Wednesday, August 25

Di Sebalik Malam Birthday Shaye!

Salam semua. Selamat petang. Hehe. Maklumlah shaye agak lama tak updated, sekali updated amek ko. Updated secara pukal. Takpe kan? Ok, malas nak cerita panjang lebar, kelmarin ialah hari jadi shaye kan? Hari ni shaye nak cerita apa yang jadi masa malam birthday shaye. Hehe. macam jadi ape je kan? Takde ape, malam tu budak-budak rumah ajak berbuka puasa kat luar kunon-kunon nak celebrate birthday shaye la kan. Kat mana? Kat kepsi! (nama singkatan KFC)



Sampai-sampai, pergh! Ramai gile beb! Semua pon nak makan KFC juge. Gambar kat atas ni masa ni takde orang lagi kat atas. Semua tengah beratur kat kaunter, mana tak nye. Hehe. Shaye? Shaye sebagai birthday gurl haruslah diberi layanan istimewa hari tu. Ecececeh. Diorang pegi beli makanan, shaye cari meja saje. Hehe.


Seronok jugak bukak puasa kat KFC, ramai gile kau. Penuh satu level. Pastu semua budak-budak belajar kot. Family-family semua makan kat rumah kot. At first, shaye bersama Ojie, Kak Ain, Sue dan Niza je bukak puasa. Si Nurul dan Izma datang agak lewat sket. Maybe sebab Nurul ada kelas. So, lambat sketlah kan. So, kami pon meneruskan makan KFC dengan rakusnya. Haha. Ayat tak boleh blah.







Elok-elok sedap-sedap tengah makan KFC dengan lahapnya, tiba-tiba shaye nampak Nurul membawa kek yang penuh dengan lilin dari jauh dan tiba-tiba jugak :


Happy Birthday to You, Happy Birthday To You...


Nak tahu ke sape yang nyanyi? Satu level KFC tu! Korang pakat ke ape? Haha. Spontan je kot. Semua mata memandang kek tersebut nak dituju kat siapa. Omaigod! Omaigod! Rasa nak lari okeh. Jantung dub dab dub dab nak mengaku ke taknak birthday gurl. Haha. Dengan gaya coolnye, shaye bangun and tiup kek tersebut. Hehe. Phhheeewiit!


Mana satu birthday gurl nih? Hehe.


The cake.


Amek berkat.


President and vice President Kelab Single. Cet!

Actually, it was so suprised. Tak bajet langsung yang diorang nak beli kek ape semua. Haisssyooh! Terharu ni. Tapi takdelah shaye nak lumpat-lumpat kat situ pastu nanges-nanges semua. Cool saje. Ape-ape pun tenkiu my friends. Tak sangka korang belikan kek. Tak dapat sambut kat rumah, but I'm feel good bila sambut dengan membe-membe. Kan?


Lepas habis makan diorang ni plan nak pegi tengok wayang la pulak. Haisyyooh! Plan mengejut la korang nih. Dah la pakai selekeh-selekeh saje but nice jugak kan? Kan? *pasan! Oleh itu, sebelum balik harus amek gambar kenang-kenangan dengan pakcik hensem dulu. Peace!



Ok, kitorang balik rumah dulu. Solat dan buat apa yang patut dulu pastu baru keluar balik. Aiissyyyh! Ape ni anak dara keluar malam-malam ni. Takpe, sekali dan sekala sahaja. Lokasi nak pergi tengok wayang, kat Square mall, Batu Pahat saje. Tak kemana pon. Melayan cerita apa? Cerita :




Disebabkan kitorang datang awal jadi kerjanya ialah amek gambar beramai-ramai. Bab sesi fotografi ni memang i loikeeeeeee! Ok, layan gambar.


Berpusu-pusu nak beli tiket wayang. *padahal kitorang je kot. Haha.


Niza dan Ojie.


Me dan Ojie.


Sue dan Kak Ain.


Kak Ain dan cik Nemo


TQ semua !
TQ for that day!
Kenangan terindah buat kita semua.


*Lepas balik sampai rumah, kitorang pergi sahur pulak kat kedai dekat-dekat dengan rumah.

2 comments:

Aus MeLankoLik said...

rasa tak lambat lagi aku nak cakap , hepi birthday , hahaha .

cik Nemo said...

baru nak wish ke? hahaha. :P

Lazada Philippines