Tuesday, October 5

Cik Nemo Terlampau !




Salam semua. Lama tak jumpa ye? Huhu. Hari tu kata nak updated, tapi shaye tak jugak updated-updated. Sudah-sudahlah tu kalau ye pon nak berkabung. *Alasan baik punya tak updated blog. Memang nak kena pukul kan cik Nemo korang ni? Haha. Sorry lah uols, shaye memang bizi gile lately! Mesti korang nak tahu apehal minah sorang ni tak reti-reti nak updated blog, padahal kat FB elok je updated. Okeh, ini sebab-sebab khas ye :


1. Tak tahu nak updated pasal ape dah.
Okeh ini penyakit kronik ni. Sampaikan bila shaye bukak-bukak blog je, memang takde idea nak updated. Padahal banyak benda nak cerita, tapi bila tertangguh-tangguh sebab dahulukan kerja-kerja assignment, rasa macam nak cerita kat korang pon, sure korang taknak baca sebab sape la yang nak baca pasal cerita yang dah basi kan? kan? *Tepuk-tepuk dahi menyesal.


2. Penat
Semua orang penat, shaye pon penat. Tapi disebabkan kelas full, campur dengan kelas latihan memandu lagi, meeting sana-sini bila balik-balik je mengadap blog, rasa penat sangat oh. Terus cepat-cepat padam laptop pastu pegi tido awal untuk kelas pagi esoknya.


3. Masa itu emas.
Disebabkan kerja-kerja shaye banyak. Dan masa untuk menyiapkan juga adalah suntuk, so shaye terpaksalah menggunakan masa yang ada untuk siapkan kerja-kerja shaye serba sikit. Biar la tak siap hari tu pon, asalkan kerja jalan. So, terpaksa tarik muka masa tu sebab tak dapat updated blog.


4.Takde apa yang menarik berlaku.
Untuk updated blog, kena la ada point nak cerita kan? Shaye tak suke oh nak updated setakat ayat sepatah dua. Nak feeling pon tak sempat kan? So, terpaksa membatalkan niat untuk updated blog. *Lagi sekali terpaksa tarik muka lagi-lagi tengok kawan-kawan yang lain bukan main deras updated blog.


5. Masa berehat itu nyaman.
Bila dah lama tak updated blog, masa tu jugak la shaye gunakan untuk berehat. Berehat pon bukan rehat saje-saje okeh. Rehat tapi dalam masa yang sama still buat blogwalking. Tapi aktiviti blogwalking dapat buat dalam 2,3 orang sehari. *Okeh la tu kan daripada takde langsung.


6. Bercuti
Bukan blog aje yang bercuti, dengan tuan-tuan dia sekali pergi bercuti. Baru-baru ni shaye pergi bercuti ke Singapore. Sangat seronok dan hilang kejap semua masalah. Ada masa nanti shaye ceritakan pasal trip shaye ke sana okeh?


7. Sibuk terlampau.
Ambooooii, sibuk terlampau la sangat. Bukan apa, shaye sangat sibuk oh. Hari-hari sibuk. Tangan memang sentiasa kena pegang handphone. Baik punye sibuk. Nak tahu sibuk ape? Sibuk bercinteeeee. Hahahaha. *Pukul! Pukul! Pukul ini orang.



Larrrriiiiiiiiiiiiiik!

2 comments:

Kuman Chaos said...

dari list tu ajer dah ada 7 potential entry... so update ngan 7 entry tu le..
Kuman "tudung.." Entry

nurain said...

wateber la yanaaaaa .. espeseli yg las skali tu. bukan rs nk pukul je , nk bakar ko hidup2 p0n ade tau !! haha !!

Lazada Philippines