Sunday, August 22

Tips : 4 Cara Untuk Tak Nak Bosan Blogging

Salam semua. Selamat tengah hari. Hehe. Dah mandi? Shaye? Mestilah belum kan. Haha. Ok terus kepada tajuk, hari ni shaye nak share kat korang something. Firsly shaye nak tanya, pernah tak sampai satu masa tiba-tiba mood blogging korang jatuh merundum? Bukan sebab bosan saje, sebab-sebab lain contohnya diganggu Anonymous ke, kena kutuk ke, ape ke? Sampaikan tiba-tiba rasa macam nak tinggalkan blogging terus dalam hidup korang? Pernah tak? Kalau pernah, ini caranya untuk korang tetap setia dengan blog korang.


1. Terus Fokus Dengan Kegiatan Harian (Menulis Blog)



Jangan cepat mengalah, terus-menerus menulis blog, buat blogwalking, promote blog, besarkan rangkaian antara satu sama lain, buat Fan page ke dalam Facebook dan sebagainya. Buat semua yang shaye senaraikan tadi dengan sebaik mungkin. Takpun, try cari inisiatif lain yang lebih menarik untuk meningkatkan page rank korang. Ok, kalaulah korang takde masa nak promosikan blog korang, just buat aktiviti teras je contohnya, hanya menulis saje. Blogwalking semua tu lupakan kejap dan buat bila ada masa terluang saje. Yang penting kualiti dalam penulisan.


2. Have Fun With It
Ok, macam yang shaye bagitahu sebelum ni, menulis jangan sebab terpaksa. Korang kena ikhlas dan seronok menulis blog. Kalau korang dalam keadaan terpaksa takpun sibuk mengejar trafik, lama-kelamaan korang akan hilang motivasi diri untuk updated blog. Takpun, korang akan rasa bosan, meluat, menyampah, tak suke, benci, keji dengan 'blogging'. Faham? Ha lagi satu, korang juga mesti tahu apa yang readers suka baca dan apa yang korang tulis tu memenuhi kehendak readers atau pun tidak. Ok, clear? Yelah, kalau korang tulis sesuatu yang membosankan, siapa pulak yang nak baca? Pastu bila readers lari, sure korang bosan dan menyampah terlebih. Haha.



Kalau taknak bosan lagi, ceburkan diri dengan proses design dan promotion contohnya buat banner sendiri, header sendiri, buat contest ke, join contest ke, buat template sendiri, nak lebih menarik pergi buat atau tempah name card sendiri, takpun buat tshirt yang boleh jaja blog korang. Interesting, right?


3. Buat target
Korang mesti nak performance blog korang tu meningkat kan? So, selalulah buat penambaikan. Fikir something yang baru yang dapat menarik minat readers. Itulah sebabnya, korang kena buat target sendiri, supaya sampai satu masa target atau misi korang tu bakal tercapai. Ye tak? Faham tak? Ok, contohnya :

  • Aku nak capai sekurang-kurangnya 100 views sehari
  • Sekurang-kurangnya si sipolan tu view aku hari ni.
  • Dalam sebulan nak capai 10000000 views
  • Sekurang-kurangnya nak dapat 20ulasan dari post.
  • Jagi GuestBlogger dalam MelRomeo.com *Berangan kejap.
  • Kena terjah dengan Eyriqazz *Ecececeh!

Ecececeh, ha contohnya macam tu la. Sekurang-kurangnya ada target korang untuk capai apa yang korang mahukan. Ngerti?




4. Money Money Money!
Suka atau tak, jangan tipulah kalau duit tu jugak merupakan satu motivasi buat korang rajin updated. Yelah, kalau korang penat berblogging tapi hasilnya takde, hilang terus mood nak berblogging. Kan? Relax saje, berblogging la secara sampingan. Jangan berharap pulak nak jadi kaya dalam semalaman. Jangan mimpilah. Bila korang tengok wang dari korang berblogging tu makin meningkat, sure korang juga akan meningkatkan kualiti penulisan.




Kesimpulannya, menulis biar kena pada minat. Takmo la terpaksa. Ada banyak benefit yang kita bakal dapat dengan blogging. Antaranya kita dapat ramai kawan, kongsi ilmu pengetahuan, boleh joint event-event Nuffnang dan sebagainya. Ha, dah cukup empat kan? Itu saja tips untuk hari ni. Esok lusa kalau rajin shaye bagi tips lagi okeh!

13 comments:

Mr feckry said...

jiwa penulis..tu je yang buat tak boring

zezebel said...

Macam blog saya yang masih baru ni, jangan harap la nak merasa duit lagi. Hehehehe.... Tapi terima kasih ya sebab berkongsi ilmu.

~ ReD ~ said...

tq 4 da tips ;)

Berbuka Puasa Bersama Bloggers Di Setiawangsa

saya_arief said...

showww me the moneeyyy..
moneeyy..
;p

ada apa dengan cinta said...

tp klu mcm aku...mnulis sbb nk mncurahkan isi hati cmner??
hehe...
wlaupun aku taw org mnyampah nk bce...tp aku tulis gak....
komen sket...hehe

cherry_ijau said...

saya nak duet ! tapi saya malu .. cmne tu ?

cik Nemo said...

feckry: betul sama sekali!

cik Nemo said...

zezebel: takpe, relax saje..slow2 okeh?

cik Nemo said...

Red: You're welcome!

cik Nemo said...

Arief: tak Boleh nak show sangatlah! :P

cik Nemo said...

AADC: Ok lah tu, takde salah pong!

cik Nemo said...

Cherry: Malu ngan sape tu? :P

Anne Boleyn said...

wah..cik nemo da bagi tips. suka! bloggging kerana minat! :)

Lazada Philippines