Tuesday, November 30

Dengarkan Aku



Luna Maya - Suara (Ku Berharap) OST Janda Kembang


Di sini aku masih sendiri
Merenungi hari-hari sepi
Aku tanpamu, masih tanpamu

Bila esok hari datang lagi
Ku coba hadapi semua ini
Meski tanpamu ooohh meski tanpamu

bila aku dapat bintang yang berpijar
mentari yang tenang bersamaku disini
ku dapat tertawa menangis merenung
di tempat ini aku bertahan

reff:
suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

suara dengarkanlah aku
apakah aku slalu dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

ooo

kalau ku masih tetap disini
ku lewati semua yang terjadi
aku menunggumu (aku menunggumu)
aku menunggu

suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

repeat reff [2x]

suara dengarkanlah aku



Mahu download lagu ini?
Klik SINI

Monday, November 29

Day 14 - A TV Show you're currently addicted to.



Maaf.
Shaye tak tengok TV.




Terima kasih!
*gile tak sporting kau ye.

Sunday, November 28

Kelakar la Muka Kau.

Salam semua. Selamat tengah hari. Dah mandi? Of coz la shaye belom mandi. Shaye memang seorang yang pemalas mandi ye tuan puan. Tapi bila dapat mandi, hamek kau. Taknak keluar bilik air jawabnye. Sebab shaye suka mandi lama. Haha.


Okeh, ini entry pendek je. Takde apa pon nak tulis. Just nak bagitahu uols yang esok pagi shaye akan berjuang untuk ke paper seterusnya. Paper yang buat shaye pening kepala. Virtual Reality. Omaigod. Huhu. Harap-harap senang je nak jawab kan. Dats why hari ni takde entry sangat untuk korang. Terpaksa korang memendam rinduuuuuuu kejap. Alaaaaa, kejap je kan. Hehe.


Okeh, wish me luck untuk esok. Korang layan je lah entri-entri auto-published shaye. Shaye dah siap taip awal-awal dah. Cukop Nemo, pegi mandi sekarang ! Jap! Jap! Shaye rasa shaye ada masalah sekarang. Kalkulator shaye batery habes. Macam mana nak exam esok??? Omaigod. Pakai kalkulator handphone boleh?????? *kelip-kelip mata buat muka comel.




Boleh Blah!

Day 13 - Your views on drugs and alcohols.

Salam semua. Haha. Actually shaye nak sambung game ni dah lama. Tapi malas gila sebab tajuk yang dia bagi shaye cukop tak berkenan. Sebijik macam nak buat karangan masa sekolah rendah. Haisyyoooh! Disebabkan shaye tak berkenan dengan tajuk yang telah diberikan, shaye asyik postpone je nak sambung game ni. Jaat tau. Okeh, shaye uulas secara terpaksa, boleh?


Drugs/Dadah :
Dadah ialah apa-apa juga bahan kimia, samada asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau o
rganisma dari segi fizikal atau mental.


Alcohol :
Alkohol adalah minuman keras yang mengandungi etanol. Etanol boleh menyebabkan seseorang yang minumnya menjadi mabuk atau tidak sedar.



Malas nak review banyak-banyak. Masing-masing dah besar kan? Masing-masing boleh fikir mana yang baik, dan yang mana buruk. So, hargai diri anda. Tak dapat faedah pong hisap dadah atau minum alkohol ni, lagi-lagi yang beragama Islam. So, sila tepuk dada dan tanya selera masing-masing.


Itu saja review terpaksa dari cik Nemo.

Saturday, November 27

Belog Pilihan Malaysia 2010. Shaye tercalon! Ok tipu.

Salam semua. Haha. Awal-awal tajok dah menipu kan. Hehe. Actually shaye baru tahu pasal Blog Pilihan Malaysia 2010 ni. Masa diorang sibuk-sibuk mengundi kenapa shaye tak tahu kan? Alloooooh! Rugi. Tak sempat mengundi.


So, sekarang ni dah ada calon-calonnya. Masih boleh mengundi. Untuk undian peringkat pertama bermula pada 10 malam 26 nov 2010 dan berakhir pada 8 pagi 30 nov 2010. So, kepada yang belum mengundi, sila-silalah ye. Haha. Saje je pon bagi sapot kat belog-belog kesukaan kita.


Okeh sekarang ni dah ada beberapa kategori yang dipercalonkan :

Blog Personal Lelaki Pilihan

Blog Personal Wanita Pilihan


Blog Tutorial Pilihan


Blog Personal Suami Pilihan


Blog Personal Isteri Pilihan


Blog Lawak Pilihan


Rasa macam sket je kan kategori pencalonan yang dibuat? Hehe. Apa-apa je lah. Untuk mengundi, korang boleh pegi kat link SINI. Nak tahu shaye undi belog mana?? Hep!




Undi adalah rahsia.

Eceh!

Friday, November 26

Cerita dalam toto.

