Sunday, January 31

teman mesra-mesralah!


hmm.pada shaye topic ni agak sentitip nak dibincangkan.ye, memang shaye gila kawan.gila kawan maksudnye, shaye suka berkawan.tapi bukan berkawan sebarangan.ngerti? ia bergantung kepada jenis kawan. ada orang kata, bukan susah nak cari kawan. tegur, borak tak sampai 5minit dah boleh panggil kawan. tapi korang tahu tak, tak semua kawan tu boleh jadi sahabat kita? dalam konteks persahabatan kat sini, sahabat tu adalah seseorang yang sentiasa ada dengan kita waktu susah atau senang. bila kita susah, tak payah mintak tolong dia akan cuba cari penyelesaian untuk kita. bila kita menangis, dia ada dengan kita untuk tenangkan kita. dan bila kita happy, dah semestinya dia pun turut happy. betul tak?




tapi apa yang shaye perhatikan di sini, kat mana2 kita boleh jumpa kawan. tapi tak semuanya ikhlas nak kawan dengan kita. kawan atas bersebab. sebab yang boleh menguntungkan dia. bila senang, suka hati kau la kan. tapi bila susah, barulah terhegeh2 nak cari kita. kadang-kadang bila time susah, baru nak tegur kita. tapi bila dengan kawan2 dia, pandang kita sebelah mata pun tak nak.kenapa ek? musykil di situ.



ye shaye mengaku yang kat sini shaye memang tak ramai kawan. entah kenapa nikmat belajar tu macam takde kat sini. shaye jadi pendiam tak tentu pasal. maybe sebab shaye kena harungi semua tu sorang2.aduhai. tak macam zaman dulu2, even susah macam mana pun kita rasa seronok nak tempuh sebab semangat perkawanan tu ada. *perkawanan? ape tu.ah.biarlah.hehe.


tapi takpe, shaye bersyukur sebab shaye buley hadapi sampai tahap ni. maybe sebab faktor2 tertentu yang shaye tak tahu kenapa shaye tak jumpa benda yang besh pun duduk kat sini. korang nak kata shaye sombong cakap la sebab shaye bukan orang yang macam tu ok..so, tak payah la takut2 nak tegur shaye.hehe.yang penting tanggungjawab ni ha.kena belajar sampai habis bila dah masuk sini. Faham cik Era? Doakan yang terbaik buat shaye k? Chaiyok!

Friendship Contest

ok, ni kali ketiga shaye join contest.
Contest ni datangnya dari blog cik Mar
di mana ia berakir pada 12 Febuari 2010
so, siapa2 nak join buley klik kat banner cik Mar ni k?



ok cik Mar, ni gamba yang shaye pertaruhkan. shaye yang kat depan sekali tu. masa tu kitorang bercuti kat Pulau Pangkor.agak gumuk coz gamba lama.* sekarang macam tak gumuk je.hikhik.
jangan kata shaye tiada dalamgambar pulak tau..ok cik Mar.pilihlah shaye! haha.



Without Borders Contest

ok. ni contest kedua yang shaye join.
tak tahu la sempat lagi ke tak.
cik edrina, ada peluang tak untuk shaye ni??
takpelah. if dah tamat tempoh, korang tatap je la picha ni k?
cik edrina,
shaye join part 1.


kepada sesiapa yang nak join contest ni, klik je kat link yang shaye dah buat kat atas ni k?
tu pon if masih sempat la..haha.


http://zaihazrasulaiman.blogspot.com

Saturday, January 30

statement benar.shaye sunyi.

huhu.kesian shaye.bangun2 tidur je tengok satu rumah takde.
masing2 ada hal. dengan program.balik kampung.reunion.
aiyoo..shaye? keseorangan la.ape lagi.
pagi2 internet takde sampai petang.ni pun baru je ada.
nak call rumah, tak tahu kenapa tak dapat.
call2 incik, dia pegi kenduri kawin tak bagitahu.menchi ok.
so, shaye sangat sunyi. buat kerja pun tak menjadi tengok takde siapa kat sebelah.
so, apa yang shaye buat di hostel ni ialah...
-----------
----------
----------
mengadap cermin.bersolek.
and amek gamba!
yeay!
ini hasilnya.


bagus.takde keje kan? *psm kau ape cter Era?
jangan tanye buley? *sensitip ok.
hohoho~

cantek ke korang?

