Tuesday, November 2

Day 2 — Your favorite movie

Salam semua. Dah tido ke? Cepatnye la. Hehe. Bukan apa, ni dah masuk hari kedua cabaran berbelog tu. Buat masa ni, semua entri 30 Days Challenge of Blogging! akan keluar pada jam 12 am ke atas setiap hari. Rajin-rajin kalau tak tido lagi tu boleh baca. Jangan segan-segan. Eceh!


Back to our topic today, what is my favourite movie? Kalaulah korang nak tahu shaye ni nampak je muda berkrim. *Ayat tak boleh blah. Actually shaye suka tengok cerita-cerita lama. Orang lama la kunon kan. Okeh, favourite movie shaye ialah Tiga Abdul. Jangan peliklah cerita jenis apa. Itu cerita P.Ramlee lah. Hehe.





Sebab shaye suka tonton Tiga Abdul ialah :

1. Penuh dengan pengajaran. Banyak contoh teladan yang kita boleh ikot.
2. Lakonan mantap Allahyarham Ahmad Nisfu. Takkan lupa semua dialog beliau dalam cerita tu.
3. Cerita yang tak payah fikir banyak, just gelak je.
4. Shaye sukakan cerita yang kelakar, dan yang boleh hilangkan stress.
5. Ayat-ayat dalam cerita tu semuanya besh !
6. Lagu theme dia, semat ah! Sukeeee!





Ha, siapa yang tak pernah tengok cerita Tiga Abdul, korang memang patut tengok. Nak tengok kat mana? Shaye ada VCD Tiga Abdul. Tapi agak-agak la kan nak pinjam kat shaye. Haha. Korang tengok kat You Tube je lah. Sama je pong !


Sinopsis :

KISAH berlaku di Isketambola. Ahli perniagaan yang hartawan, Ismet Ulam Raja, mempunyai tiga anak lelaki – Abdul Wahab, busuk hatinya. Abdul Wahib, tamakkan harta. Abdul Wahub, yang bijaksana. Ahli perniagaan hampir bankrap, Sadiq Segaraga, mempunyai tiga anak perempuan yang jelita – Hamidah, Rafidah dan Ghasidah.

Ismet Ulam Raja, yang mempunyai harta berkoyan-koyan di dalam Isketambola tiada tandingan, mengidap penyakit orang kaya-kaya – lemah jantung ("heart attack"). Abdul Wahab sukakan binatang hingga dia membuka kedai menjual burung. Abdul Wahib sangat gemar mengukir dan dibukanya kedai ukir. Abdul Wahub pula cintakan muzik, kedai muzik jadi pilihannya.

Pada suatu hari Ismet Ulam Raja mengadakan majlis Selamat Puja Umur (Selamat Hari Jadi) yang ke-71 dan ramai tetamu yang diundang termasuklah Sadiq Segaraga beserta tiga anak perempuannya. Mereka diperkenalkan dengan anak-anak Ismet Ulam Raja. Hamidah dengan Abdul Wahab. Rafidah dengan Abdul Wahib. Perkenalan mereka nampaknya begitu mesra sekali. Tetapi pertemuan antara Ghasidah dengan Abdul Wahub berlainan sekali dimana mereka memperlihatkan ego masing-masing – jual mahal.

Dalam upacara menyanyi lagu Puja Umur dan ketika mahu memotong kek Hari Jadi, Ismet Ulam Raja tiba-tiba diserang penyakit jantung. Semasa dirawat, Dr. Zain meminta dipujuk Ismet Ulam Raja supaya pergi ke hospital mendapatkan rawatan lebih baik yang mana ini sangat sukar dilaksanakan kerana Ismet Ulam Raja memang tidak mahu mendapatkan rawatan di hospital.

Bagaimanapun, Abdul Wahub cuba juga memujuknya. Dalam pada itu, belum pun Ismet Ulam Raja meninggal dunia, Abdul Wahab dan Abdul Wahib sudah mengira-gira harta Ismet Ulam Raja yang bakal diwarisi dan ini menyebabkan Abdul Wahub naik berang.

Begitupun juga, Ismet Ulam Raja menyatakan kalau dia meninggal dunia segala harta akan diserahkan kepada Abdul Wahab kerana sifatnya anak yang tua dan terpulanglah kepadanya untuk mengagih-agihkan harta-harta tersebut kepada Abdul Wahib dan Abdul Wahub.

Kerana sayangkan ayahandanya, Abdul Wahub terus memujuk Ismet Ulam Raja supaya mahu pergi ke hospital untuk rawatan. Ini di bantah oleh Abdul Wahab dan Abdul Wahib yang mana pertengkaran hebar berlaku hinggakan Ismet Ulam Raja naik berang menyebabkan penyakit jantungnya menyerang lebih teruk lagi. Akibatnya Ismet Ulam Raja meninggal dunia.

Oleh kerana kematian Ismet Ulam Raja itu dianggap Abdul Wahab dan Abdul Wahib berpunca daripada perbuatan Abdul Wahub yang beria-ia benar mahu membawa ayahandanya ke hospital disamping semasa menghembus nafasnya yang terakhir tidak menyebut langsung nama Abdul Wahub dan menuduhnya sebagai anak derhaka, Abdul Wahub hanya menerima sebuah rumah (yang sedang mereka diami) yang bakal runtuh dua atau tiga tahun lagi.