Salam semua. Sehat? Selamat malam. Dah nak tidur ke? Kondisi shaye sekarang agak stabil. Cuma penat sangat-sangat sebab hari ni baru lepas dua paper yang susah! Tapi syukr, even shaye tak tahu pon apa jawapan yang betul untuk soalan tu, shaye berjaya menjawabnya dengan tenang, hati yang lapang, dan segalanya berjalan lancar. Kalau boleh tak cukup kertas. Nak tahu shaye jawab exam tadi macam mana?


Macam tulis belog. Cuma bezanya tadi jawab dalam English. Gilak!


Memang seronok habis kau mengarang. Dah macam tulis buku cerita pulak. Tapi seriously paper-paper tadi susah. Tapi shaye tak kisah pun sebab shaye berjaya melawan emosi yang kacau-bilau ni. Hoho. Serabut kepala otak bila fikir macam-macam. Fikir yang kenapa bila somenone tu dah buat salah dia tak mintak maaf betol-betol kat kita? Kenapa dia tak yakinkan kita yang dia takkan ulang kesalahan tu lagi? Dan kenapa dia perlu bagi alasan macam-macam? Apa dia tak ikhlas ke mintak ampun ngan kita? Haisyyooh! Malas nak fikir. Penat. Sekarang tengah berselubung dalam toto. Syiook gila.




Mari kawan-kawan, kita selubung sama-sama. Ayuh!

Bukan video panas Ariel dengan Cut Tari / Luna Maya

Pilih dua lagu di bawah. Which one is better? Shaye rasa macam nak tukar ringtone handphone oh.

1. Kau Yang Ku Inginkan (Peterpan)

2. Menghapus Jejakmu (Peterpan)



Kenapa dua-dua lagu dari Peterpan?
Bukan sebab video panas Ariel dengan Cut Tari / Luna Maya ye.
Dan bukan juga sebab Ariel seksi.



Tapi sebab Ariel sweeet ! (bukan baru lepas tengok video dia okeh. Gilak!)
Lagu-lagu dia besh dan maksud yang sangat mendalam.
Muzik yang sedap didengar, tak kacau-bilau.

So, sila respon lagu mana lagi besh.


Itu aja, babai!

Thursday, November 25

Luahan Hati Salah Seorang Perempuan | Wajib Baca Sebagai Pedoman

Salam semua. Sambil study pegi check FB kejap. Then terjumpa benda ni. Nice to share. Btw sharing is caring, right? *Please Era, I hate dat word.


Ok, mari renung-renungkan.


saya sayang awak..tapi betul ke saya sayang awak??awak sayang saya ke??kalau sayang, nape awak pegang tangan saya??awak nak tengok rambut saya,nak hug saya,nak saya pakai seksi2..memang la awak xkasi boy lain tengok saya pakai seksi..tp awak xhalal lagi utk saya kan??saya sayang awak ke kalau saya kasi semua tu kat awak??

saya sayang awak..betul..xtipu..tapi sayang ke kalau bila dengan awak, saya lalai??saya lupa kat Dia yang dah cipta saya, yang kasi saya perasaan cinta kat awak..saya lupa solat, saya lupa dosa..saya lupa Tuhan..takut la...

betul awak..saya sayang awak..tapi saya takut..takut sangat nak sayang awak..awak baik, selalu solat awal..tapi nape bila dengan saya awak lupa solat??masa kuar, kita lalu je depan masjid..xpernah stop..tp kt tempat xde orang, kita stop.beratus duit awak habis untuk saya kn??saya hargai sgt..saya tau awk syg saya..tp nape awak xsimpan duit tu dulu..kot2 ada jodoh, boleh kita kawen..awak...saya takut..takut sangat..takut bila ingat pe yang kita dah buat..saya nak awak jadi halal utk saya..tp xboleh la sekarang..mcm mana awk nk tanggung saya..kita blaja lg..saya nak hidup dgn awak..saya nak awak jd imam saya..nak sgt share everything dgn awak..saya nak jadi kekasih halal awak..tapi betul ke cara kita wak??saya takut laaaa...

awak..saya nak hidup dgn awak forever kat heaven..tapi layak ke kita gi heaven kalau kita camni??macam mana kalau tiba2 Dia panggil kita pergi..xkisah la saya dulu, awak dlu atau dua2 skali..boleh ke kita gi heaven kalau Dia panggil kita skarang??kalau la Dia tanya apa yg saya dah buat dgn awk, pe saya nk jawab nanti..saya maluuuuuuuuuuu sgt kat Dia..

awak..lama saya fikir..saya fikir pasal kita..betul saya sayang awak..tapi, sampai bila kita nak camni??awak..saya dah fikir lama...lepas ni, kalau saya xmsj awk,xnk jumpa awk, xnak call awk, xnk vc, mms or wc,awak jgn salah faham tau..saya buat camtu sbb saya syg awk sgt2..awak..saya nak forever kat syurga dgn awak..dulu saya sedih sbb kita jauh..tapi skarang, saya bersyukur sangat..Tuhan sayang kita..kalau dekat, awak boleh agak kn pe kita buat nnti??