Chantek..eh salah eja.Cantik..gurlz, korang rasa korang chantek? opps..cantik? Bf korang selalu ke puji korang cantik? Selalu? *untungnye kena puji..shaye?opps! Ok sebenarnya cantik ni adalah subjektif. Kadang2 bila kita tengok orang tu cantik,tapi bila orang tengok biasa je..kan? Tapi pada shaye cantik tu tak semestinya dari luaran je. Kalau kita nak kelaskan orang itu cantik ke tak, ia bergantung kepada luar dan dalam seseorang tu.mintak maap, bukan dalam baju ok! *yang lelaki mula la nak fikir bukan2.hehe.


Maksud cantik luar dan dalam di sini ialah seseorang yang cantik dari segi rupa dan penampilan, keperibadian, hati yang bersih dan segala2nya perfect.



Tapi zaman sekarang ini kenapa perempuan berlumba2 nak cantik? Pegi cucuk sana, cucuk sini. Apa tak sakit ke kakak oi? hehe. Tapi kalau yang menjaga kecantikan tu ok la kan. Sekurang-kurangnya dia menghargai apa yang dia ada. Macam shaye nak pegi facial apa semua takde la kan. Lagipun shaye kan masih study. Sama je, tetap jugak berjemur panas2 nak ulang-alik pegi kelas hari-hari. Tapi if dah keje nak jugak pegi kot tiap2 bulan *berangan dah keje.haha.



Ok itu cantik dari luaran. Kalau cantik dari dalaman macam mana pulak? Ha, macam ni. Kita kena bersihkan hati kita. Tak payah la kita nak dengki, berhati busuk, buat jahat kat orang lain. Setiap apa yang kita nak buat tu biarlah dengan niat yang baik. Bila hati dah busuk, dengki, khianat kat orang lain, dah tentu jelas nampak air muka kita ni jahat. Selain itu, kebijaksanaan jugak buley wat kita rasa cantik. Cara bercakap, cara berjalan, cara ketawa. Dah la sekolah pandai, pandai segalanya la. Pandai masak, pandai borak dan macam2. Nak tahu apa kategori cantik untuk orang-orang macam tu? Tu kategori orang yang dah dilahirkan cantik semulajadi.*agak-agak shaye kategori apa ya? kena tanye incik shaye ni.


Lagipun kecantikan ni bukannya kekal. Maksud shaye kecantikan luaran. Esok lusa berkedut jugak kan? Lain la korang duk cucuk2 botox ke.. Tu lain cerita la.. Apapun setiap wanita layak untuk jaga kecantikan masing-masing. Macam mana? terserah la pada kemampuan. Alaa..produk tradisional pun ok apa. Tapi kan shaye musykil. Pada lelaki, perempuan itu cantik dari segi apa? Dah nama pun lelaki kan, pantang nampak perempuan cantik, seksi sket confirm nak pandang kan. Tapi tahu ke korang apa kat dalam hati diorang?


Agak-agak macam ni ke?

  1. pergh, awek cun la.kan besh dia milikku.aauuw!
  2. Ahh..tak kira.japgi aku nak pegi ngurat minah yang pakai skirt terbelah tu.
  3. Astaghfirullah. seksinye. taknak aku pompuan macam tu.
  4. Alahai manjenye pompuan tu. Cute pulak tu.
  5. Ala, perempuan macam ni bersepah kat KL.
  6. Kan seronok jadi perempuan.. *opps lelaki ketegori ape ni.haha

*gambar sekadar hiasan.(google)


Misteri kan? Tak tahu la apa diorang fikir. Sebab pandangan lelaki dengan perempuan mana sama.kan? Entah la. Tiada komen di situ. Yang dah ada gf atau bini pulak sibuk suruh gf pakai macam ni, pakai macam tu sebab nak tengok gf atau bini diorang nampak cantik. Tapi bila kita dah berdandan cantik2, tengok dia. Alahai. takde perubahan pun. Sama je? mentang2 tak payah nak makeup2 macam pompuan. Macam tu je la kau kan? Dengan tak jaga mukanya. Rambut entah sikat ke tak..Kuku panjangnya mengalahkan syaitan ya ampun.haha.kalau baju, baju tu je la tiap kali jumpa. Seluar pun seluar sama? Apa kes? Opps! Hohoho.. *yang dalam2 pun sama ke? adoi.



