Saturday, August 21

Tutorial: Cara Untuk Buat LinkWithin

Salam semua. Selamat malam. Buka apa ye tadi? Hehe. Shaye dah makn sihat. Alhamdulilah pagi tadi pegi Bengkel (lesen memandu) semuanya berjalan lancar. Macam mana bengkel tadi? Not bad. Biasa-biasa je. Buring kot sebab tak banyak yang kitorang dapat belajar. Haisyyoooh! Takpelah. Abaikan saje. Yang penting, lesen dalam tangan. Hehe.


Ok berbalik kepada tajuk, malam-malam macam ni terdetik pulak nak buat tutorial. Maybe berguna untuk korang. Takpelah kan? Sharing is caring. Ok jangan buang masa lagi, apa jadahnye benda LinkWithin tu? Ok, LinkWithin tu ialah satu widget yang berupaya untuk memaparkan post yang berkaitan (related post) untuk setiap post yang korang dah buat. Ok, apa kelebihannya widget ni?


Senang saja, ianya merupakan satu kaedah lain yang boleh menarik minat readers untuk stay lama sket kat blog korang. Yelah sebab ianya memudahkan readers untuk terus pergi ke post-post lain yang menarik minat diorang. Ha, ini juga merupakan satu trick untuk menarik minat readers! *cakap dengan penuh semangat. Jap-jap, tak nampak lagi ya apa bendanya LinkWithin tu? Ok tengok gambar kat bawah ni. Takpun tengok kat setiap post shaye, mesti ada benda ni. Itulah dia LinkWithin.



Ok, cepat semua. Get ready! Kita pasang benda ni kat blog kita okeh? Taknak pon takpe, tak paksa. Mula-mula korang just pergi ke web LinkWithin. Dah? Ok, korang akan nampak benda ni.




Apa lagi? Isi form tersebut ye. Isikan email korang, yang untuk Blog Link tu isikan url blog korang okeh? Untuk Platform, depends la korang guna apa, Blogger ke, WordPress ke, pilih saje. Untuk Width pulak, pilih 3stories dah ok dah. kalau banyak-banyak kang nampak semak pulak. Ikot suka korang la ye. Bila dah isi semua, klik Get Widget seperti yang ditunjukkan dalam gambar kat atas.




Dah? Ada jumpa benda ni? Ok ikut step dia. Klik Install Widget tu. Shaye tunjuk anak panah tu. Ikot saje ye.





Dah? Ok masa ni serta-merta dia aakan keluar benda ni. Relax. Pilih blog mana yang korang nak letakkan LinkWithin ni. Contoh kat atas tu ye. Pastu ikut korang la nak letak apa tajuk dia. Bila dah isi, klik Add Widget.





Ha, dah masuk dalam Page Element korang dah. Masa ni jangan kelam kabut sangat. Nampak tak LinkWithin tu berada di atas? Jadi, sila drag dia ke bawah ye. Ikut macam dalam gambar di atas.




Dah siap dah? Apa tunggu lagi, cepat-cepat Save ye. Then, siap! Korang try la View Blog korang, pasti ada benda LinkWithin tu kat blog korang.


Ok, Selamat Berjaya! Itu saja tutorial untuk malam ni. Nanti shaye buat lagi. Sebarang pertanyaan sila drop komen okeh! Maceh!

4 comments:

saya_arief said...

bagus la cikgu nemo ni..
huhu..
terima kasih cikguuu..
:D

cik Nemo said...

maceh! same2..=)

noni said...

terima kasih cik nemo!sangat membantu..

princess ayu said...

knapa sy punya xboleh?? ada step yg sy terskip ke??

Lazada Philippines