Monday, July 12

Jelajah Pancing Bersama Nemo !

Salam semua. Selamat tengah malam ! Ok, ini adalah entri auto-publish ye. Disebabkan shaye masih di rumah tak sedar-sedar diri nak balik Johor, shaye agak sibuk dan masa untuk menulis agak terhad. Tengoklah esok lusa shaye balik, berkoyan-koyan entri korang boleh baca. Khas buat korang.
Ok, hari minggu yang lalu, shaye telah pulang ke kampung halaman sebab ada majlis pertunangan my cousin dan secara tak langsung dapat berkumpul dengan sedara-mara. Hasilnya? Sangat seronok ! Nak tahu apa aktiviti shaye?

Itu dia ! Memancing ikan ye, bukan memancing boyfren. Shaye tak buat kerja-kerja macam tu. Rumah nenek shaye ada sawah padi, jadi kitorang pun pergi meluangkan masa kat sawah untuk jadi petani kejap. See? Cute tak petani ni? Hahaha. Gilos!

Masih tak percaya lagi rumah nenek shaye dekat dengan sawah padi? Ha, ni dia gambar padi yang belum masak lagi. Ye kot belum masak. Teka je la. Hehe.

Tahu tak betapa bengkek nya memancing bila kita tunggu berjam-jam. Berpanas-panas tapi tak dapat ikan? Geram je tau. Tapi nak memancing kena bersabar. Tapi muka shaye dah tak boleh sabar kan?


Sambil memancing tengok view sawah padi. Sangat indah ciptaan Allah kan. Subhanallah. Rasa tenang je. Sebab cantik ! Sebijik macam lukisan. Kan?




Tiba-tiba terdengar suatu jeritan, "Arrrrrrgggggggggggggggggghhhhhh! Arrrrggggggggh!!!!!!!!". Terkejut dan nampak adik sepupu kitorang berlari-lari sambil jerit lagi. "Arggggggggghhhh!"


Shaye : Apesal tu weh?
Erni : Entah.
Adik sepupu : Wehhhhhhhhhhh! Besar! Besar!!! Keli!! (sambil lari-lari pegi kat tempat nak letak ikan tu)
Shaye : Laaa..dapat ikan ke? Besar ke? Tak nampak pong?
Erny : A'ah. Mane ikannya?

Shaye : Laa.. Aku ingat besar gila. Jerit macam apa je. Hahahaha.
Erny : Tahu takpe. Haha.


(Itu kata-kata dari orang yang tak puas hati sebenarnya sebab tak dapat-dapat ikan lagi. Hahahaha)

Tak sampai berapa minit, tiba-tiba :

Yesss! Akhirnya. Satu-satunya ikan yang shaye dapat tangkap! Itu dia ! Anak ikan haruan! Hahaha. Muka bangga gila, terus suruh adik snap gambar.

Sabar ye anak haruan. Shaye nak amek gamba kenang-kenangan dulu. Haha. Muka bangga gila. sampai terlupa tak mandi lagi dari pagi. Hahaha~

Tengah sedap-sedap memancing, mak-mak kitorang ajak makan. Aiiiiisssyh! Potong betullah! Kalau tak, mesti dah dapat ikan besar. Ecececeh. Alasan kan. Hahaha. Ha, gambar kat atas ni, tu la rumah nenek. Ada kebun sket kat tepi.

Part makan memang shaye tunggu. Macam biasa, kalau takde bakar-bakar tak sah. Asal jangan bakar sampah sudah. Haha. Itu dia, nyam!

Sejak ada pangkin kat luar, takde makan kat dalam dah. Makan ramai-ramai kat luar rumah tepi kebun. Sooooo seronok ! Bertambah muncet lah perotku. Adoi!


Sampai sini je lah rancangan Jelajah pancing Bersama Nemo, next time kite pancing lagi ok !
p/s : Tingin nak ajak incik mancing sama-sama.

2 comments:

Anne Boleyn said...

waa best nye blk kg pastu mancing! best2...


alamak terliur la plak tengok ikan bakar tu. huhu

|| nemo mimosh || said...

siyes besh!

Lazada Philippines