Tuesday, August 10

Rendang Peria Minang : Resepi dari OneTasha

Salam semua. Selamat pagi dan semoga diberkati. Yeay! Are you okay? I hope so. Are you happy? I hope so. Hehe. Okay, hari tu shaye belajar memasak dengan kak Tash. Siapa pulak tak kenal dengan kak Tash. Glamer yu. Hehe. Ok, dia ajar shaye beberapa resepi minang. Dan kali ni shaye tertarik dengan resepi Rendang Peria Minang. Korang nak belajar jugak? Meh shaye share kan apa yang shaye belajar dari beliau. Kalau tak puas hati jugak, boleh tengok resepi asal kat SINI.


Ok semua. Dah sedia nak memasak? Pastikan dalam keadaan bersih ya. Aspek kebersihan sangat penting untuk memasak. Ok, apa yang anda perlukan untuk masak Rendang Peria Minang ni ialah :

Peria (dihiris nipis-nipis. Nak senang guna peria yang muda.)

Bahan untuk dikisar :

Ikan bilis (ikut suka), Cili api (ikut suka), Bawang besar (ikut suka), sesudu kecil kunyit serbuk, garam secukup rasa.

Bila shaye tulis kat situ (ikut suka), pandai-pandai you all la ye nak bajet bape banyak you all nak masak. Kalau peria tu korang buat banyak, lebihkanlah bahan-bahannya. Ok, dah siap bahan dah ?




Panaskan minyak di kuali. Jangan lupa baca bismilah ye. Hoho. *Dah jadi kebiasaan cik Nemo. Ok, kita goreng peria yang dah dihiris nipis tadi.





Goreng ni amek masa yang agak lama la jugak ye. Sebab kita harus pastikan yang peria ni betul-betul garing. Tujuannya, supaya Rendang Peria Minang ni boleh tahan lama. Ok, goreng hingga ianya bertukar kecoklatan seperti gambar di bawah ye. Ye, jangan ragu lagi. Ha, jangan goreng sampai hangit pulak. Bajet-bajet la ye.





Dah? Sekarang amek bahan-bahan yang telah dikisar tadi, tumiskan guna minyak lebihan menggoreng tadi. Bajet-bajet jugak ye, bape banyak minyak nak guna. Jangan melebih-lebih pulak, banyak kolestrol nanti.




Ok, pastikan bahan yang telah dikisar ni betul-betul garing sampaikan warnanya akan bertukar jadi kecoklatan ye tuan puan. Jangan kuatkan api terlampau pulak, hangit nanti. Sedang-sedang aje.





Ok, bila dah kering masukkan peria yang telah digoreng tadi. Gaul sebati peria dengan sambal tersebut. Gaul atas api tau. Biar dia betul-betul kering. Agak-agak dah kering, maka siaplah Rendang Peria Minang you all tu. Siap ! Amacam? Mudah saje kan? *Clap clap clap! Siapa-siapa yang berminat boleh cuba masak sendiri kat rumah. Jangan segan-segan okeh !


*Shaye bukan orang minang, tapi sekadar nak coba semua resepi. Hehe.

4 comments:

♥ suterakasih ♥ said...

yummy...sodapp..cik nemo, cmne nk bg kurang pahit peria tu?rendam ngn garam ek?

kukuchimachikumi said...

pahit peria 2 cm ne lak??

kalo dh wat rendang,still rse x pahit die??

Liyana Lunia. said...

huwaa saya tak pandai pun makan peria :( takuttt

cik Nemo said...

ok semua. peria tu tak pahit pon bila dah masak macam ni. still terasa pahit tapi siyes tak rasa sangat. cobelah! =)

Lazada Philippines