Wednesday, November 24

Tips : 10 Tips Sebelum Si Perempuan Menerima Cinta Si Lelaki.

Salam semua. Entah kenapa tiba-tiba terkeluar idea nak buat tips ni. Sebab lama kot tak bagi tips. Hehe. Ini entry auto-published ya. Harap maklum. Actually shaye nak bagi tips sebelum si perempuan nak menerima cinta lelaki. Kita ni perempuan, jadi adik-adik…kat sini akak nak pesan sket. Berhati-hati memilih lelaki ya. Ada yang depan kita nampak muka dia tenang je, tapi di belakang…amek ko. BUAYA! Ada yang muka ganas, tapi dalam hati ada taman. Aummm! *Apehal aku mengaum pulak kan? Haha.

Let’s check it out!

1.Kaji asal usul.
Okeh adik-adik. First sekali uols mestilah mengkaji asal-asal usul lelaki tersebut. Datang dari mana, rumah kat mana, family macam mana, keturunan apa, kerja mana. Itu semua sangat-sangat penting ok sebab kalau rasa-rasa macam tak serasi, better tak payah terima cinta si lelaki tersebutlah sebab akhirnya ia akan membawa susah ke kat diri uols. Percayalah.


2.Kaji status beliau
Yang ni paling penting sekali. Bawak-bawak la kaji si lelaki ni dah berpunya ke belum. Ye, tak semua lelaki akan mengaku dah kawin bila berhadapan dengan anak dara berdahi licin. Muda lagi tu. Auumm! So, ambik inisiatif lain untuk kaji sendiri siapa lelaki yang nak kat uols tu. Jangan jadi jenis PENYAPU. Sebab main sapu je boyfren orang ke, ape ke. Ada otak ke tak? Fikir sendiri mana yang baik atau mana yang buruk. Sekarang dunia kita dah maju. Tak susah kalau nak stalk siapa-siapa pun. Faham? *Apehal tiba-tiba garang ni? Lantaklah.


3.Life style.
Sila tengok cara hidup dia. Kalau dah tahu uols tu anak datuk ke, anak raja ke, tak payah la sibuk-sibuk nak bercinta dengan orang-orang kebanyakan. Menyusahkan lagi ada. Lainlah kalau family uols tak kisah dengan perbezaan cara hidup uols dengan cara hidup si lelaki tu. Dan kalau boleh carilah yang sekufu. Maksudnya sama-sama darjat. Sepadan. Atau maksud lain, cari yang tak jauh sangat perbezaan dengan uols.


4.Kenal hati budi.
Sila kenali hati budi lelaki tu dulu ye. Again, janganlah jadi PENYAPU sangat. Yang stok-stok boyfren orang pon ko nak sapu. Betol? Dan kalau boleh yang jenis tak boleh buat laki pon ko boleh nak sapu. Relax la. Jangan desperate sangat nak berLAKI. If not, buruk padahnya. Even uols tak lawa macam mana pun, slow-slow la beb. Bawak bertenang. Kalau betul si lelaki tu nak kat uols, dia akan tunggu even beribu tahun pon.


5.Jangan terlalu cepat buat keputusan.
Okeh yang ni ditujukan kepada perempuan jenis-jenis PENYAPU tadi. Lagi sekali shaye bilang, jangan gelabah sangat bila si lelaki menyatakan hasrat cinta dia. Belom tentu betol pon dia nak buat uols jadi BINI. Entah-entah nak buat stok geli-geli kan. Ke nak buat gundik ke, kita sendiri pun tak sure. So, bagi masa bagi ruang kat diri sendiri untuk berfikir sedalam-dalamnya.


6.Jangan Cepat Perasan.
Baru cakap “I suka You lah!”, dah menggeletik-letik dibuatnya. Pergh. Relax la. Sometimes si lelaki saja je nak menguji. Diorang saja je nak tengok kita ni jenis macam mana. Babe, jual mahal la sket. Dah la jenis PENYAPU, murah pulak tu. Takkan uols nak jadi macam tu kan? Kan?


7.Jangan follow the rules “Cinta Itu Buta”
Okeh, memang cinta tu buta. Tapi ingat! Janganla buta sangat sampai tangan duduk meraba-raba dalam gelap. Kalau betul si lelaki tu nak kat uols, dia takkan buat benda-benda macam tu kat uols. Dan jangan biar dia menindas uols. So, jagalah diri anda sebelum terlambat. Faham adik-adik? Yelah, mana tahu dengan cara tu si lelaki boleh buat uols lekat dengan dia je. Mana tahu kan?


8.Hari-hari Ujian.
Jangan bagi muka sangat kat si lelaki ni. Sebab lama-lama dia akan pijak kita balik. Even betapa garangnya kita, betapa tegasnya kita kat dia, dia akan lupa semua tu bila nampak perempuan cantik. Melainkan dia betul cinta dan nakkan uols. So, uols kena sentiasa menguji beliau untuk pastikan dia nak kat uols betul-betul atau sekadar nak buat uols jadi perempuan simpanan je. Faham?


9.Berdoa.
Okeh, bila uols dah rasa dia orang yang betul untuk uols sila berdoa kepada Allah supaya Allah berikan petunjuk. Petunjuk yang dialah orangnya. Uols boleh buat solat istikharah sekali kalau nak. Insyaallah dikabulkan. Dan jangan lupa ucapkan rasa syukur sekali ya.


10.Berpada-pada.
Bila dah bercinta, berpada-pada dengan setiap perkara. Jangan over sangat. Jangan suka sangat sebab ujian sentiasa datang dan pergi. Sometimes uols akan rasa happy sangat, dan bila ujian tu datang uols akan rasa sedih sangat. So, berpada-pada apabila bercinta supaya kita tak tunduk pada cinta semata-mata. Tapi kita mesti tunduk pada Allah semata-mata.


Okeh itu saja tips hari ni. Diingatkan takde kena-mengena dengan sesiapa. Sorry if certain word tu agak kurang sopan, tapi nak bagi uols faham. Itu aja! Semoga tips ini memberi kebaikan kepada uols!



Rambut pendek? Oh!

5 comments:

selipar biru said...

yep2!!
i like this entry!

iBu aDaM aLiShA said...

gud info....:)
i lolike...

cik Nemo said...

sile ikot taw!

cik ain said...

aku jd lebih tenang after baca tips ni .. yg penting , aku tawu mane dtg words PENYAPUUUUUUUUUUU tuu ! hihihih ! who am i ? james bonb0n !! :p

Anonymous said...

wahh sangat membantu.!! :D
tolong kunjungi blog sya yg 'sederhana'
Newbie's Blog

Lazada Philippines