Friday, July 23

Tips : Hati Senang, Blogwalking Riang !


Gambar sekadar hiasan. Gambar muda remaja.


Salam semua. Gud morning. Ok, ini adalah entry auto-published. Takde maknanya shaye larat menulis pagi-pagi buta macam ni. Shaye memang macam ni, bila pagi otak lembab sket. Tapi bila malam barulah nak aktif. Macam-macam nak buat. Hehe. Ok, last entri cerita pasal kisah cinta kan? Ok, stop kejap pasal cinta-cinta. Sure korang nyampah-nyampah but I don't care, sebab tak nampak. Haha.


Ok, kali ni shaye nak bagi tips. Tips mudah je. Kalau nak ikutkan, dah ramai kot bagi tips macam ni. Tapi takpelah, sekadar nak berkongsi kan. Takkan menyalahi kot? Ok, korang selalu blogwalking tak? Of coz la rajin kan? Hehe. Shaye? Shaye ikot mood jugak. Tapi selalunya shaye akan blogwalking secara pukal. Korang tinggal je jejak, cepat atau lambat shaye pasti akan balas kunjungan korang tu.


Ok, di sini shaye nak berkongsi tips macam mana korang nak menyenangkan hati orang yang tengah singgah kat blog korang tu supaya dia nak singgah dan tetap singgah dan terus menyinggah blog korang. Benda yang korang kena buat ialah :


1. Susunan dan Kekemasan Blog
- First orang datang blog korang, sama la macam kau datang beraya kat rumah orang. Bukannya tahu kat mana toilet, kat mana bilik, kat mana dapur apa semua. Pastu, confirm kita nak datang beraya kat rumah orang tu dalam keadaan selesa. Selesa di sini bermaksud, dalam keadaan bersih dan cantik. Sama juga dengan blog. Susunan tu sangat penting. Jangan ada yang senget ke kiri, senget ke kanan. Haisyoooh ! Penin oh. Semua tu memerlukan kesabaran yang tinggi. Jadi, biarlah blog korang tu simple but nice to view. Kan?

2. Buang segala widget-widget tak penting
- Yang ni pun penting jugak, korang letak widget macam-macam nak buat apa? Untuk korang ke atau untuk readers? Kalau ianya memudahkan readers takpelah nak letak banyak mana pun, tapi make sure orang lain nak loading page korang tu tak amek masa yang lama. Yelah, kite excited nak bukak page kau tapi kena refresh banyak-banyak kali. At last, tak jadi baca. Kan rugi tu. Isyh tak patut.

3. Say NO to warna -warni kehidupan !
- Please la takmo tulisan yang colourful. Penin kepala ok nak baca. Cuba bayangkan, blog dah kaler terang. Sekali tulisan, amek kau warna-warni dah. No no no ! Takmo macam tu ok. Dulu-dulu pon shaye suka jugak warna-warni tapi bila baca-baca balik, sendiri pulak serabut. So, kepada tulisan warna-warni tu, tukar ye kasi tulisan tak terlampau kaler-kaler sangat.

4. Letak gambar yang menarik
- Yang ini penting juga. Kalau shaye, shaye lebih suka post yang ada selingan gambar-gambar. Sebabnya ialah mata kita akan cepat letih kalau mengadap tulisan semata-mata. Lainlah kalau korang ada secret admire ke apa, sure diorang kecik-kecikkan mata baca blog korang yang hanya teks semata.

5. Isi kandungan biar macam karangan betul
- Yang ini bukan shaye galakkan korang tulis karangan berjela cecah lantai ke apa ok. Takdelah, bila menulis tu, pejam mata kenang balik zaman sekolah darjah enam. Cikgu cakap apa? Bila nak menulis mesti ada pendahuluan, isi-isi, dan last sekali apa murid-murid? Ye, pandai. last sekali mesti ada penutupnya. jangan biarkan cerita tergantung macam tu aje. Faham adik-adik ? Sebabnya ialah taknak bagi readers fed up dan buhsan.


Ha, itu saja kot buat masa ni, ada masa shaye tambah lagi apa yang korang patut buat. barulah hati readers senang nak baca blog korang. Lagi satu, kalau buley takmolah sombong-sombong sesama sendiri kan. Bertegur-tegur la supaya kita buley berkongsi pengetahuan. Tak gitu? Hehe.


Itu saja tips pagi ini. Harap-harap dapat membantu. Maceh !

1 comment:

Hariz said...

Thanks Atas Tips Anda Di Pagi Ini :)


New Entry Prof-Hariz
Renungan Pagi Jumaat

Lazada Philippines