Friday, October 15

Tutorial : Menggunakan NetworkedBlogs dalam Facebook

Salam semua. Okeh, actually lama dah shaye nak buat tutorial pasal ni, sebab ada yang bertanya macam mana nak tambah application NetworkedBlogs dalam Facebook. Ok terlebih dahulu biar shaye explain apa bendanya NetworkedBlogs ni. NetworkedBlogs ni adalah salah satu aplikasi yang biasa digunakan untuk mempromosikan blog-blog korang kat Facebook dan kita juga boleh melihat blog-blog kawan-kawan yang lain. Okeh contohnya, kalau kita follow mana-mana blog, kita akan diberi notification setiap kali tuan punya blog tu updated blog. Kira application ni memudahkan kita la nak buat kerja-kerja mempromosi blog sambil main Facebook.



Okeh ini adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan application NetworkedBlogs untuk Facebook:


1. Masuk ke akaun Facebook korang macam biasa. *tak payah ajar pon takpekan?
2. Pilih aplikasi yang berada di sudut kiri bawah macam yang shaye tunjukkan, lalu klik Find More (kalau tak jumpa application NetworkedBlogs)



3. Kalau tak jumpa jugak, pegi kat ruang Search dan isi keyword “NetworkedBlogs” lalu tekan Enter.
4. Serta-merta akan terpapar benda kat bawah ni dan terus pilih dan klik NetworkedBlogs



5. Seterusnya, korang akan masuk kat page tersebut, terus tekan button Like ye.
6. Lepas dah Like , klik button Go to Application
7. Seterusnya korang ikot step dia ye. Yang dia tanya nak allow ke tak, klik allow je ye.
8. Okeh, paparan kat bawah ni akan keluar.



9. Okeh lepas ni pegi klik button Register a Blog untuk daftar blog korang tu.



10. Jangan segan untuk masukkan nama blog korang kat kotak Blog Name, alamat URL blog korang, topik atau tags (tak kesah apa-apa pon), pilih bahasa blog korang, dan isi sket secara ringkas pasal blog korang tu, dah siap isi semua kemudian tekan button Next
11. Masukkan URL feed Blog korang, dan klik button Next lagi
12. Okeh, tiba-tiba akan muncul page dia bagi pertanyaan samada Are you the Author of (nama blog korang), jangan segan silu klik button Yes



13. Seterusnya, korang akan diminta untuk mengesahkan pemilikan blog. Ada dua pilihan samada Ask a friends to verify you dan Use Our Widget to Verify blog Ownership. Kat sini ikot korang la nak mintak tolong kawan-kawan sahkan ke apa, tapi shaye suggest mintak tolong kawan-kawan sahkan. Okeh, bila korang klik Ask a friends to verify you, akan terpapar macam kat bawah ni.



14. Kat sini korang boleh pilih mana-mana kawan yang korang rasa boleh sahkan blog korang tu ialah milik korang. Pandai-pandailah mintak tolong diorang confirmkan ye. Sebab, dekat notification diorang, facebook akan hantar untuk pengesahan.
15. Bila dah ada sekurang-kurangnya sorang yang confirmkan blog korang tu milik korang, maka korang dah berjaya masukkan application ni dalam facebook korang. *clap clap clap.



16. Okeh, macam gambar kat atas ni la kalau aplikasi tu dah berjaya ada dalam Facebook korang. Kalau nak paparkan dalam bentuk widget kat wall Facebook korang, klik Tab Profile, pastu klik button Add to Profile, kemudian muncul page profile korang, terus klik button Keep (disudut kiri bawah). Serta-merta dekat wall korang akan terpapar ikon untuk terus ke blog korang tu.


Ok itu adalah salah satu cara promosi blog di Facebook, sedar tak sedar sebenarnya banyak lagi cara untuk mempromosi guna Facebook dengan aplikasi-aplikasi yang lain. Untuk promosi, kalaulah ade post terbaru, korang boleh post terus dekat wall sendiri. Caranya? Kat tempat korang nak tulis post tu, kat bawah dia ada pilihan kan? Pilihan, "Link","Picture" dan sebagainya kan? Ok, kalau dah masukkan application "NetworkedBlogs" ni, serta-merta akan masuk sekali dalam pilihan tu. Klik ikon "NetworkedBlogs", akan terpapar entri-entri terbaru kat blog, pilih dan pblish. So, kawan-kawan dari Facebook boleh pegi ke blog korang secara terus untuk baca blog korang. Mudah kan?


Selamat mencoba !


2 comments:

SHeLYN said...

wow...post yg membantu sgt...
thanks cik nemo comel...(:

Que said...

ye2..bru je tau psl networkblog smlm..da pkai pn..bes2

Lazada Philippines