Sunday, August 29

Semoga roh beliau dicucuri rahmat

Salam semua. Selamat pagi. Salam Ramadhan. Terkejut pagi tadi bila salah seorang kawan shaye memberitahu berita mengejutkan ni. Huhu. Tengok tajuk pasti korang boleh agak yang ada kematian kan? Hmm, yep. Shaye baru dapat tahu yang budak sekolah teknik shaye telah meninggal dunia beberapa hari lepas. Innalilah.


Lebih mengejutkan lagi beliau meninggal dalam keadaan yang kita tak sangka-sangka. Astaghfirullahalazim. Tak sangka dia dah pergi dulu, dia yang shaye kenal ialah seorang yang peramah. Banyak cakap la jugak, tapi baik hati. Kenapa dia meninggal? Korang boleh baca kat myMetro|Leher dikelar. Ok, baca susulan berita ye.


KAJANG: Mengerikan apabila mayat seorang lelaki yang disembelih hingga hampir putus leher ditemui terbaring berlumuran darah di dalam kereta, tengah hari semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa yang dipercayai dikelar dengan pisau sengaja ditinggalkan mati di dalam kereta Toyota Frontier di tepi jalan di Taman Damai Perdana, Batu 9, Cheras, di sini.

Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Mohd Shakaruddin Che Mood berkata, pembunuhan itu disedari seorang pemandu lori yang kebetulan melalui kawasan berkenaan yang terletak berhampiran tapak pembinaan, Katanya, saksi yang melihat kereta itu tersadai di tepi jalan terkejut apabila menemui mayat mangsa terbaring di bahagian tengah kereta di celah tempat duduk.

“Susulan itu, saksi berkenaan menghubungi polis yang segera bergegas ke lokasi. Polis mendapati mayat mangsa terbaring dengan kepala terjatuh di bahagian hadapan, manakala badan berada di belakang kereta berkenaan.

“Mangsa dipercayai mati akibat pendarahan teruk selepas dikelar leher dan kedua-dua tangannya,” katanya.

Katanya, polis tidak dapat mengenal pasti identiti mangsa kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui.

Katanya, selain tidak menemui dompet mangsa, polis juga gagal mengesan senjata digunakan di tempat kejadian selain tiada saksi yang melihat pembunuhan itu.

Namun, katanya, polis percaya mangsa berusia lingkungan 20-an itu lelaki tempatan berketurunan Melayu.

“Kami akan mengesan identitinya berpandukan nombor pendaftaran keretanya.

“Setakat ini, kami belum tahu motif kejadian dan akan menyiasat dari semua sudut termasuk kemungkinan dia dirompak sebelum dibunuh,” ujarnya.

Mohd Shakaruddin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat terutama penduduk perumahan berdekatan supaya menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Sementara itu polis petang semalam menyiasat kemungkinan mangsa adalah pekerja di tapak pembinaan berhampiran yang dikenali sebagai Mursyidul Akmar, 24.


Bagaimanapun ini belum dapat disahkan berikutan tiada keluarga mangsa tampil membuat aduan.


Hampir tak percaya, so shaye bukak Facebook beliau. Penuh wall beliau dengan ucapan takziah. So, betul la apa yang shaye baca dan apa yang diberitahu kawan shaye. Huhu. Takziah buat family beliau. Semoga tabah dengan ujianNya. Dan kepada pembunuh yang kejam tu, semoga memdapat balasan setimpal dengan apa yang dia buat. Ok, shaye mohon yang beragama Islam, sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau ok. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

4 comments:

Cikmin said...

AL-FATIHAH..semoga rohnya dicucuri rahmat-NYA...Salam takziah buat keluarga beliau.. :)


p/s u are oredi listed in playgroud beauty.. :)

@ku d! sin!e said...

al-fatihah..
tergamak nye di bulan puase buat mcm tu..

~ ReD ~ said...

NGERI! innalillah..semoga roh arwah dicucuri rahmatNya..al-fatihah..

"Mama... Janganlah Menangis Lagi.. T__T" Versi Luahan Hati Seorang Ibu Kepada Anaknya...

nurain said...

sedey kan yana but u 0we me 1 st0ry . psl beli soalan pekse tuuu .. aku ingt 0key !!

Lazada Philippines