Ok korang rasa artis mana yang cantik? Pada shaye, shaye suka tengok Cheryl Samad. Cantik kan dia? Dia artis. Berlakon.Penyanyi.Pengacara.Pandai.Pandai bukan dari segi pelajaran je tapi macam2. Pandai bercakap, pandai berlakon dan semualah. Setahu shaye takde pun gosip2 yang memburukkan imej dia. Dia seorang yang sederhana tapi pada shaye cantik. Tak cantik ke korang? Tak kira.yang penting shaye suka.haha.



*si cantik.

ok la.macam dah terlebih panjang je entry kali ini. Gudnite.
*psst, shaye cantik tak? ke chumel? lalalalalala~

Thursday, January 28

rahsia disebalik kelas malam!

Cik Era, kamu patut berada di kelas.
Tapi kenapa kamu dah ada kat rumah?
*soalan panas.

Err...emm..saja keluar awal.oppss!
*jawapan nak panas jugak

Ok ceritanya begini. Sebenarnya kitorang ni ada salah faham tak tahu kelas minggu ni kat mana.Pegi-pegi,opps! salah kelas la.huhu. Nasib baik dapat contact ketua kelas dan kitorang pun pegi la kelas tersebut. Kelas pukul 8pm tapi sebab salah masuk kelas, jadi 8.30pm. *sebenarnye ramai lagi tak sampai.gara-gara salah kelas la.

Tapi bila bukak2 pintu dewan kuliah je, pergh! korang tengok sendiri la.dah penuh. siap duduk2 kat lantai lagi.huhu. lecturer pun macam tak kisah je.makin lama makin ramai yang datang pastu semua pun bersila kat belakang.haha.macam kenduri la pulak kan? tapi bila dah bersila kat bawah pastu dalam keadaan yang tak selesa,buley masuk ke belajar? *padahal yang duduk kat depan pun sama je.hehe.shaye tak kata semua.ada la.

kita tengok je la ragam diorang ni.shaye? keje shaye snap picha je la.haha.maafkan shaye cikgu.*cikgu?kunun2 sekolah.






agak-agak sejam lebih dalam tu, kitorang pun cabut la..hoho.jaat2 kan? huhu.lagi sekali,maapkan shaye cikgu.shaye takde pilihan. *ceh.alasan.

keluar je kelas.pergh! lagi hebat.lagi ramai rupanya.diorang melepak kat luar kelas.berkelompok2.study group ke apa? haha.no kumen.sebab terjadinya perkara ni? lecturer tak besh kot.huhuhu.again.maapkan shaye cikgu..

ok,terjah!
tengok tu? tapi kira ok diorang melepak.shaye dan kitorang? balik terus.majuk la kunun kan.


*gambar kabur sebab takut diorang tahu shaye snap picha diorang.haha.


*ha,yang tu kelompok budak pompuan pulak.discuss ape ya? haha~

banyak lagi kelompok melepak ponteng duk luar kelas sebenarnya.tapi ini je dapat shaye snap.kesimpulannya, jadi student ni tak sah kalau tak nakal.

*jangan tiru macam shaye ok!

Kopitiam mari!!!

Ok hari ni shaye nak promote la sket kan apa je yang ada kat Parit Raja,Johor ni. Bukan Parit Raja Muar..Tapi Parit Raja Batu Pahat ya kawan2..D'Impian Kopitiam.
Terletak dekat sangat dengan Kampus Bandar UTHM atau nama lainnya Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.Siapa yang tak kenal UTHM lagi memang nak kena pukul dengan shaye. *macam kuat pukul je.haha.Jangan marah ye. Bukan apa. Selalu kalau orang akan tanya,

"UTHM?? Universiti apa tu?", "Kat mana?","Kolej swasta ek?".

Penat jugak la nak menjawab kan.

"Ye..dulu memang la kolej swasta tapi dah jadi IPTA dah,makcik pakcik",

tu je la jawapan paling ringkas nak jawab.

"Oh,kalau macam tu makcik nak suruh anak makcik mohon UTHM la"

nasib baik.*Jap2..Agak2 anak makcik tu pompuan ke laki eh? *gatal jap.


Batu Pahat bukan besar mana.tapi kalau ikut peta memang la besar.*mengenang nasib buat projek melibatkan peta. Parit Raja tu kecik sangat rasanya nak dibandingkan dengan Batu pahat. *tapi buley tahan juga rumit nak lukis peta.


