Tuesday, July 27

Pengalaman Ceramah KPP (Kurikulum Pendidikan Pemandu)

Salam semua. Selamat tengah malam. Semalam shaye kecoh cerita pasal Debaran Nak Pergi Amek Lesen L Semula kan? Terlupa pulak nak cerita pasal pengalaman kedua shaye pergi Ceramah KPP. Apa benda tu? Ceramah mengenai Kurikulum Pendidikan Pemandu. Adanya ceramah ni sebenarnya dapat memberi kita pendedahan pertama sebelum kita bergelar sebagai pemandu di jalanraya tu. Hehe. Haruslah berbangga ye.


Ok, ceramah tu kalau tak silap shaye bila-bila masa pun buley pergi. Dengan bayaran RM70 ye. Bukan free. Ceramah tu berlangsung selama 5 jam. Nak taknak kena jugak pergi dengar ceramah tu. Itu syarat WAJIB nak dapat lesen. So, jangan gedik-gedik takmo pergi. Ok, kitorang pergi ceramah tu Ahad yang lepas. Jam 7 pagi dah kena tunggu pakcik Pusat Memandu tu amek untuk bawak kitorang pergi Pusat Memandu tu.


Itu dia muka-muka yang nak pergi amek lesen. Hehe. Agak excited la jugak. Time menunggu masing-masing duduk berangan nanti nak beli kereta apa. So, untuk pergi ceramah tu masing-masing dalam hati punya semangat yang tinggi nak dapatkan lesen. Sebab tu la masing-masing semangat bangun pagi hari tu. *Bukan main excited lagi.

Bakal-bakal pemandu :


Ojie

Kak Ain


Shaye dan Sue. Alaa, tak nampak muka dia la pulak.


Yes nak sampai dah! Nampak tak nama tempat tu? Akademi Latihan Memandu Penggaram kalau tak salah. Pokok tu mengganggu pulak. Tak nampak lorh. Masa sampai ni, agak berdebar-debar la kan. Ibarat orang baru nak masuk sekolah. macam tu la. Hehe




Ok, sampai-sampai je pergi daftar dan uruskan apa yang patut dulu. Agak ramailah jugak yang nak amek lesen. Nasiblah shaye dan kawan-kawan datang awal. Takdelah kena beratur panjang.



Ok, ini kelas kitorang. Not bad. Tapi maybe sebab Batu Pahat ni kampung-kampung, memang tak berapa canggih sangatlah. Takde ceramah pakai Powerpoint ke apa sume. Biase-biasa je pakai OHP (Overhead Projector) lagi. Macam zaman dulu-dulu sket kalau nak dibandingkan dengan tempat yang shaye pergi sebelum ni. Sebab sebelum ni, dia ada la tunjuk-tunjuk video ke apa ke guna laptop. Tapi kat sini, just bagi ceramah, tengok OHP saje. Adush.


Semangat nak lulus ni.



Kesejukan. Hehe.


Ini antara yang nak amek lesen.


Slot pertama memang tak boleh blah, siyes mengantuk gila. Tak pasan la pulak shaye dah tertido masa kelas kot. Haha. Nasiblah cikgu. Dah tak tahan sangat dah. Sampai juling-juling biji mata ni. Yelah, dia just explain apa yang ada dalam buku. tapi memang patut pun macam tu kan. kalau tak, kita tak dapat info-info tu. Maafkan shaye cikgu sebab terlelap seminit dua minit tiga minit. Hoho.


Slot kedua amek kau. Cikgu dia menyeramkan. Haha. Btw slot kedua seronok dan tak sempat mengantuk pon. Cikgu yang misai panjang, yang suka menjerit kuat-kuat secara tiba-tiba, yang boleh tahu rahsia orang ikut naluri, boleh cakap macam-macam bahasa. Pergh, hebat ! Tiba-tiba rasa macam masuk kelas lakonan okeh. Siyes cikgu tu memang pelik. Cara cakap macamlah nak story cerita hantu kat kitorang. pastu sengaja buat loghat-loghat mat saleh takpun ala-ala nyah. Kelakar sampai nak gelak pon takut. Haha.


Ok, ni buku yang kitorang dapat. Pergi mana-mana pusat memandu pon confirm dapat yang sama. Memang berguna sebab semuanya ada dalam buku ni. So, conclusionnya, pergi ceramah hari tu not bad. Satu pengalaman yang baru sebelum menempuh ujian seterusnya. Doakan shaye dan kawan-kawan okeh !

No comments:

Lazada Philippines