Saturday, July 24

Tips : Lagu Kesukaan di Blog !



Salam semua. Gud nite. Hamboi.... Sejak akhir-akhir ni pagi petang siang malam shaye updated blog. biasalah mood tengah rajin kan. Lagi-lagi bila datang malam je, mencurah-curah idea nak menaip. Dah macam penulis novel la pulak kan. Tapi malam ni shaye bukan nak story pasal cinta-cinta tapi nak share kat korang pasal lagu yang korang selalu tampal kat blog korang tu.


Ok, ada yang tak suke bila letak lagu kat blog. Ada macam-macam sebab antaranya ialah takut loading blog lambat, pastu yang mana ada sakit jantung tu takut terkejut munyet dengar lagu korang yang tak reti-reti bagi salam tu, buat semaklah dan lain-lain lagi. Ok, for me takpe kalau nak letak pun tapi make sure lagu yang korang letak tu tak buat readers korang fed up takpun menggelabah tak tentu hala. Seelok-eloknya letak yang buley stop kan lagu tu kalau rasa taknak dengar. Takdelah serabut sangat readers kan.


Shaye selalu blogwalking, pergi jengah-jengah blog korang. Ok kat sini ada macam-macam jenis lagu yang shaye dengar. Ada yang ok, sedap didengar, dan ada jugak yang serabut alam bila dengar. Ok, kita tinjau meh.


1. Lagu Nasyid
Yang ni bagus, sekurang-kurangnya insaf kejap readers korang tu kan. Lagu pun confirm yang tenang-tenang dan tak buat readers terkejut munyet bukak blog korang. Bagus-bagus ! Ala-ala islamic sket. Ikut tema la kot kan. Shaye tengok kebanyakan yang letak lagu nasyid ni, lebih kepada blog yang ala-ala islamic.


2. Lagu Rock
Aduhai, yang ni tak bagus. Masuk-masuk blog korang je, terkejut munyet sampai terlompat shaye atas kerusi dibuatnya. Serius ! Yang mana ada sakit jantung tu pasti cepat-cepat pegi makan ubat. So, kepada yang nak letak lagu rock ke, lagu rancak gila sampai tahap terkejut, tak payah la ye. Bawak-bawak simpan je niat tu.


3. Lagu Mat Saleh
Ok, lagu yang ni memang banyak sangat-sangat orang suka tampal kat blog. Serius ! Tapi kebanyakannya lagu slow-slow. Kebanyakannya memang sedap dan lagu yang popular la. Kira kite dengar pun takdelah pelik-pelik sangat. Kalau yang terkena lagu favourite, terus nak dengar banyak-banyak kali kan.


4. Lagu Melayu
Lagu Melayu pon still ramai yang letak. Banyak lagu cinta-cinta la kan. Ok la kalau nak letak tapi kena pastikan lagu tu siapa-siapa pun selesa dengar masa baca blog. Lagu Melayu kita pon banyak jenisnya. Ikut la jugak tema blog korang.


5. Lagu putus cinta
Lagu macam ni selalunya shaye dah tahu dah. Bukak-bukak blog, dengar lagu macam ni pejam mata dah buley agak dah. Pasti orang yang letak lagu macam ni kat blog baru lepas putus cinta takpun pernah kecewa yang amat sangat pasal cinta. Percayelah !


Lagu......Ermmm... Lagu ape lagi eh? Kalau korang tahu sila komen !


Sharing is caring kan....................?


p/s : Ha, cakap pasal lagu kalau korang nak download lagu sila ke sedutmp3ku untuk download lagu. Kalau ada permintaan sila nyatakan jugak. Nanti shaye tolong carikan untuk korang source lagu yang korang nak okeh !

4 comments:

Mr feckry said...

jap..gua tengah pikir lagu ape gua minat

Hariz said...

Lagu Jiwanggggggggg
Seharusnya :p

♥ suterakasih ♥ said...

muzik slow je mcm kt my blog hihi
(sbb b4 ni byk sgt dok ngomen macham2 itula inilah..huhu)

Anonymous said...

alalala..sy bru jak lpas baca tips blog nemo..jadik sy dh delete widget lagu cz blog sy berat hehe..dulu sy just guna muzik instrumen piano lagu twiligt lullaby bella..guna yg 4shared punye :)
sy xdpt nk tgglkan komen kt chatbox nemo sbb line kt rmh sy seumpama pig snail huhu :')

Lazada Philippines