Wednesday, December 15

Day 18 – 5 things that irritate ME about opposite/same sex



Salam semua. Sorry sebab shaye tak berapa rajin nak update belog. Jiwa kacau sekarang. Huhu. Jadi shaye akan menruskan tanggungjawab shaye dengan meneruskan game. Bulan ni memang gila la. Tak berilmiah langsung dah belog ni jadinya. Okeh, terus kepada tajuk. 5 perkara yang menjengkelkan shaye mengenai orang yang berlainan/sama jantina.

1)Gedik
Okeh, actually shaye memang cukup tak suka tengok gurl-gurl kat luar sana yang gedik terlampau. Dengan kata lainnya ialah mnggelenyar (bahasa apekah ye?). Bukan apa, bukan tak boleh nak gedik-gedik kat bf korang ke mana-mana laki ke (sebab shaye pon kadang-kadang gedik), tapi berpada-pada la ye. Jangan over sangat sampai orang lain pon naik meluat dengan perangai korang tu. Apa kes nak menggedik? Nak tunjuk hot keh? Dan jangan ingat semua lelaki suka gurl yang gedik-gedik ayam ni. Ei, pelislah.

2)Mencarot
Yang ni pon shaye tak suka. Sket-sket carot. Bukan sayor carrot okeh. Mencarut maksud shaye. Sket-sket carot. Takde salah apa pon carot. Time marah dah confirm ko carot kan? Tapi takkan time suka pon nak carot? Haisyoooh! Tak suke oh orang macam ni. Tak elok sebab kalau budak-budak dengar dia akan terikut. So, behave sket. Hidup ni macam penuh dengan CCTV. Jangan syiok sendiri nak mencarot.

3)Bajet bagos
Tak perlu nak tunjuk bagos sangat. Bajet semua benda ko tahu. Padahal ko tahu cakap je, buatnye tak. Tak gemar oh shaye. Kalau ko tahu pasal sesuatu tu, bawak-bawak la cakap elok-elok. Ni tak, ko kutuk-kutuk kawan ko sebab bodoh lagi ada. Tak payah buat kawan la orang macam ni.

4)Buang sampah merata
Alam sekitar ni dah cukup tercemar. Pantang nenek moyang shaye kalau tengok orang yang tengah jalan-jalan, tup tup tangan sebelah jatuhkan sampah pastu buat-buat tak nampak. Omaigod? Padahal tong sampah tak sampai berapa kaki pon dari ko buang sampah tu. Takpun, bukak tingkap kereta, tup ko baling sampah keluar. Cis! Memang la kita ada tukang kutip sampah, Alam Flora semua. Tapi sampai bila nak bersih negara kita ni kalau ada orang-orang yang suka buang sampah ikot suka. Pakai smart-smart tapi tak sayang alam sekitar, terima kasih shaye reject anda awal-awal. Haha.

5)Buaya
Lelaki-lelaki gatal kat dunia ni ramainya la. Huhu. Kalau jalan kat shopping complex tu, ada la mamat-mamat yang berpeleseran ngurat-ngurat anak dara. Haisyyooh! Tak gentlemen langsung. Shuwiiit, bila perempuan tu cari ko pegi tutup muka. Ape ntah. Cukup-cukuplah buaya Bujang Senang je yang menggatal. Isyh3.

Okeh, itu saja kot. benda ni mintak 5, so shaye bagi 5 je la. Bagi lebih pon tak dapat hadiah pon. Okeh uols, see you soon!

1 comment:

kay yea said...

gedix sket2 oke kowt..hee~~

Lazada Philippines