Tuesday, August 31

Sedih, kali ni orang lain pulak yang pergi.

Salam semua. Selamat tengah malam. Hmm. Sedih. Terkejut. Tak percaya. Terkedu. Sebab baru dapat berita yang salah seorang lecturer Fakulti Teknologi Maklumat & Multimedia meninggal dunia jam 7 pm tadi sebab penyakit asma. Hmm. Sedih okeh. Pasti seluruh ahli keluarga beliau tengah bersedih sekarang. Shaye ucapkan takziah buat keluarga beliau lebih-lebih lagi kepada isteri beliau. Tak sampai setahun kot dia kawen. Hmm.


Tak dapat nak dibayangkan kalau shaye berada di tempat keluarga beliau. Kami student IT kat UTHM ni turut bersedih atas pemergian beliau. Beliau merupakan salah seorang lecturer favourite student-student sini sebab beliau tersangatlah baik orangnya. Dalam banyak-banyak lecturer, shaye rasa dialah yang paling sempoi. Tak banyak stresskan student. Beliau jugalah panel yang menilai shaye sepanjang Projek Sarjana Muda (PSM) shaye. Jasa beliau tak terhingga sebab banyak tolong shaye masa PSM. Huhu. Thanks, encik.


Hmm, baru je dapat tahu pemergian kawan sekolah teknik shaye semalam, hari ni pemergian lecturer shaye pulak. Sedih. Bila-bila masa je kan Dia nak panggil kita. Hmm. Entah siapa pulak pengganti beliau mengajar kelas kami lepas ni. Sedih sangat. Shaye doakan semoga roh beliau sentiasa dicucuri rahmat dan lagi sekali shaye mintak kepada yang beragama Islam tu, ramai-ramai sedekahkan al-Fatihah untuk beliau.


En. Jaja dalam kenangan.
(Encik Shahizul Eza Mohd Kiblee)
Al-Fatihah.

5 comments:

~ ReD ~ said...

innalillah..semoga rohnya dicucuri rahmat..btw, chaiyok2 teruskan study:)

~kuyam~ said...

Innalillah..sama2 doakan al-fatihah.pergi pada bulan yg mulia...

Puteri Yohanni @ Princess Happy!! said...

salam...sy nk perbetulkan sedikit...ade kesilapan...arwah en shahizul eza (en jaja) meninggalkan kita semua pada jam 11 sewaktu bersama isteri. dan arwah menghembuskan nafas terakhirnya dihadapan isteri beliau selepas menonton wayang bersama-sama. al fatihah...

cik Nemo said...

oh ya? huhu. maaf ..tersilap pulak..

mizatiqah said...

sedh :((((

Lazada Philippines