saya xtau camne nk gtau awk..saya nak jaga hati awk..tp awak sedar x sebenarnya saya dah kotorkan hati awak..saya suka goda awak dgn manja saya, dengan body saya..saya suka buat awak cair dgn saya..jahatnya saya..awak saya banyak dosa..awak nk ke terima org mcm saya jd wife awak??awak..saya nak bersihkan diri saya sebelum jadi yang halal buat awak..saya nak jadi the best wife..baru la awak xpandang orang lain dah..saya xnk susahkan awak dgn saya yg mcm ni..awak..saya nak jadi bidadari awak..bukan kat dunia je..tp kat heaven gak..saya nak jadi bidadari awak yg forever..

awak..saya tahu saya xbaik....banyak sangt kurang n xlayak nak tegur salah awak..tapi saya sayang awak..pe kita buat, bukan ada org tahu pn...sape lagi nak tegur awak kalau bukan saya??saya pn nak awak jadi suami yg boleh pimpin saya ke syurga..xnak ke??xkn la awak sayang saya utk hepi2 kat dunia ni je..awak xnk ke pilih saya jadi bidadari awak kt syurga nanti??awak..tolong la...saya xnk dah jumpa awak..tp mungkin saya lalai gak nanati..syaitan selalu ada dgn saya..suka je dia kalau saya keluar dgn awk, goda awak..awak..tolong la ingat kan saya gak bila saya lupa.tolong ek..saya lemah sangat..saya nak jadi kuat..kuat utk awak..untuk hidup dgn awak.

saya sayang awak..camne kalau tiba2 Dia panggil kita b4 kita sempat bertaubat..takutnye saya..awak xtakut ke??camne kita nak gi syurga??camne saya nak jadi bidadari awak??saya nak sangat cinta ni kerana Dia..tp dgn apa kita dah buat, layak ke kita letak nama Dia dlm cinta kita??malu sangat kat Dia..awak..saya nak berubah..utk diri saya gak, utk parents saya..tp, kalau saya berubah, awak still terima saya lagi kan??saya nak berubah pn sbb nak jadi the best utk awak..utk babies kita nanti..nak jadi mom yg the best..huhu. tinggi betul cita2 saya..saya pn nak kita jadi pasangan yg educated..nak sama2 berjaya..tp educated yg taat padaNya la..mesti bahagia kan..kita ingat Dia, Dia pun ingat kita,,so, boleh la Dia jaga kita nanti..

awak, kalau la saya pergi dulu,saya nak tunggu awak kt syurga tau..awak doakan la saya bia boleh masok syurga..saya nak jadi bidadari yg tunggu awak..n there, i'll be yours forever...tapi, kalau awak pergi dulu??ye..saya sedih..tp saya pun akan doakan awak..insyaAllah..nanti awak tunggu la saya kt syurga k??mesti ramai bidadari tunggu awak kat sana..tapi, simpan la 1 tempat untuk saya k??saya nak jadi bidadari awak..

awak..maaf kan saya kalau ape yg saya buat n gtau ni mengguris hati awak..saya buat camni sbb saya sayang awak..saya xtau camne nak gtau awak..sebab tu saya taip kt sini..maaf sebab saya post kat sini..bukan nak bukak kburukan sendiri..at least mereka yang baca ni boleh jadikan kisah ni sbgai panduan..ramai kt luar sana kapel n buat macam2..saya takot nak post kat awak..tapi saya harap awak tergerak hati nak baca ni k..awak..dah nak subuh la..kejap lagi mesti Dia panggil saya..ingat tau..SAYA SAYANG AWAK ETERNALLY N INFINITY.. n saya tunggu awak jemput saya sebagai yg halal utk awak nanti k..<3<3<3


So now, what is in your mind? Semoga ianya menjadi pedoman untuk semua.

The Sixth Sense



Bila kita ada instinct terhadap sesuatu perkara...
Percayalah..............
Ia sangat menyusahkan anda dan sangat membebankan anda.



Ya Allah, lapangkanlah hatiku.
Kau simpankanlah petunjukMu.
Sekurang-kurangnya buat sementara waktu.
Kerana masih ada perkara yang lain menantiku.

Come On, Kassim !

Salam semua. Good morning. Actually shaye malas nak updated panjang-panjang. Takde benda kott nak updated. Bangun pagi dapat mimpi yang tak besh. I dont know itu petunjuk untuk tindakan seterunya ke apa. Dan shaye taknak fikir apa-apa just study je hari ni.


Syukur. Dengan setiap dugaan yang menimpa, ia telah pun buat diri shaye menjadi semakin matang. Dan shaye tidak mahu menjadi seperti Kassim Selamat. Kassim Selamat yang hanya menangis mengenangkan kesedihan yang dialaminya. Menangis sampai mendapat buta. Dan bila dia dah dapat peluang untuk sembuh, dia menyerah kalah dengan mencucuk matanya sendiri untuk memuaskan hati pihak lain. Looser kan?



So, i don't want to be like Kassim. Esok shaye ada 2 paper. Wish me luck okeh! Bye Bye. nak study ! Hari ni shaye maybe shaye bizi dan nak betul-betul tumpu kat exam, InsyaAllah.