D'Impian Kopitiam kat Parit Raja, Johor.Korang pernah dengar? Tak pernah? Apa la..Dats why la shaye nak kenalkan kat anda semua.*bajet rancangan Jalan2 cari makan kat tv3. Ok, Actually D'Impian ni hotel milik salah seorang bekas lecturer UTHM.Encik Baharuddin.*Lecturer shaye juge. So, dia perkembangkan bisnes dia,buat satu kopitiam dekat2 dengan Kampus Bandar UTHM.Berhadapan dengan hotel beliau jugak.Bagus kan? *Untung wife dia.ceh3..


Ok jum kita terjah D'Impian kopitiam tu.*Tiba2 macam abg eryqaz pulak main terjah2.


Ha, dah sampai dah kita.kejap je kan? *ape merepek ni?.haha. Apa pendapat korang tengok dari luar kedai? ok la kan? *sebenarnye kira lawa la nak banding kedai2 lain kat Parit Raja ni.



Ok jum masuk..



macam mana? ok kan? standard macam kedai2 kopitiam lain yang ada kat Malaysia ni la kan?



tiba2 je gambar akak ni..aishhh! takpe la.sekali sekala.ok,ni nama dia kak ain.nak berkenalan bagitahu shaye.oppps..*habislah kena pukul dengan akak pasni!



menu dia ok.not bad.harga boleh tahan.tak mahal sangat dan tak murah sangat.



servis? ok la..pekerja dia senyum sentiasa.macam kitorang ni. *makanan sampai agak lambat even tak ramai orang.tu sempat posing.



yeay akhirnya.ini shaye punya. Nasi goreng Kampung Special.Agak2 korang sedap tak?



Ha,ni kak ain punya. Fish and Chip ape ntah.lupa namanya.hehe.

Rasa ok..tapi pada shaye biasa2 je..Maybe yang menariknya tempat dia kot. Shaye bagi 3.5 kepada 5 bintang..takpe.masih baru lagi. Yang datang pun kebanyakannya lecturer2 shaye tengok.Apa2pun ok la..Not bad.Nampak la Parit Raja ni bukan terkenal dengan kerepek2 je. Ada macam2 lagi.hehe.Bagus usaha lecturer shaye tu kan?


Ok readers, if korang nak pegi,
kat bawah ni shaye sediakan alamatnya.
jemputlah!

D'Impian Kopitiam
No12,Jalan Cempaka NBiru,
86400 Parit Raja, Batu Pahat,
Johor.
Tel: 07-4542614

Ni semua details pasal D'Impian.Nak tempah hotel apa semua juz pegi kat laman web ini.
|
|
\/
http://dimpianinn.blogspot.com

*takde komisyen ke shaye promote ni? haha.opss! takpe,biarlah ikhlas di hati.ceh!

Wednesday, January 27

'Reddish Contest : Nama Untuk Amoi Merah'


ok korang nampak tak gambar doll kat atas ni?
cute kan? shaye terserempak masa blogwalking tadi.
jumpa kat blog cik zie.
Tuan empunya doll ni buat contest.
senang je, just suggest nama untuk doll dia yang kiut miut nih! *kalau la shaye dapat.
maklum la sejak akhir2 ni shaye dah start minat red color!
lagipun saja je nak join contest2 nih.hikhik

ok2..berbalik kepada nama.nama yang shaye suggest kan ialah..
..................
.................
MIYA!
*simple je kan?
sebab? selalu nye yang suka tengok benda2 macam ni budak kecik je.
diorang tu mana la cukup gigi lagi.
so,nak sebut merah tu macam tak brape betul.
lagi senang diorang sebut MIYA = MERAH
kan? kan?
haha..apa2 je lah!

korang nak join?? masuk je kat link bawah ni!
syarat2 penyertaan di sini!
|
|
|
\ /
Reddish Contest

Tuesday, January 26

dah besar dah korang eh?



ok entry ni khas untuk adik-adik shaye yang ada kat rumah tu.
berseronok agaknya.sangat seronok sebab mama dah duduk rumah.
so, makan minum semua terjaga.
lagi-lagi dengan perangai mimi yang mencuit hati.
beshnye la kan korang?
alangkah seronok shaye juga di rumah.
tak payah susah-susah susah duduk kat sini.
jauh dari family.*dari incik juge.hihi.
tapi nak buat macam mana.tanggungjawab shaye kat sini tak habis lagi kan.
beratnya kat bahu ni ok.
sebagai anak sulung, shaye kena lebih matang.*ye ke?

