Saturday, October 16

Hidup Penuh Pancaroba

Salam semua. Selamat tengah-tengah malam buta. Maaf terlebih dahulu. Shaye kurang sehat oh. Ini nama dia demam kus-kus. Sedih oh. Demam-demam tapi jauh di perantauan. Eceh ! Tidak mengapa, cik Nemo korang ni masih kuat dan gagah lagi okeh. Berbalik kepada tajuk, saje je nak meluahkan kat sini. Nak baca pon baca je lah ! Takde sape jugak dapat halang kan?


Sedar tak sedar umur kita makin meningkat, kepayahan hidup mula bebankan kita. Macam-macam masalah yang kita kena tanggung, macam-macam benda yang kita kena lalui, macam-macam orang yang kita akan jumpa. Kan? Tapi kita mesti tahu yang hidup ni bukanlah untuk dibebani masalah semata-mata. Tapi sebenarnya ia penuh dengan kebahagiaan, keseronokan, kegembiraan, kesyukuran. Okeh, kenapa shaye menulis pasal kehidupan? Takde ape, baru je lepas tengok gambar-gambar lama, surat-surat cinta lama, semualah pasal kenangan-kenangan lama kan. *Confirm incik fikir aku pegi baca surat-surat cinta boyfren lama padahal aku baca surat-surat dia kat email.


Dan sebab semua itu telah membuatkan shaye berfikir. Kenapa mesti lelah dengan masalah yang menimpa sedangkan itu adalah ujian dariNya? Dengan apa yang telah kita lalui, kita tak sedar yang diri kita telah pon jadi semakin matang. Semua itu bukannya kesusahan, tapi pengajaran. Even macam mana tak besh pon situasi korang tu, try ingat dan kenang balik zaman-zaman muda kita. Of coz, akan hilang rasa lelah tu dan secara tak sengaja buat kita tersenyum sendiri.





















Sebab apa kita akan tersenyum sendiri?


Sebab kita baru tersedar yang kita punya banyak kenangan yang terindah. Kenangan bersama ibu bapa, keluarga, yang tersayang, kawan-kawan dan lain-lain lagi. Even kita bersama dengan diorang bukan setiap masa, yang pasti kenangan itu pasti terpahat di hati kita. Dan yang pasti, diorang sentiasa ada di hati kita. Percayalah.


Setiap kenangan buat kita lebih menghargai hidup.



Ok, cukup. Shaye nak nyanyi pulak lepas bagi ceramah.

No comments:

Lazada Philippines