Wednesday, November 24

Day 11 – What’s in your makeup bag?

Salam semua. Jumpa lagi kita. So, shaye akan sambung topik seterusnya. Topik hari ni ialah my make up bag. Hehe. Suke suke suke. Shaye suka makeup. Tapi depends tempat jenis ape nak pegi kan. Kalau pegi pasar malam tu takde makna la nak mekap-mekap sume kan.


Actually dulu tak pandai pun nak main dengan alat-alat mekap ni. Tapi cik puan Nasuha selalu bawak shaye pergi beli alat mekap sama-sama. So, shaye pun jadi terikut. Terpengaruh di situ. Haha. Seperti yang uols tahu, shaye seorang student jadi tak mampu kalau nak beli mekap selalu. So, shaye akan beli sket-sket. Contoh bulan ni beli satu, bulan depan satu. Dan akhirnya, terkumpullah semuanya.


Malas nak taip panjang-panjang. Just layan video. Shaye nak tayang barang mekap kejap.


Have fun!




*Sila abaikan mata Panda shaye. Maybe shaye akan berubah menjadi Kassim Selamat selepas ni.

Layan Lagi Yuk!




Sejujur Hatimu by Adibah Noor
Kau ucapkan kata-kata yang tak ku duga
Bersungguh dirimu melamar hatiku
Oh baru semalam kau katakan sangsimu
Tiada pengganti dirinya buatmu

Korus
Siapakah diriku yang benar buatmu
Seikhlas hatimu apa kau rasakan
Di wajah curiga berbicara
Hatiku bukan mainanmu
Ucaplah sejujur hatimu

Ku cukup beranikah ku nyatakan cinta
Apakah benar aku yang kau inginkan
Kau bagaikan sinar
Sememangnya ku gusar
Bimbang cahaya kasih jadi gerhana

(Ulang korus)

Tips : 10 Tips Sebelum Si Perempuan Menerima Cinta Si Lelaki.

Salam semua. Entah kenapa tiba-tiba terkeluar idea nak buat tips ni. Sebab lama kot tak bagi tips. Hehe. Ini entry auto-published ya. Harap maklum. Actually shaye nak bagi tips sebelum si perempuan nak menerima cinta lelaki. Kita ni perempuan, jadi adik-adik…kat sini akak nak pesan sket. Berhati-hati memilih lelaki ya. Ada yang depan kita nampak muka dia tenang je, tapi di belakang…amek ko. BUAYA! Ada yang muka ganas, tapi dalam hati ada taman. Aummm! *Apehal aku mengaum pulak kan? Haha.

Let’s check it out!

1.Kaji asal usul.
Okeh adik-adik. First sekali uols mestilah mengkaji asal-asal usul lelaki tersebut. Datang dari mana, rumah kat mana, family macam mana, keturunan apa, kerja mana. Itu semua sangat-sangat penting ok sebab kalau rasa-rasa macam tak serasi, better tak payah terima cinta si lelaki tersebutlah sebab akhirnya ia akan membawa susah ke kat diri uols. Percayalah.


2.Kaji status beliau
Yang ni paling penting sekali. Bawak-bawak la kaji si lelaki ni dah berpunya ke belum. Ye, tak semua lelaki akan mengaku dah kawin bila berhadapan dengan anak dara berdahi licin. Muda lagi tu. Auumm! So, ambik inisiatif lain untuk kaji sendiri siapa lelaki yang nak kat uols tu. Jangan jadi jenis PENYAPU. Sebab main sapu je boyfren orang ke, ape ke. Ada otak ke tak? Fikir sendiri mana yang baik atau mana yang buruk. Sekarang dunia kita dah maju. Tak susah kalau nak stalk siapa-siapa pun. Faham? *Apehal tiba-tiba garang ni? Lantaklah.


3.Life style.
Sila tengok cara hidup dia. Kalau dah tahu uols tu anak datuk ke, anak raja ke, tak payah la sibuk-sibuk nak bercinta dengan orang-orang kebanyakan. Menyusahkan lagi ada. Lainlah kalau family uols tak kisah dengan perbezaan cara hidup uols dengan cara hidup si lelaki tu. Dan kalau boleh carilah yang sekufu. Maksudnya sama-sama darjat. Sepadan. Atau maksud lain, cari yang tak jauh sangat perbezaan dengan uols.


4.Kenal hati budi.
Sila kenali hati budi lelaki tu dulu ye. Again, janganlah jadi PENYAPU sangat. Yang stok-stok boyfren orang pon ko nak sapu. Betol? Dan kalau boleh yang jenis tak boleh buat laki pon ko boleh nak sapu. Relax la. Jangan desperate sangat nak berLAKI. If not, buruk padahnya. Even uols tak lawa macam mana pun, slow-slow la beb. Bawak bertenang. Kalau betul si lelaki tu nak kat uols, dia akan tunggu even beribu tahun pon.


