

tawu takpe.. tak sonok ! tak sonok ! =)


*tibe2 bahasekan diri auntie ni. ade chance jd menantu ke? hahaha..ooppps! (tutup mulut)

Nazatul shima said...

wah..pandainye nemo potong pokok pisang tu..hehehe..mau berpeluh..sian..hehe...

Anne Boleyn said...

wah..rajinnya berkebun.. :)

p/s:esok hana umumkan sape dapat iklan free. tengok eyh nanti? :)

Lazada Philippines