Saturday, October 30

Rina Salleh Juara Gadis Melayu 3

Wow! Excited je bila dapat tahu siapa pemenang Gadis Melayu 3 malam ni. Tahniah buat Rina Salleh kerana telah berjaya menjadi pemenang. Bukan senang okeh nak menang. Even shaye baru layan Gadis Melayu 3 siang tadi, tapi shaye dapat lihat sendiri dengan setiap tugasan dalam rancangan tu memanglah sukar.


Lagi satu sebab shaye excited la jugak sebab shaye suke tengok Rina Salleh ni. Ye, sebelum dia masuk Gadis Melayu lagi. Tengok kat mana? Tengok kat belog dia la. Siapa nak tahu ape belognya boleh klik SINI. Beliau memang berniaga online. Selain berniaga busana muslimah, beliau turut mengendalikan Rina Salleh Training and Coaching Series yang menumpukan kepada pembangunan wanita (empowering women). Teringin nak join bengkel-bengkel yang beliau jalankan.



Cantik kan?



Bakal jadi idola shaye ni. Ecececeh!





Ok ini adalah hadiah-hadiah yang bakal dibawa pulang adalah seperti berikut :

  • Juara Ikon Gadis Melayu 3 (berjumlah RM160,000)
  • Wang tunai RM30,000
  • Set Mutiara Rafflesia bernilai RM120,000
  • Barangan Singer bernilai RM10,000
  • Trofi Sirih Junjung Gadis Melayu sumbangan ZRA Glocal
  • Jambangan bunga sumbangan Creative Creative Gifts

Ada kelainan berbanding musim yang lalu yang diterapkan pada peringkat akhir musim ini adalah di mana kesemua peserta GM3 akan membuat persembahan teater muzikal yang berkaitan dengan nilai-nilai kemanusiaan sambil menyentuh tiga isu semasa yang sedang hangat diperkatakan iaitu:


1. Bencana Banjir di Pakistan – Bencana yang mengancam nyawa penduduk Pakistan dengan kelaparan dan pelbagai jenis penyakit berbahaya.


2. Gaza Kami Endah - Ketabahan dan kesabaran wanita-wanita di Gaza yang masih kental mempertaruhkan nyawa mereka dalam menegakkan kebenaran walaupun senjata perang Israel tidak putus-putus mengorbankan keluarga dan menghancurkan kediaman mereka.


3. Sayangi Anugerah Itu – Isu pembuangan bayi yang semakin berleluasa di Malaysia terjadi akibat terjerumus terlalu jauh ke dalam keseronokan duniawi tanpa mengambil kira batasan agama. Anak merupakan amanah dan anugerah tidak ternilai dari Tuhan yang akan meneruskan garis keturunan, maka seharusnya kita menyayangi dan menjaga mereka sebaik mungkin.


*Mencabar kan? Tapi berbaloi dengan ganjarannya kan? Tahniah sekali diucapkan kepada pemenangnya.


2 comments:

Anna Boleyn said...

tengok semalam. taks angka dia menang. orangnya memang cantik. :)

♡ Sutera Kasih ♡ said...

cik nemo, aku sokong teramat rina ni menang..sgt sesuai..dah la chantek, berbakat, good skill comm. and pakej laaa..

Lazada Philippines