Saturday, December 18

Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently.

Kepada Engkau, Engkau, Engkau, dan Kamu,

Firstly, thanks sebab korang dah menghentam aku sekaligus. Korang memang terbaik. Hati aku dah rabak sekarang. Aku memang tak bajet yang korang boleh buat aku macam ni. Engkau, kau buang aku macam tu je. Dan Engkau, aku tak sangka kau berdrama. Dan Engkau, mangsa keadaan, Dan kamu, ibarat lalang. Apehal korang ni? Kenapa libatkan aku dalam masalah korang?

Aku bersyukur sebab semua ni terjadi kat diri aku. Aku redha dengan setiap perbuatan korang. Aku takkan berdendam. Sebab aku tahu dendam aku takkan luak pun untuk korang. Mungkin tanpa aku, korang bahagia. Apa yang korang nampak tu syurga. Bagos. Bagos sangat. Aku doakan korang bahagia dengan jalan yang korang dah pilih.

Engkau, aku terkilan sebab kau sound aku macam tu. Engkau tak tanya aku apa yang terjadi. Engkau pentingkan diri sendiri. Engkau hanyut. Bagos. Perlu ke aku selamatkan kau? Sebab kau dah pun campak aku jauh-jauh, aku doakan kau bahagia dengan syurga yang kau cipta sendiri.

Engkau, aku tak sangka rupanya kau ada niat tak baik dibelakang aku. Baik punya kau bertopeng. Aku ingatkan kau nak mintak tolong dengan aku tapi rupanya kau berniat sesuatu. Pelislah, sedar diri tu. Kau tu siapa? Kau tak ingat keluarga kau? Kenapa kau nak kawal dia? Ikot suka kau la kan. Kalau kau rasa kau bahagia, kau boleh pergi sekarang.

Engkau, aku memang nak sangat-sangat jumpa dengan engkau. Aku tak tahu kenapa kau nak muncul dalam hidup aku. Engkau datang macam racun. Aku tak pasti samada kau tahu akan kewujudan aku dalam hidup kau. kalau tak tahu, bagoslah. Sebab luka kat hati kau takkan sama macam luka di hati aku. Tapi kalau memang dah tahu kewujudan aku dalam hidup kau, tapi kau memang sengaja hancurkan hati aku, memang kau akan kena. Aku takkan berdiam.

Kamu, aku dah penat. Kamu macam lalang. Pelislah berdiri atas hati sendiri. tak perlu sibuk-sibuk nak jaga hati orang. Kalau kamu berniat nak bahagiakan semua orang, go ahead. Tapi tolong pergi dari hidup aku. Sungguh, aku bukan bidadari syurga yang punya hati yang sangat kuat untuk melawan semua ni. Aku juga bukan Power Rangers Pink yang boleh lawan semua musuh-musuh aku. Jangan jadi pengecut. Kamu dah buat salah, jadi berhadapanlah dengan masalah itu sebetulnya. Bukan hanyut dengan kesalahan kamu tu. Lagi lama kamu simpan, lagi derita aku di sini.

Ok, itu aja. Sorry if kata-kata aku menyakitkan. Bukan niat aku mengaibkan sesiapa sebab aku yakin, siapa pun takkan faham apa yang aku tulis ni melainkan Engkau, Engkau, Engkau atau Kamu yang baca entri ni. Sorry sebab aku pon ada salahnya. Dan aku mintak maaf kat korang kalau aku sendiri tak dapat puaskan hati semua orang. Terima kasih atas segalanya. Terima kasih sebab pinjamkan aku kebahagiaan, kepercayaan, kesetiaan, dan keperitan. Aku akan ingat semua ni sampai bila-bila. Dan aku akan jadikan ni semua sebagai pengajaran.

Terima Kasih.

Yang ikhlas,
Aku Bukan Siapa-Siapa.


1 comment:

cik Im said...

anda ditag oleh saya!! hihihi~

Lazada Philippines