Wednesday, November 3

Day 3 - Your Idea of the Perfect First Date

Salam semua. Ok, hari ni hari ketiga. Nampaknya, shaye dah semakin rajin updated belog. Eceh! Seperti yang shaye janjikan, entri 30 days challenge of blogging! akan keluar tepat jam 12 am ke atas setiap hari. Begitu juga dengan hari ini. Ok, topik kita hari ni ialah, Idea untuk Janji Temu Pertama yang Sempurna !


Sebenarnya, shaye ada buat tips pasal ini sebelum ini. Ada beberapa idea atau tips jenis tempat yang korang patot pergi untuk dating. Ada sepuluh idea kesemuanya. Eceh! *Even ada yang shaye belom pergi. Dan shaye rasa mana-mana pasangan kekasih sure happy bila pergi tempat-tempat tersebut. Kalau nak baca, boleh klik SINI.


Takkan shaye nak lepas tangan je kan sebab topik yang diberi shaye dah pernah buat? Tak adil la kan bagi entri basi? Be cool. Disebabkan shaye seorang perempuan, ini tips untuk lelaki. Di sini shaye nak bagi sket tips mengenai syarat-syarat yang harus uols ikot untuk dapatkan the perfect first date ! Teruja tak nak tahu? Ececeh!


Syarat Untuk Mendapatkan Janji Temu Pertama yang Sempurna.


Menghabiskan sedikit wang yang mungkin.
Pelik tak? Pelik tak? Haha. Ye, majoriti perempuan memanglah mata duitan. Opppss, bukan-bukan. Maksud shaye memandang kebendaan. *Sama kot. Tapi untuk first date, tak payah la si lelaki ni sibuk-sibuk nak berbelanja besar. Yelah, kata pon first date kan, itu adalah proses mengenali antara satu sama lain. Si perempuan takkan pandang wang ringgit pada mula uols berjumpa. Yang dipandang ialah hati si lelaki tersebut. *Yelah duit banyak-banyak jap lagi di bawaknye tempat yang pelik-pelik naye je.


Never Take Her Out For Dinner.
Okeh, yang ni pon pelik jugak. Tak payah susah payah nak ajak si perempuan keluar makan malam. Ingat ini untuk first date ye. Bukan selamanya. Haha. Sebabnya bila si lelaki mengajak si perempuan keluar untuk makan malam, ianya berbau serius. Maksudnya di sini, si perempuan tersebut akan menganggap si lelaki tersebut begitu serius untuk mengenalinya. Dan di sini ia akan bagi sket tekanan kat perempuan tersebut sebab baru nak kenal-kenal je kot. Jangan serius sangat. So, better bawak tempat-tempat yang uols boleh buat aktiviti bersama. Chopp! Aktiviti sehat saja ye.


Mengurangkan Tekanan Untuk Ajak Dating
Maksudnya di sini ialah, jangan paksa-paksa untuk ajak dating. Ayat tu penting. Takpun gunakan trick baik punya kalau nak sangat ajak keluar. Contohnya, "Eh, petang esok U free? Kita pegi minum petang ye?". See? Lainlah kalau uols cakap macam ni, "Petang esok U free, jom dating berdua-duaan! Bolehlah, bolehlah...Pleaseeeeeeee! ". Confirm si perempuan tak berapa senang dengan pelawaan uols tu.


Bawa si dia ke tempat yang sunyi dan selesa.
Yang ni uols jangan fikir yang bukan-bukan ye. Maksud shaye di sini ialah tak payah la bawak si dia tempat-tempat yang bising. Contoh macam pegi konsert ke, ape ke. Bawak si dia satu tempat yang tenang. Pegi minum-minum ke, tepi pantai ke. Uols belom kenal sepenuhnya kan? So itulah masa uols nak berborak dan kenal antara satu sama lain.


Don’t Try to Make the Date Extra Exciting.
Agak-agak la kan. Jangan megah sangat. Jangan teruja sangat. Relaks-relaks sudah. Even si dia sangatlah sporting dan hebat gile, jangan pulak uols ajak dia pergi masuk hutan ke, main jet ski ke, main payung terjun ke, gila ape? Hahaha.


Ingat, first date adalah hari permulaan di mana uols akan berkenal-kenal antara satu sama lain. So, bawa la si dia ke tempat yang lebih selesa, tenang, di mana uols boleh berborak sambil mencari keserasian antara satu sama lain. So, be cool and at the same time be gentlemen. Ingat, kalau si dia setuju untuk date lagi dengan uols buat kali seterusnya, itu bermakna si dia sudah mula tertarik dengan uols. Itu saja tips hari ni. Good luck!


Pertemuan pertama bakal membawa ke pertemuan seterusnya.

4 comments:

iBu aDaM aLiShA said...

waaa tips yg menarik...
bagus2...
leh gune...
hahahah~~~~
x ingat laa fisrt date saye...

nurain said...

first date aku suke si lelaki bg aku bunga .. next date p0n same ! *h0pe badak bace la ni ye* hahahah ! politik sgt kannn ? :)

Anna Boleyn said...

comel je cik nemo dengan incek muaz.. :)

♡ Sutera Kasih ♡ said...

pewittt..bleh pinjam tips ni nk bg pakwe sy baca hahaha :P

Lazada Philippines