Friday, August 20

Tips : 4 Cara Mudah Untuk Menaikkan Trafik Blog Anda.

Salam semua. Selamat tengah hari. Puasa tak? Jangan tak puasa okeh. Kecuali yang betul-betul ada alasan kukuh tak buley puasa tu takpe. Dah lama kan shaye tak bagi tips? Ok hari ni shaye nak share satu tips untuk korang. Salah satu keluhan yang paling kerap shaye dengar dari blogger adalah kenyataan bahawa tidak kira seberapa banyak korang updated, masih lagi susah nak mencapai lebih dari 100 views sehari. Jadi hari ni shaye nak bagi tips yang tak seberapa untuk korang untuk naikkan trafik blog korang. Yelah, sekurang-kurangnya bertambah orang nak view blog korang kan.


Ok, taknak cakap banyak (cakap ke?) shaye nak tegaskan kat sini, untuk follow 4 steps yang shaye bagi ni korang perlu habiskan masa sekurang-kurangnya 2 jam setengah sehari. Kalau terlebih masa lagi bagus. Hehe. Mana tahu korang jenis full time 24 jam melekat depan laptop sebab blog ke kan. Hehe. Ok, langkah-langkahnya :


1) Buat Entry Da Boom! (Killer Articles)


Brainstorming

Ape jadahnye cik Nemo ni? Haha. Jangan cakap begitu okeh. Shaye betul-betul bagi tips ni. Maksudnya ialah buat satu entry yang korang rasa sangat menarik minat pembaca nak singgah blog korang. Untuk langkah ni korang perlukan 1 jam untuk brainstorming, mengkaji terms yang korang tak berapa faham dan sebagainya. Ingat! Pastikan info dalam post korang tu tepat dan boleh dipercayai. Jangan pandai-pandai reka cerita. Kalau agak-agak nak buat pasal gosip ke, kritikan ke, pastikan tak menyentuh isu sensitiviti pembaca. Please beware!


2) Rangkaian


Networking

Rangkaian ni sangatlah penting ye saudara-saudari. Lebih-lebih lagi yang baru bermula blogging. Rajin-rajinkanlah diri buat blogwalking. Untuk langkah ni, korang perlukan masa selama 30 minit. Lebih pon takpe. Ikot koranglah kan. Bila blogwalking tak payah la sombong sangat, drop la komen kat blog yang korang singgah tu. Korang buley jugak tinggalkan link post baru untuk senang diorang nak baca post baru korang tu. Lagi bagus kalau korang kenal-kenal dengan blogger tu sendiri, ada banyak laman sosial dah sekarang ni. Facebook, Yahoo Messenger,IM,Google talk dan banyak lagi. Kalau ada yang buat gathering tu, join je la. Tak rugi pon, Buley share ilmu dan pendapat. Buat blog jangan kejar duit saja ye, cari kawan pon buley.


3)Promosi.


Promotion


Langkah seterusnya ialah promosikan blog korang. Jangan bila dah buat satu post tu korang senyap-senyap je tunggu readers. Kalau tak promote, mana readers nak tahu wujudnya blog korang tu kan? Macam mana nak promote? Ada banyak cara. Antaranya korang boleh ping post baru korang kat GengBlogger, Innit Nuffnang. Kat Facebook pun buley, dah banyak dah group-group yang korang boleh join di mana korang boleh tinggalkan link post terbaru korang kat situ. Antaranya @Kelab Blogger, ha lagi apa ya? Korang mesti tahu punya. *shaye dah lupalah!


4) Normal post

Ha, tadi shaye suggest suruh buat entry da boom kan? Hehe. Relax. Tak payah la buat entry macam tu hari-hari, buat seminggu sekali pon ok. (Untuk orang yang tak banyak masa macam shaye) Yelah, ingat ye. Buat entry janganlah sebab terpaksa. Jangan sebab nak kejar trafik takpun wang semata. Nanti minat blogging tu makin berkurang. Percayalah. Ok, untuk normal post ni, tulislah entri macam biasa dan make sure bukan entri yang takde motip. Kalau buley biarlah ia berguna kepada readers. Pastikan penulisan kamu tu berkualiti. Shaye dah bincang sebelum ni dalam Tips Menulis Blog Dengan Berkualiti. Korang buley refer. Okeh?


Ha, itu saja tips untuk hari ni. Next time shaye bagi tips lain pulak okeh! Try lah. Usaha tangga kejayaan. Itu barulah jiwe sebenar blogger. Yeay!

14 comments:

saya_arief said...

ni cara yang mudah...
cara yang susah tuk up trafik cam ne..?
huhu...
good post anyway.
:D

nur said...

wah, bagus tips ni...

redfingger said...

tq 4 sharing..lagi satu, banyakkan buat tutorial..x kisah la tutorial ape pun, its work tau...try la..then monitor traffic..

sekian..:-)

Missy Rara said...

salam ziarah...thanks for sharing...saya ni newbie lagi...:)

Missy Rara said...

salam ziarah...thanks for sharing. saya newbie lagi dalam blogging ni.:)

Zezebel said...

Salam kenal cik nemo.
Saya buat blog walking dan comment macam yang di ajar ni. Hehehehe....
Tips yang di bagi ni memang best.
Selamat berpuasa.

♥ suterakasih ♥ said...

hehe thanks for sharing cik nemo..
kdg2 disebabkan line intrnt a.k.a berukben yg sgt lembap menyebabkn org kdg2 jd mls blogwalking huhu sedih2

Dark Half said...

thnx nemo! tips yg berguna utk newbie cam sy

Latest entry grafik novel gua ~ Kalau Aku Bendul Kau Apa?Bangang?

noni said...

Good info Cik Nemo, i like!! blog pun boleh jadi macam diary juga,so tidaklah bosan untuk blogging seperti berkata2 dengan diri sendiri..wink!!

amzar™ said...

Thank for info.....

farhan said...

tips yg bagus..mcm mana blog boleh wat duit..leh bagitau....

mellviolet said...

ups..sy org baru dlm blog nie..huhu tips nie memang baek punyer!! :)..
visit la blog sy..:)
http://mellviolet.blogspot.com/2011/08/curiositykiller-of-boredom.html

ekin schmidt said...

nak promosi tu kdg2 lenguh tgn jugak tu.
kalau nk promo kne entri best.
nnti xdla org kuciwa..
tajuk lain entri lain :)

MerahJambu said...

ilmu yg bermanfaat..harus diteladani...thanks atas infonya..:)

Lazada Philippines