Saturday, July 10

Kau Banci, Aku Banci Kau Balik !

Salam tengah malam semua. Harap-harap anda tak biarkan misteri menyelubungi diri anda. Haha. Bajet nak cerita hantu la tu? Sumpah sakit kena tampar dengan Mimi. Dia tak bagi kita cerita misteri kat dia. Terus dia lepuk puk puk kita. Ok, hari ni shaye nak cerita pasal banci-membanci ni. Bukan benci-membenci ok.


Korang tahu ke banci tu ape jadahnye? Korang tahu tak pasal Hari Banci Penduduk dan Perumahan Rakyat 2010? Banci ni dibuat untuk memudahkan kerajaan nak buat perancangan atau dasar untuk membangunkan kawasan tersebut. Ha, kalau nak tahu lebih lanjut, korang boleh klik je kat backlink.


Ok, sebenarnye shaye nak story kat korang yang hari ni ada orang datang rumah nak banci. Shaye tengah seronok main masak-masak kat dapur dengan Mama masa tu. Jadi, yang datang tu seorang pemuda. Berkemeja smart-smart. Ingatkan nak jual barang rupanya nak banci. Takkan nak halau pulak. Tak baik. Korang tak tengok ke iklan kat TV tu suruh bagi kerjasama. Hehehe.


Ok, proses banci pun bermula :

Pemuda : Aaaaa..berapa ramai yang duduk kat rumah ni tak termasuk anak yang belajar?Shaye : Owh..yang duduk sini? 3 orang.
Pemuda : Rumah ni sewa ke beli?
Shaye : Beli.
Pemuda : Kereta ada berapa buah?
Shaye : Satu je.
Pemuda : (Tulis-tulis dan tanya-tanya soalan lain. Kali ni Mama pulak yang jawab semua. Malas aku. Terus pegi dapur masak a.k.a gadis setia. Tapi shaye dengar la apa diorang cakap)


Bila Mama dah menjawab, tak boleh blah. Siap hidang goreng pisang lagi. Mama pulak yang tanya dia macam-macam :



Mama : Ni datang banci ni belajar lagi ke ape?
Pemuda : A'ah. Kat UITM,Shah Alam. Akak, Nama suami akak ape?
Mama : Nama suami akak _______________.
Pemuda : Nama akak?
Mama : Akak _______________.
Pemuda : Oh ok. (tulis-tulis lagi)
Mama : Ko belajar amek kos ape? Diploma ke ape?
Pemuda : Degree. Amek bidang komputer.
Mama : Eh same la dengan Era. Tapi ko dapat belajar dekat senang. Anak makcik belajar jauh.(Pergh, mention nama shaye. Panas je dengar)
Pemuda : Oh ye ke? Kat mana?
Mama : Johor. UTHM.
Pemuda : Oh ye ke. (Tulis-tulis lagi)
Mama : Ko umur berapa? Mesti muda lagi kan?
Pemuda : 22.
Mama : Owh, muda la. Anak makcik tu dah nak masuk 24 dah bulan 8 ni.
Pemuda : Ye? Ingatkan sebaya saya.


Berborak dan berborak lagi. Tahu-tahu je pemuda tu sebenarnya rumah dia dekat dengan kampung Mama la jugak. Siap cerita pasal mak dia nak carikan jodoh untuk dia lah ape sume. Gila betul. Haha.


Lepas dia balik, shaye cakaplah dengan Mama :

Shaye : Mama ni kenapa? Dia datang banci kita ke, Mama yang banci dia?
Mama : (Ketawa-ketawa) Biarlah, Mama kan peramah.



Conclusionnya, berilah kerjasama untuk Hari Banci Penduduk dan Perumahan Rakyat 2010 yang bermula pada 6 Julai 2010 hingga 22 Ogos 2010.

4 comments:

Mr feckry said...

zaman dah brubah,gua rasa gov patut cari alternatif lain apgrad banci sistem ni..

mu'az said...

Harap2 yg banci umh aku ank dare yg cun2, pas 2 aku suruh nenek aku jdkn dia cucu angkt,pas 2 pastikn xde pakwe,pas 2 ajak tdo umh.pas 2 suruh dia kmskn blk aku.msk,bsh bju, sidai kain dh siap smua bru srh blk.mcm xde kaitn je cun ngn xb'pny 2.huh lantak ah jnji pompuan.nk bls dndam

Anne Boleyn said...

hahaha sumpah kelakar baca entry ni. mama nemo gi banci balik laki tu kan. Hehe ramah betul mama nemo. bagus! :)

|| nemo mimosh || said...

of coz!

Lazada Philippines