ok2, sebenarnye nak wish birthday kat emy.adik lelaki shaye yang pakai t-shirt tu.*tu pon kalau korang nak kenal la.hehe.
hari ni 26hb Jan kan? so,birthday dia la hari ni.mesti dia ingat shaye lupa nak wish.hehe.

ok emy,sila dengar..
*dengar ke?bukan baca.
semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki k?
dah 18tahun dah kan? *yeke?
so,cepat-cepatlah cari kerja.
jangan bersenang-lenang kat rumah tu.
if taknak kerja, pergi isi borang masuk IPTA.
ngerti?
shaye doakan yang terbaik buat kamu.
nah..tiup la..shaye dah sediakan kek ni.hehe.



ok,untuk paly.
happy belated birthday.
15hb Jan.
untung la kamu.kakak pulang masa birthday kamu.
so, dapat la apa yang patut kan?
kamu juga.belajar rajin2 ok?
kakak kamu ni sentiasa mendoakan korang berdua kat sana.*macam jauh sangat je.
sebab apa?
sebab korang adik-adikku la..

Tutorial : blog korang gemuk ke kurus?

hello everybody! ececeh..assalamualaikum.barulah muslimah di situ.hehe. ok readers..korang perasan tak yang widget shaye dah berkurang? widget? ape benda tu? alaa..benda yang kat tepi2 entry shaye ni. korang perasan tak dah berkurang? perasan kan? hehe. sekarang tak tahu la kenapa shaye sangat rajin blogwalking.


tup2 pegi la kat blog cik izzah ni. dia bercerita macam mana nak timbang berat blog. dan dalam masa yang sama buley tahu speed sekali. shaye pun rajin2 la try nak tahu blog shaye ni kurus ke gemuk.

mula2 timbang..aiyooyo..181.6kB..0.38seconds..




tak buley jadi.buang lagu.buang gamba.ha, kurang dah.164.69kB..0.32seconds.



gemuk lagi ke ha? aa..buang lagi.ha.amek.162.93kB..0.374seconds..



oppss..nak buang lagi.tapi cukup2 lah..korang pakai la broadband ke, supaya dapat masuk blog shaye dengan lebih laju dan mantap lagi.*ape kene mengena dengan mantap? ah..biarlah.hehe~


nak timbang menimbang berat blog?? ha..meh2..masukkan url blog korang kat link web yang tertera di bawah ni pastu timbang k? timbang blog je atau web korang.jangan timbang berat badan.*buley ke?lalala~

*klik bawah ini
|
|
\ /


berkabunglah!

Annoncement
perhatian kepada semua warga UTHM! Mulai esok,semua WAJIB berkabung untuk masuk ke dalam Universiti Lelaki mestilah memakai songkok dan berlilit kain putih dan Perempuan hendaklah memakai tudung putih!

shaye??
barulah time tu nak bukak almari cari tudung putih..
aiyooo..tak banyak tudung putih ni.
if dulu tudung putih jugak jadi pilihan.bukan apa,senang nak match dengan baju.
tapi lagi kesian kot kat lelaki.
kena pakai songkok yang siap lilit2 kain putih.
tapi takpe la kot.
dah duduk Johor ni.dah jadi sebahagian rakyat dia la kan.
so, baru tadi kolej Perwira ni buat tahlil untuk Almarhum.


buley tahan ramai yang datang.al maklum la.wajib kan.dapat pahala lagi.hehe.


ha.budak2 cina pun datang.sebab ada perjumpaan sebelum tu.takkan la diorang join tahlil jugak kan.


ha.ini package..dapat pahala.pastu dapat makan lagi.rugi tak pegi.

so,esok shaye kena la pakai tudung putih.

bila shaye terjah dari satu blog ke blog tadi. jumpa pun blog yang dengar2 khabar dia mengutuk sultan.Isyh3.berani kamu ya? Shaye tak pasti penulis tu lelaki ke perempuan sebab shaye ni tak rajin baca berita.ini dia dah minta maaf dah kat semua rakyat Malaysia.maybe dia dah menyesal. tapi tak tahu la kan apa nasib dia?
Ini permohonan maaf dari blog Aduka Taruna yang shaye maksudkan.*klik je link
tapi bila shaye baca respon, lagi takut dibuatnya.
mana tak, semua bahasa yang tak patut keluar.
even orang tu buat salah, tegur elok2..
kan? shaye taknak bercerita panjang pasal ini.
yang penting, kita doakan je la orang yang dah takde tu dicucuri rahmat.