5.Jangan terlalu cepat buat keputusan.
Okeh yang ni ditujukan kepada perempuan jenis-jenis PENYAPU tadi. Lagi sekali shaye bilang, jangan gelabah sangat bila si lelaki menyatakan hasrat cinta dia. Belom tentu betol pon dia nak buat uols jadi BINI. Entah-entah nak buat stok geli-geli kan. Ke nak buat gundik ke, kita sendiri pun tak sure. So, bagi masa bagi ruang kat diri sendiri untuk berfikir sedalam-dalamnya.


6.Jangan Cepat Perasan.
Baru cakap “I suka You lah!”, dah menggeletik-letik dibuatnya. Pergh. Relax la. Sometimes si lelaki saja je nak menguji. Diorang saja je nak tengok kita ni jenis macam mana. Babe, jual mahal la sket. Dah la jenis PENYAPU, murah pulak tu. Takkan uols nak jadi macam tu kan? Kan?


7.Jangan follow the rules “Cinta Itu Buta”
Okeh, memang cinta tu buta. Tapi ingat! Janganla buta sangat sampai tangan duduk meraba-raba dalam gelap. Kalau betul si lelaki tu nak kat uols, dia takkan buat benda-benda macam tu kat uols. Dan jangan biar dia menindas uols. So, jagalah diri anda sebelum terlambat. Faham adik-adik? Yelah, mana tahu dengan cara tu si lelaki boleh buat uols lekat dengan dia je. Mana tahu kan?


8.Hari-hari Ujian.
Jangan bagi muka sangat kat si lelaki ni. Sebab lama-lama dia akan pijak kita balik. Even betapa garangnya kita, betapa tegasnya kita kat dia, dia akan lupa semua tu bila nampak perempuan cantik. Melainkan dia betul cinta dan nakkan uols. So, uols kena sentiasa menguji beliau untuk pastikan dia nak kat uols betul-betul atau sekadar nak buat uols jadi perempuan simpanan je. Faham?


9.Berdoa.
Okeh, bila uols dah rasa dia orang yang betul untuk uols sila berdoa kepada Allah supaya Allah berikan petunjuk. Petunjuk yang dialah orangnya. Uols boleh buat solat istikharah sekali kalau nak. Insyaallah dikabulkan. Dan jangan lupa ucapkan rasa syukur sekali ya.


10.Berpada-pada.
Bila dah bercinta, berpada-pada dengan setiap perkara. Jangan over sangat. Jangan suka sangat sebab ujian sentiasa datang dan pergi. Sometimes uols akan rasa happy sangat, dan bila ujian tu datang uols akan rasa sedih sangat. So, berpada-pada apabila bercinta supaya kita tak tunduk pada cinta semata-mata. Tapi kita mesti tunduk pada Allah semata-mata.


Okeh itu saja tips hari ni. Diingatkan takde kena-mengena dengan sesiapa. Sorry if certain word tu agak kurang sopan, tapi nak bagi uols faham. Itu aja! Semoga tips ini memberi kebaikan kepada uols!



Rambut pendek? Oh!

Hurt Quote


Day 10 – A photo of your favourite place to eat

Salam semua. Sehat? Dah makan dah? Hope korang semua dah makan. Actually shaye nak promote makan kat korang ni. Hehe. Okeh, shaye nak promote dua tempat makan yang shaye suka kat Batu Pahat yang indah ni. Actually takdelah special sangat tapi for me itu je lah tempat yang besh kot nak pegi makan. Yang lain besh jugak tapi biasa-biasa je.

Tempat yang pertama.


Senggarang, Batu Pahat

Haaaaaaa! Buat yang suka makan kerang tu bolehlah datang Batu Pahat, Johor singgah ke Senggarang. Korang boleh makan kerang goreng dengan sepuasnya. Tempatnya terletak kat tepi pantai. Syiokkk gile kalau pegi sana makan Kerang. Sebab kerang dia terbaik oh!

Tempat yang kedua.



Restoran MK

Aloohhhh! Sorry lah uols shaye takde gambar kedai penuh la. Gambar shaye kat kedai tu aje yang ada untuk tatapan korang. Restoran MK ni shaye tak pasti sebenarnya ada kat Batu Pahat je kea tau kat tempat lain pon ade. Alooohhh! Kalau korang datang sini, singgah je la. Tempat macam makan mahal tapi harga dia standard je. Masakan dia not bad, okeh la kan. Yang besh nye ada orang nyanyi-nyanyi kot. Bujang lagi you. Hahahahahaha! Cukop-cukop. Kang ada orang yang marah. Pedulik?


Okeh, itu saja yop!

Tuesday, November 23

Jualan hebat !

Broken heart to sale.
Agak-agak ada orang nak beli tak?

Day 9 – A photo of the item you last purchased

Salam semua. Entri memang pendek-pendek kan? Takpelah yang penting, I’m always updated even ini semua entri auto-published saja. Shaye sibuk lah kena study kuat-kuat. Taknak fikir apa-apa selain study. *Boleh ke? Dah-dah tak payah cter panjang-panjang meh tengok ape benda last yang shaye beli?



Tadaaaaaaaaaaaaaaaaa!


Shaye belikan buku untuk Mimi belajar. Ini sempena birthday dia hari tu. Sweet kan dia? Alhamdulilah, dia suka belajar dan cepat ingat. Mimi adalah buah hati shaye sekarang. Korang ada Mimi?

