Wednesday, October 20

Tips : Kenapa cik Nemo minum kacip fatimah ?

Salam semua. Nyam-nyam. Sambil makan bihun sup dan minum soya. *Ada hati lagi nak mengarang hari ni. Haha. Korang semua sehat? Kalau sehat, syukur alhamdulillah. Kalau tak sehat sila makan obat. Tapi ingat jangan overdose. Kalau tak, senasib dengan shaye hari ni. Sob Sob. Tak payahlah shaye ceritakan. Okeh, berbalik kepada tajuk. Ada yang bertanya kenapa shaye minum kacip fatimah?




Hehe. Maybe ada yang pelik-pelik kan, "Eh anak dara pon pegi minum kacip fatimah?", "Kan ke minah ni belom kawin?", "Eeeeeeee, gatalnye diye ni pegi minum kacip fatimah". Haisssssyooh! Stop it! Jangan fikir bukan-bukan okeh. Ada sebab kenapa shaye minum kacip fatimah ni.


Ok, tahu ke korang yang herba kacip fatimah ni sebenarnya boleh diamalkan perempuan bujang dan yang sudah berkahwin kerana khasiatnya dapat membekalkan tenaga kepada tubuh manusia? Tak tahu kan? Meh shaye bagitahu apa dia khasiat kacip fatimah ni :

1. Mencegah pembiakkan sel prakanser

2. Memantapkan tisu yang memerlukan hormon estrogen

3. Mengukuhkan struktur tulang melalui penyerapan jisim tulang

4. Melewatkan proses penuaan.

5. Masalah keputihan

6. Masalah angin kerana ianya anti-flatulence iaitu membantu membuang angin berlebihan di dalam badan.

7. Melancarkan proses kelahiran bayi.

8. Mengembalikan kecergasan selepas bersalin.

9. Membantu dalam pengecutan rahim

10. Melangsingkan badan dengan membantu dalam menegangkan otot-otot.

11. Merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan darah dan kitaran haid wanita sekaligus mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

12. Mengurangkan simptom sakit buasir, penyakit sendi dengan membaikpulihkan peredaran darah sekaligus mengurangkan kesakitan di sendi dan otot.

13. Gonorrhea dan cirit birit.

14. Menyeimbangkan hormon dalam badan dan mengatasi masalah depresi selepas bersalin serta menambahkan tenaga dan kecergasan badan atau kata kasarnnya, meroyan.

15. Mengembalikan rambut yang sudah rosak.

16. Melancarkan perjalanan darah dan meringankan pergerakkan

17. Sesuai untuk wanita yg bermasalah dalam kesihatan badan dan tidak bertenaga


Okeh dah tahu dah apa khasiat sebenar kacip fatimah ni? Hehe. Ingat, kacip fatimah bukanlah khas untuk ehem-ehem je okeh. Sebenarnya shaye minum kacip fatimah ni bukan selalu. Tapi ada waktu-waktu tertentu je. Contohnya, bila badan terasa lemah dan tak bertenaga bila korang minum kan, macam ada satu POWER masuk dalam badan korang. Seriously! Tibe-tibe je korang jadi semangat, kuat, gagah perkasa. Untuk awet muda pon, jangan segan minum kacip fatimah.


Lepas tu shaye suggest kalau nak minum tu, minum la time malam-malam sebab badan korang akan rasa panas sket. Biaselah herba kan. Lagi satu shaye nak bagitahu, shaye takde la pegi minum produk kacip fatimah yang untuk ehem-ehem kan, pegilah beli produk yang untuk bujang-bujang punya. Jangan pulak kalau yang belom kawen tu gedik-gedik nak beli yang standard mak-mak punya. Mengaum ko tengah-tengah malam. Haha. Faham tak? Tak faham sudah. Haha.


Lagi satu, siapa-siapa yang ada masalah kitaran haid dia tak betol, boleh amalkan minum kacip fatimah sebab ianya sangat bagoooos untuk peredaran darah. Dah kata tadi kan, badan jadi panas bila minum, maknanya tengah proses lancarkan peredaran darah korang la tu. Okeh lagi satu, minum kacip fatimah memang akan buat korang jadi bertenaga, kuat dan gagah perkasa. Lepas korang dah bertenaga gileeee maybe dalam sehari, malam tu pasti korang akan tidur dengan selenanya. Jangan pelik sebab itu sebenarnye, proses untuk kembalikan tenaga korang yang hilang. Rehat perlu secukupnya kan?


Okeh la, shaye ada banyak lagi kerja nak dibuat. Kalau siapa-siapa berminat nak minum pergi la singgah kedai pergi beli yang produk Orang Kampung tu. Sedap je. Takde pelik-pelik pon rasa dia. Cubalah dan rasainya sendiri. Eceh !



Cik Nemo awet mudeee tak?


Please, cakap YA!

7 comments:

Anonymous said...

kak nemo , na tau sgt lagu pe yg akak karok mse entry BERFOYES to ? yg mimie kacau to

sue/allya/zalya said...

owhhh gitu eh.. tenkiu nemo..

azreena said...

thanks utk info ni
mmg best bc blog nemo =)

Anonymous said...

Mcm mengade je kan.

Anonymous said...

nak tahu kacip fatimah jenama ape y xdelah akn sebbkan kite anak dara ni nak mengaum tengah2 malam...

Anonymous said...

Akak dh minum ptg semlm pkl 7..sampai 3 pagi baru mata nk lelap..haishh

cheenta puteri said...

Sy baru minum sekali kacip fatimah.. mmg betul rasa bertenaga.. serius kluar keputihan. N rasa angin berkeroncong dlm perutt auuu.. pastu x boleh nk tido aaa sebabnya sy minum kopi kacip fatimah.. yaAllah ampunkn dosa2 hmbamu ini.. lena laa lena laa wahai mata..

Lazada Philippines