Sedangkan Abdul Wahab mendapat harta bernilai 5,000,000 paun sterling dan Abdul Wahib pula sebanyak 4,500,000 paun sterling. Abdul Wahub menolak pemberian rumah tersebut dan menyerahkannya kepada Khadam untuk menjaganya, dan sebelum keluar daripada rumah tersebut Abdul Wahub berkata, dia tidak mahu satu sen pun tetapi ingat, katanya: "Mulai hari ini, kita bertiga putus saudara". Dan berjanji akan pulang: "Pulang membawa kemenangan gemilang".

Di kedai barang-barang purba ("antiq") kepunyaan Sadiq Segaraga, Sadiq Segaraga susah hati kerana perniagaannya semakin lama semakin merosot dan dia menjemput penasihatnya (Kassim Patalon) untuk mendapatkan nasihat. Kassim Patalon memberi cadangan supaya Sadiq Segaraga kahwinkan saja anak-anaknya dengan anak-anak Ismet Ulam Raja yang baru saja mewarisi harta yang banyak. Ini sangat dipersetujui oleh Sadiq Segaraga.

Hamidah, Rafidah dan Ghasidah diperintahkan oleh Sadiq Segaraga supaya berusaha memikat Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Abdul Wahub. Bagi Hamidah dan Rafidah tidak sukar memikat Abdul Wahab dan Abdul Wahib, tetapi Ghasidah menemui jalan sukar menghadapi Abdul Wahub malah dia dipersendakan oleh Abdul Wahub hingga memalukannya. Justeru itu, hanya Abdul Wahab dan Abdul Wahib saja yang datang bertemu Sadiq Segaraga untuk meminang Hamidah dan Rafidah.

Sadiq Segaraga bersetuju peminangan tersebut tetapi dengan syarat iaitu Abdul Wahab dan Abdul Wahib tidak boleh marah dengan apa saja yang dilakukannya terhadap mereka. Kalau marah, semua harta mereka akan dirampas dan mereka juga akan dijual sebagai hamba. Setelah berunding sesama sendiri, Abdul Wahab dan Abdul Wahib (dengan muslihat bodoh mereka) bersetuju dan surat perjanjian pun ditandatangani.

Setelah Abdul Wahab – Hamidah dan Abdul Wahib – Rafidah dikahwinkan, Sadiq Segaraga dengan nasihat Kassim Patalon membuat rancangan macam mana Abdul Wahab dan Abdul Wahib boleh marah. Oleh kerana sudah tidak tertahan lagi dengan karenh Sadiq Segaraga, kedua adik beradik itu benar-benar marah. Kerana itu sudah melanggar syarat perjanjian, semua harta Abdul Wahab dan Abdul Wahib dirampas dan mereka pula dijual sebagai hamba di pasar harian.

Pada suatu malam, Abdul Wahub bermimpi bertemu dengan ayahandanya, Ismet Ulam Raja, dan meminta dia membela abang-abangnya dengan cara memperisterikan Ghasidah. Allahyarham juga menyuruh Abdul Wahub pergi bertemu dengan Peguam Bela, Suleiman Akhlaken. Dalam pertemuan itu Abdul Wahub diberitahu yang ayahandanya telah meninggalkan sebahagian hartanya yang ada di luar negara bernilai 15,000,000 paun sterling.

Dengan dokumen-dokumen harta yang dipinjamkan oleh Suleiman Akhlaken kepadanya, Abdul Wahub datang berjumpa Sadiq Segaraga dengan tujuan meminang Ghasidah sebagai satu cara mengajar Sadiq Segaraga serta Kassim Patalon disamping membela abang-abangnya yang telah mereka tipu.

Sejurus selepas Abdul Wahub – Ghasidah dikahwinkan, Sadiq Segaraga dan Kassim Patalon pun menjalankan rancangan supaya Abdul Wahub boleh marah bagi membolehkan harta Abdul Wahub dirampas dan menjualnya di pasar harian. Tetapi malangnya, apa juga rancangan yang dibuat Abdul Wahub tidak juga marah. Sebaliknya, perbuatan Abdul Wahub pula yang membuatkan Sadiq Segaraga marah.

Dengan kemarahan yang tidak terhingga, Sadiq Segaraga, Kassim Patalon, Hamidah dan Rafidah dijual manakala harta-hartanya dirampas oleh Abdul Wahub. Setelah selesai masalah dengan Sadiq Segaraga, Abdul Wahub pergi pula menebus Abdul Wahab dan Abdul Wahib daripada Saudagar Unta dari Cairo (Hussain Lempoyang) dengan harganya 4,000 paun sterling. Sesudah itu, dia pergi pula menebus Sadiq Segaraga, Hamidah dan Rafidah. Tetapi Abdul Wahub enggan menebus Kassim Patalon.

Abdul Wahub kemudian membuat perhitungan. Abdul Wahab di jodohkannya semula dengan Hamidah. Begitu juga antara Abdul Wahid dengan Rafidah. Harta-harta yang dirampasnya dibagi-baginya sama rata antara dirinya, Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Sadiq Segaraga di samping dia membebaskan Abdul Wahab, Abdul Wahib, Sadiq Segaraga, Hamidah dan Rafidah daripada menjadi hamba.

Sumber : Sinema Malaysia



Klik SINI untuk menonton kesemua part dalam cerita Tiga Abdul.


3 comments:

iBu aDaM aLiShA said...

waa best2 aku pun suke cite p.ramlee gak...
x jemu tgk...:)

nurain said...

tah kenape aku xpnh tgk cite p.rmlee smpi abes tau .. mst sekeret2 je :(

♡ Sutera Kasih ♡ said...

hehe..ni pon best jugakk..tp pebret bujang lapok hihi

Lazada Philippines