Cett!

Monday, November 22

Feeling Habes Mari !



Cuba Untuk mengerti by Dato' Siti Nurhaliza

Oh…oh…oh..
Bukankah Semestinya
Cinta Yang Bisa Membuat Bahagia
Namun Kau Yang Tak Pernah Mahu Mengerti
Ertinya Cinta…

Tak Habis Ku Berfikir
Sampai Bila Begini, Ku Menanti
Rasakan Indahnya Cinta…

(Chorus)
Ku Cuba Selalu Untuk Mengerti
Tapi Tak Mampu Bertahan Lagi
Akanku Jalani Hidup
Mengabdi Cinta Yang Pantas Untukku

Ikatan Cinta Sudah Berakhir
Buah Hati kan Menjadi Saksi
Hanya Waktu Menemani
Biar Kenangan Tersimpan Dihati

Oh…oh…oh…

Mengapa Pertengkaran Selalu Ada Antara Kita
Dan Begitu Mudahnya Kau Ucap Kata Ingin Berpisah
Seharusnya Kau Tahu, Takkan Semudah Itu
Bila Memang Kau Tulus Mencintaiku…

Propaganda Kehidupan.

Salam semua. Sorry sebab shaye takkan dapat updated belog buat sementara waktu. First maklumlah shaye nak exam kan, kena concentrate sket. Eceh! Actually sebab takde Internet kat rumah. Benchi. Merajuk dah. So, shaye taip siap-siap kat rumah pastu pegi cybercafé dan buat auto-published. So, takde la korang sunyi kan tanpa shaye? Hehe.

Actually I’m not in a good mood. Kondisi tak stabil. Biasalah hormon tak betol. Berbalik kepada tajuk, saja je pun buat tajuk ala-ala tajuk lagu. Yap, kita takkan terlepas daripada propaganda kehidupan. Akan ada pelbagai ragam, suka, duka. Betul cakap orang kan, kadang-kadang kita akan berada di atas, kadang-kadang kita akan berada di bawah. Kadang-kadang kita akan rasa kita dah cukup bagos, dan kadang-kadang jugak kita akan rasa yang kita ni sangat lemah.

Everybody is not perfect. Setiap orang akan ada kelebihan dan kekurangannya. Itu lumrah alam. Jadi, kita tak layak untuk menghukum seseorang itu berasaskan kelemahannya. Kita tak boleh senang-senang nak judge orang dengan sebelah mata saja.Dan ia juga bukanlah satu peluang cepumas yang diberi untuk memijak kepala atau menindas orang yang lemah.

Seperti shaye, juga ada kelemahannya. Yap, maybe shaye terlalu banyak kekurangannya. Dan shaye tidak bisa menjadikan diri ini sesempurna mungkin. Dan shaye juga tidak mengharapkan seseorang itu menjadi sesempurna yang mungkin kerna shaye juga tahu yang setiap orang akan ada kelebihan dan kekurangannya. Siapa tahu, disebalik kekurangan seseorang itu tersembunyi kelebihan yang kita tak sedari.

Namun, jika ini sudah takdirnya. Shaye terima dengan redha. Shaye akan mengikut arus kehidupan yang penuh liku-liku kesusahan yang perlu shaye tempuh sendirian. Bergantung terhadap orang lain akan buat shaye jadi lemah, lemah dan lemah. Mungkin dengan ujian yang diberikan ini akan mendekatkan diri shaye dengan Allah. Atau mungkin sebaliknya. Mintak dijauhkan. Jadi shaye pohon support uols untuk bagi semangat kepada shaye untuk meneruskan kehidupan yang…….hmmm..


Tak perlu kata apa-apa. Senyumlah wahai Sayang.

Day 8 – A song to match your mood

Salam semua. Sorry la lama tak sambung game ni. Hehe. Okeh dipendekkan cerita, tajuk hari ni ialah lagu yang padan dengan mood shaye. Haiyoooh… ! Macam sama je dengan tajuk yang lepas-lepas? Takpelah kan. Okeh lagu yang shaye rasa padan dengan mood shaye sekarang? Tadaaaaaaaaaaaaa!


Lagu Patah hati.

I love this song. Actually shaye memang suka dengar lagu-lagu asli. Sebab apa tau, sebab kita tak payah sibuk-sibuk nak stress feeling-feeling lagu sedih. Okeh ini rahsia. Hidup shaye penuh dengan lagu. Shaye menulis belog dengan mendengar lagu sedih. Shaye study dengar lagu asli. Shaye sibuk dengar lagu English. Shaye happy taknak dengar lagu. Boleh?

Damn!

Sunday, November 21

Serius Untuk Dua Minggu !

Salam semua. Kembali kita lagi dalam belog cik Nemo. Hehe. Kebelakangan ni shaye kerap tulis entri pantas. Maklomlah duduk kat rumah tak berapa selesa nak tulis belog sebab orang lalu-lalang kat belakang. *toleh belakang kejap.


