Saturday, August 28

Drama Melayu yang Patut Korang Tonton !

Salam semua. Selamat pagi lagi sekali. Hehe. Shaye tak boleh tidur dari malam tadi. Jadi mood berblogging tiba-tiba pulak ada. Amek, updated secara pukal. Lagi-lagi kawan-kawan lain semua dah balik raya. Dah sunyi-sunyi ni banyak pulak ideanya. So, shaye updated secara pukal takpekan?


Pssssssst, korang layan drama melayu tak? Alooohh, kalau yang student tu jangan bagi alasan takde tv kat rumah. Sekarang tak payah pakai tv pon dah boleh tonton drama ke, semua rancangan tv korang boleh tengok, bila-bila masa okeh. Tak pecaye? Hehe. Ok, antaranya ialah Gua.Com, TV3, DramaMelayu, Tonton, dan macam-macam lagi. Try lah!


Ok, sekarang ni ada tiga drama yang shaye ikuti perkembangan cerita dia setiap episod. So, tak salahkan kalau shaye nak share kat sini? Ok cerita pertama yang shaye rasa korang patut tonton ialah, Janji Kekasih :



Drama ni ditayangkan setiap Jumaat jam 9 malam TV3. Serius besh wa cakap lu! Dengan pelakon-pelakonnya yang mantop! Ia menampilkan Jue Aziz, Ayu Raudah dan Feroz Khan. Memang mantop! Hehe. Cerita ni lebih mengisahkan kepada persahabatan, kekeluargaan, keagamaan dan keinsafan. Patut tonton sebab dah nak habis dah pun tayang kat TV3. Shaye baru lepas tonton episod baru semalam kat web TV3. Nanges okeh. Insaf jugak tengok cerita tu.




Ok, cerita kedua ialah drama Kau Laksana Bulan. Drama ni ditayangkan setiap Isnin jam 8.30pm. Bukan cerita ala-ala P.Ramlee okeh! Name je macam lama-lama gitu. Cerita ni pun besh jugak kalau layan. Pelakon dia pun boleh tahan tak kurang hebatnya. Ia menampilkan Ayu Raudah, Zul Huzaimie, Ashraf Muslim, dan Fizow. Drama ni besh sebab ia diadaptasi daripada novel yang bertajuk Kau Laksana Bulan juge. Ia mengisahkan perjalanan seorang penulis novel. Cerita ni pada asalnye mesti korang anggap cerita cinta biasa tapi BUKAN ye kawan-kawan. Dia ada banyak konflik, triller, dan kejutan-kejutan. Tak rugi tonton, macam panjang je masa cerita ni nak habis.



Ok, last sekali Drama Epilog Syurga Cinta! Setiap Isnin hingga Khamis jam 6.30pm. Cerita dia besh. Jalan cerita asal drama ni daripada filem Syurga Cinta. Ia menampilkan pelakon-pelakon lain daripada movie asal. Dan pelakon utamanya ialah Zizan Nin, Fida dan Mia Sara, si comel. Cerita ni ringan, tak la serabut kepala sangat nak fikir. Layanlah eh? Tak rugi pon. Hehe.


Ok, jum melayan drama !


*Apesal semua cerita mesti kena ada perempuan pakai tudung? Hehe.
*Mak incik kata shaye ade iras Ayu Raudah, ye ke? Ayu Bedah adelah kot. Hehe.


6 comments:

saya_arief said...

nak tengok senario..
ade x..?
hohoho..
;D

mu'az said...

Nape smua cte kne ada pmpuan pki tdg?nk buktikn yg ditayangkn hanya jln cerita yg menarik bukan yg lain

Nazatul shima said...

hmm...cma just tengok epilog syurga cinta aje..huhu..

jepuniera said...

cite JANJI KEKASIH tu memang mantopppp....lagi 1 ko tgk cite surgamu ramadhan...lg la sedih...tiap episod aku nangis.....

kakngah said...

aku suka JK. tp, lebih berminat citer psl shafikah & akmal walaupun tak banyk tentang diorg..

ESC lak.. dah tak layan sgt. cam boring jek.. layan ular emas lg syiok wey...

nurain said...

3,3 p0n shaye layan .. mmg besh !!

Lazada Philippines