Thursday, December 2

Kenduri Kesyukuran

Salam semua. Syukur alhamdulilah dengan kudrat yang diberikan, shaye dah pun habis menjawab final exam dengan tenang. Even ada certain soalan shaye memang tak dapat jawab, tapi shaye bersyukur yang shaye tak mati kutu kat situ. Sekurang-kurangnya, 5 paper shaye amek, dan 5 paper tersebut takde satu pon soalan yang shaye tinggalkan kosong. Alhamdulilah.


Exam dah pon habis. Belajar kat sini pon dah selesai. Dan sekarang, tinggal nak buat praktikal je. Shaye dah confirm dengan company tersebut. Area Damansara Perdana. Huhu. Bukan dekat-dekat dengan rumah, so shaye terpaksa menyewa kot nanti. Tengoklah macam mana. So, nanti korang akan dengarlah bebelan shaye sepanjang buat praktikal kat sana. Hehe. Company tu siap bagi jawatan masing-masing dah. Takott! Jawatan shaye kat situ sebagai Software Programmer. OMG!


Actually memang shaye dalam bidang IT tapi major shaye ialah Multimedia. Jadi shaye tak banyak kepakaran dalam buat software semua. Serius takott. Tapi bila fikir-fikir balik dan ingat-ingat balik apa yang ditekankan dalam Bengkel Insaniah yang shaye dah pergi hari tu, hidup ni kena mengamalkan konsep Life Long Learning !


Konsep ni mudah je. Supaya kita keluar dari takuk yang lama, keluar dari tempurung. Jangan sekat peluang yang ada. Grab it ! Jangan jadikan sempadan itu alasan untuk berjaya. Entah, semangat berkobar-kobar ni even hati jiwa kacau. Damn!


Selama tiga tahun duduk kat Johor ni, selain shaye dapat ilmu, shaye juga telah alami macam-macam pengalaman, cabaran, dan erti hidup. Even "tak seronok" lagi banyak dari "seronok" kat sini, shaye tetap bersyukur dengan peluang yang telah diberikan. InsyaAllah dengan berkat usaha, ilmu yang shaye perolehi akan shaye gunakan untuk masa akan datang.


Terima kasih shaye ucapkan kepada rakan-rakan, sahabat-sahabat, keluarga shaye, anak-beranak angkat shaye kerana tanpa mereka siapalah shaye. Takde apa yang dapat membalas jasa mereka, hanyalah doa shaye titipkan buat semua. Tanpa mereka, sunyilah hidup shaye dan tanpa mereka juga akan terpadam sinar keceriaan shaye. Syukur kehadratNya kerana telah meminjamkan shaye sinar kebahagiaan yang tidak akan shaye lupakan. Shaye akan tetap menyayangi semua sampai keakhirnya.


Teruskan membaca belog cik Nemomimosh. Shaye sangat menghargainya.




*Jempot tambah nasik! Jempot Jempot!

No comments:

Lazada Philippines