So, esok shaye dah nak balik dah. Bajet nak duduk rumah lama-lama sket sebab final exam start 26hb. Tapi terlupa pulak ada presentation. So kena la balik awal. Haisyoooh ! *Jangan mengeluh Nemo!


So, sepanjang shaye nak exam ni kena serius sket. Tak boleh nak ketawa lebih-lebih sangat, tak boleh nak beremosi sangat, dan yang paling penting, tak boleh bermalas-MALASAN sangat !


Taknak taip panjang-panjang sangat, doakan shaye dapat jawap exam dengan baik okeh? Bye !

Jangan nak senyum sangat la Nemo.

Friday, November 19

Celebrated !

Salam semua. Selamat malam. Penat sebenarnye ni. Actually kat rumah shaye tadi buat birthday party untuk Mimi. Apesal tak jemput? Aloohh! Buat kecik-kecik je pun. Lagipun saja je nak bagi Mimi tu rasa macam mana celebrated birthday dia. Hehe. Maklumlah, anak kesayangan kat rumah ni kan.

Mimi sangat lawa tadi. Comel. Dah dua tahun ni, dia dah pandai melawa. Dah pandai pilih-pilih baju. Dah boleh nak ikat-ikat rambut dengan pakai scarf. Tapi perangai yang dia tak boleh ubah lagi ialah, bergadoh dengan budak kecik yang lain. Haisyyoooh !


Tadi semuanya berjalan lancar even shaye kelam kabot nak masak semua sebab Mama dengan Abah pegi klinik. Haisyyooh ! Dengan nak masaknye, dengan Mimi banyak halnye, faham-faham je lah. Incik beli belon banyak gila. Apa dia nak terbangkan rumah ni ape? hihi.


Penat dan ngantok oh. Layan gambar je lah ye. Pastu boleh layan video.





Acara potong kek. Mimi blur sebab semua orang suruh dia tiop lilin. Haha. Chumel kan ?

*Pstttttt, video ni memang kecoh sket. Layan je lah. Haha.Nak tengok gambar birthday banyak lagi boleh tengok kat Facebook ye.

Thursday, November 18

Contest Menambat Hati Mamat Hijau

Salam semua. Sehat? Eceh ! Okeh hari ni shaye nak join satu contest yang di buat oleh sorang blogger ni. Nak tahu siapa ? Mamat hijau ni. Nak tengok belog mamat hijau? Sila klik SINI. Dan korang akan dihidangkan dengan warna kehijauan dalam belog beliau. Hehe.


Apa sebab shaye join contest beliau? Mamat hijau ni memang rajin komen dalam belog shaye. Dia rajin buat belogwalking. So, mana-mana pegi mesti jumpa belog dia balik punye. Dan beliau juga salah sorang follower shaye.


See? Jadi, sebagai tanda terima kasih shaye kepada beliau, shaye support beliau dengan join contest beliau disamping masuk contest. Mane la tahu dapat menambat hati Mamat Hijau ni. Opppsss! Untuk contest ye. Jangan fikir lain. Hohoh!

Okeh, let's review him!

Seperti yang shaye dah review, beliau ada dua belog. Tak sure la kalau beliau ada belog lain. Yang shaye tahu beliau ada satu belog rasmi beliau, satu lagi khas untuk gambar-gambar.


Belog rasmi Mamat Hijau




Nampak tak apa yang kelainannya template belog-belog beliau ni? Hijau kan? Kalau takde pokok, tumbuh-tumbuhan memanglah tak sah kot. Pada shaye beliau memang bersifat sayangkan alam sekitar dan tumbuh-tumbuhan. Bagos mamat ni.

Penulisan beliau, memang simple gila. Entri beliau kebanyakannya ringkas, padat dan tepat. Entri-entri beliau juga pelbagai. Senang nak baca. Baca pon tak payah lama-lama, tak payah kerot-kerot nak paham sebab memang simple but go through dengan isi yang nak disampaikan. Dats why la follower dia dah cecah 7++ dah. Clap clap clap !

Acara puji-pujian sudah habis, jum kita kutuk pulak. Oppss, bukan kutuk ye bro. Nak bagi sedikit komen. Hehe. Belog kamu overall dah okeh, nice but terlalu simple. Bukan apa, first impression itu penting. Kalau boleh letak la bloglist ke, link-link yang menarik ke kat tepi-tepi tu. Tu je, yang lain dah ok dah. Hehe.

Oppps, apehal macam terlebih je. Mamat Hijau ni suruh review sket-sket je tapi shaye buat entri cecah kaki pulak. For me, simple la ni. Its okeh kan? Asalkan ikhlas dari hati. Hehe. Okeh kepada yang tak kenal lagi siapa Mamat Hijau ni, boleh pegi baca belog dia. Siapa yang nak join contest ni, boleh klik SINI.

Beloglist Terhebat!

Salam semua. Selamat tengah malam dan Selamat Hari Raya EidulAdha. Banyak dapat daging korban ? Hehe. Okeh, malam-malam macam ni takde ape nak updated. Nak story pasal raya siang tadi pon takde apa kot yang besh. Biasa-biasa je. Takde sedara-mara yang datang pon. Buring gila.