Sunday, January 24

mcD yuk?!

takde apa yang nak diceritakan..malam semalam kitorang (budak2 rumah lama) pegi makan mcD kat Batu Pahat..siapa kata mcD takde kat Batu Pahat ni??
ada la..! tak pecaye? jum!

layan gamba je la ya..takde story la..anyway..punah dietku..pegi makan benda2 yang banyak kolestrol..adush...! *tutup muke menyesal.


ni masa on the way..


ha..see? sampai dah..


ok geng! ayuh!


saja tangkap gamba abang ni wat kerja..nampak tak dia pakai songkok? berkabung sebab Sultan Johor kan dah mangkat..


get ready nak makan dah ni..


ini shaye punye..ayam goreng mcD..even dah pilih regular.stil pedas.huhu..shaye lagi suka KFC!


jemput2..~


wah2..baiknye Sue..


apahal pulak ni? oh..tambah meja..:)


tuan blog nak posing jugak..


dah? makan2..


dah habis makan terus pulang..

eh?? tak pegi jalan2 ke lepas tu??
*buley..tapi kena tido luar pagar sebab pak guard kunci pintu nanti..
ngggggee!

Friday, January 22

kenapa shaye ada blog,kenapa blog ada shaye?

hamboi2..tajuk..hehe~
yela kan..tak salah tajuk shaye tu..
dah tentu setiap orang ada sebab masing2 kenapa diorang wat blog..
kan? kan? kan?
jadi shaye nak tanya,
kenapa korang ada blog??
agak-agak korang kenapa shaye ada blog?
saja nak menunjuk? poyo?
takde keje?
semuanya TIDAK ok!
sebenarnya motif shaye buat blog ni sebab minat.
shaye suka~
incik shaye selalu tanye, shaye nak jadi penulis ke?
Oh itu juga bukan..
Actually semuanya tercetus sebab seorang girl ni..
shaye minat gila kat dia (bukan lesbo ok)
Alaa..korang kenal tak?
jap shaye cari gamba dia kat Google..
ha,ini dia..
Cik Puan Lydia Ibtisam




dia ni kan berlakon cerita "Impian Ilyana" tu..
Jadi shaye sangat suka dengan watak dia dalam cerita tu..
Sometimes sampai terbawak2 n berangan kunun2 shaye Ilyana.
ayat favourite dia dalam cerita tu
"apa yang patut Yana buat?!!"
ceh3!~
Dalam cerita tu kan dia ada blog.
Hari2 dia akan tulis kat blog dia pasal kisah hidup dia..
Macam besh..
So, shaye pun nak juga wat blog..
dah jadi macam sumber inspirasi la pulak kan..
tapi tak la sebab shaye nak tiru dia 100% ke apa..
Shaye memang suka berblog ni..
Kita buley kenal orang ramai lebih dekat lagi..
Pastu kita buley tulis apa yang kita rasa, suka dan sebagainya.
Dan serta merta kita share sebahagian hidup kita..
Tak kisah la orang nak kata blog shaye ni "stupid blog" ke apa.
Blog je lah kawan shaye sekarang.
yeay!~

Thursday, January 21

networking lab

ok2..hari ini kita masuk lab networking ok..anda ditugaskan untuk wat kabel cross over dengan straight cabel.

ok.sila ambil barang2 dan perkakasan yang telah disediakan..


ini? ini benda yang nak check samada cabel kita tu berfungsi ke tak..


ha, susun wayar ikut susunan yang telah ditetapkan ok..ha, wat betul2,bang! haha~


ha,barang tak cukup..amek je kat sini..=)


ikut arahan dalam lab sheet ok!


ha..ni untuk cross over cable..


ha..pastikan wayar tu terletak dengan betul..kalau tak, ia tak berfungsi..


ha, ni shaye punye..cantek dan kemas tak? hehe~

ok dah la tu..dah siap buley balik..ni shaye dah tulis kat entry ni, tak payah wat report takpe tak??

*pemalas punya orang!
(tepuk dahi)

Lazada Philippines