Monday, November 22

Propaganda Kehidupan.

Salam semua. Sorry sebab shaye takkan dapat updated belog buat sementara waktu. First maklumlah shaye nak exam kan, kena concentrate sket. Eceh! Actually sebab takde Internet kat rumah. Benchi. Merajuk dah. So, shaye taip siap-siap kat rumah pastu pegi cybercafé dan buat auto-published. So, takde la korang sunyi kan tanpa shaye? Hehe.

Actually I’m not in a good mood. Kondisi tak stabil. Biasalah hormon tak betol. Berbalik kepada tajuk, saja je pun buat tajuk ala-ala tajuk lagu. Yap, kita takkan terlepas daripada propaganda kehidupan. Akan ada pelbagai ragam, suka, duka. Betul cakap orang kan, kadang-kadang kita akan berada di atas, kadang-kadang kita akan berada di bawah. Kadang-kadang kita akan rasa kita dah cukup bagos, dan kadang-kadang jugak kita akan rasa yang kita ni sangat lemah.

Everybody is not perfect. Setiap orang akan ada kelebihan dan kekurangannya. Itu lumrah alam. Jadi, kita tak layak untuk menghukum seseorang itu berasaskan kelemahannya. Kita tak boleh senang-senang nak judge orang dengan sebelah mata saja.Dan ia juga bukanlah satu peluang cepumas yang diberi untuk memijak kepala atau menindas orang yang lemah.

Seperti shaye, juga ada kelemahannya. Yap, maybe shaye terlalu banyak kekurangannya. Dan shaye tidak bisa menjadikan diri ini sesempurna mungkin. Dan shaye juga tidak mengharapkan seseorang itu menjadi sesempurna yang mungkin kerna shaye juga tahu yang setiap orang akan ada kelebihan dan kekurangannya. Siapa tahu, disebalik kekurangan seseorang itu tersembunyi kelebihan yang kita tak sedari.

Namun, jika ini sudah takdirnya. Shaye terima dengan redha. Shaye akan mengikut arus kehidupan yang penuh liku-liku kesusahan yang perlu shaye tempuh sendirian. Bergantung terhadap orang lain akan buat shaye jadi lemah, lemah dan lemah. Mungkin dengan ujian yang diberikan ini akan mendekatkan diri shaye dengan Allah. Atau mungkin sebaliknya. Mintak dijauhkan. Jadi shaye pohon support uols untuk bagi semangat kepada shaye untuk meneruskan kehidupan yang…….hmmm..


Tak perlu kata apa-apa. Senyumlah wahai Sayang.

2 comments:

cik Im said...

uish~ apsal ni weh.

mu'az said...

saya masih sayangkan awak syg.

Lazada Philippines