Okeh, sekarang ni shaye tengah rajin. Shaye nak updated bloglist shaye yang kat tepi tu. Bukan apa, bila shaye buat blogwalking, blog-blog yang wajib disinggah memang shaye terus klik kat bloglist je. Senang. Lagipon pada shaye shaye belog-belog yang shaye dah list kan kat tepi tu memang belog yang hebat bombastik punyeeee... !

Siapa yang nak masuk dalam beloglist?!!!

So, di sini siapa-siapa yang rasa belog dia takde dalam senarai boleh comment kat bawah ni okeh? I will put your belog in my bloglist. Cepat sebelum mood malas shaye menjelma !

Tuesday, November 16

Tutorial: Curly kan Rambut Tanpa Guna Kepanasan (Inspired By Michelle Phan)

Salam semua. Selamat petang. Haha. Takde kerja kan? Actually lama dah nak try benda ni. So, bila dah ada kat rumah bolehlah buat tanpa melihat orang senyum-senyum kat kita sebab dorang ingat kita gila. Hehe.

Saja pun nak try. Orang kata kalau kita selalu buat rambut, rambut kita akan cepat rosak. So, ni ada inisiatif lain kepada penggemar rambut curly atau nama lainnya ialah kerinting. Hehe. Jum tengok tutorial di bawah daripada Michelle Phan. She's beautiful and adorable. I loikeeeeeee. Hampir semua tutorial dia shaye dah tengok. Dah-dah, jum layan.

Takkan tengok je? Jum la try !

Pastikan takde orang kata anda gila. Hehe.

dan hasilnya.

Tadaaaaaaaaaaaa!

Tiba-tiba rasa rambut kerinting tak besh. Boleh?

Sunday, November 14

Day 7 – Your dream wedding

Salam semua. Okeh hari ni ialah hari ke tujuh. Kunon la kan * Anggap je hari ke tujuh. Topik hari ni macam besh je kan? My dream wedding. Opppss! Seronok berangan ni. Eceh! Tak dinafikan setiap orang pasti ada dream wedding masing-masing kan? Ada yang angan-angan nak buat secara sederhana, ada yang nak buat simple gile, ada jugak nak yang besar-besaran. Pergh!


Shaye bila nak kawen? Relax la uols. Banyak lagi yang shaye nak capai. *Kesian incik ko tu menunggu Nemo oi. Takpe-takpe, sabar ye. Berbalik kepada tajuk kita, korang rasa-rasa shaye nak buat wedding yang macam mana?


Okeh, let’s berangan!
Pejam mata rapat-rapat..........dan..

Tak guna. Tido ko ye.

Friday, November 12

Day 6 – A photo of animal you’d love to keep as a pet

Salam semua. Sabar je la kan. Dah berapa lama cik Nemo tak updated. Huhu. Sorry uols, nak updated, dah tulis tapi tak boleh nak online sebab Streamyx tak sambung-sambung lagi. Tapi shaye tetap tulis siap-siap. Bila dah sambung nanti jangan risau, cepat-cepat shaye published semua sekali. Hambik uols kena baca secara pukal. Hehe.


Okeh, cukup-cukup bagi intro. Berbalik kepada topik hari ni, haiwan apa yang akan shaye jaga sebagai haiwan peliharaan. Actually baru-baru ni la jugak, shaye ada bela beberapa ekor rabbit. Kejap-kejap, shayeke yang bela? Haha. Tapi memang semua chumel-chumel belaka. Incik belikan untuk Syamimi. Mimi memang suka gila. Okeh, jum tengok kechumelan mereka !

Betapa happynya si kecil ni. Shaye juge! *Sibuk.

Chumel kan? Shaye tak pasti apa nama dorang ni. Now incik yang amek alih jaga anak-anak. Oppps, anak-anak arnab ye.

Main gelongsor la kunon.

Arnab pakai eyeliner. Sweet kan?

Anak-anak! Siapa nak kangkong sila panjat!

Jangan berebut anak-anak!

Nak membela haiwan ni bukan senang ye kawan-kawan. Lagi-lagi bela arnab. Fuh! Tempat mainan mesti ada. *Kalau rumah tak berapa nak lapang untuk lepaskan dia.

Makanan kena sentiasa cukop. *kena korbankan wang sket.

Air lagi la sangat penting.

Tapi satu je yang shaye suka. Betapa happy nya budak kecik ni. Bangon tidur confirm dia cari arnab dia kat luar. Tapi sekarang sebab incik dah amek alih jage arnab kat rumah dia, Syamimi agak sunyi. Tapi tidak lagi! Sebab, incik dah gantikan arnab Mimi dengan anak patung arnab yang sama macam arnab sebenar. Hehe.


Huiiiiit! Tak paham soalan ke? Haha. Relax uols. Okeh-okeh soalan tanya haiwan apa yang akan shaye jaga sebagai haiwan peliharaan kan? So, jawapan shaye ialah…………ikan!

Sebab jage arnab sangat susah wooooo!

Lazada Philippines