Monday, August 30

Tips : 7 Cara Bagi Nama Blog/Domain

Salam semua. Selamat petang. Mengantuk hari ni. Tak cukup tidur la. Dah mandi pun tapi still rasa menagntuk. Untuk hilangkan mengantuk, shaye nak bagi tips lagi kat korang kali ni. Ok, ni tips for new blogger ye. Tak kesah sape-sape pon boleh baca jugak. Sharing is caring kan? Haaa, susah ke nak pilih nama untuk blog atau domain korang? Macam mana korang namakan blog korang tu? Ikut suka hati ke ape eh? Ok, ikuti tips yang shaye berikan ni.



1. Baru atau sudah wujud
Kalau boleh, cipta satu nama yang masih baru, yang belum ada orang guna lagi. Kreativiti tu sangat penting. Cepat-cepat letak tangan kat kepala, pejam mata, fikir dalam-dalam.,tido. Agak la kan? Jangan malas pegi buat research! Agak-agak dapat nama tu, pegi research samada dah ada orang guna ke belum. Kalau nama yang korang berkenan tu dah ada digunakan, pastu korang degil jugak nak guna nama tu, korang cuma perlu tambah je nama tu supaya dikomersialkan jadi nama untuk blog korang. Ngerti?


2.Topik
Ok, korang buat blog nak cerita pasal apa? Kalau cerita pasal something contoh pasal ikan, gunalah nama yang berkaitan dengan ikan. "Fishkek" ke, "Jaws" ke. Haha. Itu contoh, jangan ketawa pulak. Kalau korang boleh menulis dengan baik, ada style sendiri, dan ianya berkaitan dengan topik, pasti korang dapat fikir satu nama yang sesuai untuk blog korang.




3. Kata Kunci
Untuk nama blog, kalau boleh gunakan "kata kunci" supaya orang senang nak ingat. Gunakan satu atau dua kata kunci dan make sure ianya bersesuaian dengan nama yang korang nak guna. Dan make sure jugak "kata kunci" yang korang guna tu senang nak ingat. Faham tak? Macam ni, contoh la kan nama ko "bedah" pastu nak tulis blog pasal masakan.

BedakMasakSedap.com

See? Senang kan nak ingat? "Kata kunci" kat sini ialah "MasakSedap". Tak susah pon nak ingat. Ok, itu contoh ye, ikot korang la nak letak kata kunci ape. Asalkn senang readers nak ingat.




4. Ringkas
Lagi ringkas nama blog korang, lagi senang readers. Tak payah susah-susah nak taip nama blog korang yang panjang-panjang tu. Pastu kalau dah nama pon panjang, entah readers ingat ke idak kan? Contoh la kan pasal "Bedah" tadi. Kalau la korang letak BedahMemangPandaiMasakPunKoBolehke.com Ha, agak-agak kome la kan, sape rajin nak ingat dan taip?? Jangan mimpilah!




5. Asli
Ok, apa-apa benda pun, haruslah ori ye. Hehe. Takmo plagiat atau nak tiru identiti blog lain. Ingat, setiap blog ada keistimewaannya dan kelainannya tersendiri. Jadi, just be yourself. Cipta satu kelainan pada nama blog korang tu.




6.Persaingan
Ada banyak blog dalam dunia ni, tapi tak payah la korang menyibuk-menyibuk nak nama yang lebih kurang sama dengan orang lain. Berapa kali nak cakap, cari kelainan. Bila nama blog kita dah nak serupa dengan nama orang lain, tak ke persaingan tu wujud? Bukan sebab kita takut nak bersaing ke ape, tapi blog korang tu akan berisiko la. Sebabnye, readers akan confius, yang mana satu blog korang. Dari situ, mana identiti korang?




7. Perkara yang harus dielak
Masa bagi nama blog, perkara yang harus elak ialah elakkan menulis nama dengan huruf yang berganda. Contoh : ciknemmmooo.blogspot.com. Bayangkan tak ke susah readers nak menghafal bape banyak huruf "m", bape banyak huruf "o". Kan? Lagi satu, takmo salah-salah eja okeh? Mengarut je. Dan yang paling penting, guna nama blog yang baik-baik. Tak payah mencarut-carut macam orang takde moral. Ngerti semua?


Ok, shaye rasa itu saje tips untuk hari ni. Semoga ianya berguna untuk korang. Nama blog merupakan suatu perkara yang penting, sebab ianya melibatkan first impression readers bila masuk ke blog korang. Faham? Jadi, curilah hati readers dengan nama blog korang dulu. Ok bye, Maceh!

6 comments:

BeaN MorENo said...

nice post!good tips...

Nur Mudrikah said...

mekaseh =)

Redbloodsnow said...

HAA BETOL TUH. SGTTT LAH BERNAS TIPS NIH DEAR. THUMBS UPPPPP..HEHE

Yanie J said...

tips yg bguna...
thx~~ ;D

nizam omar said...

what a good idea..betul2..betul.
http://nizamullah.blogspot.com/

nurain said...

bagusss !! 10 makah utk kamu yana ..

Lazada Philippines