Thursday, February 25

Girlz,ini lelaki yang patut anda reject!

Tak semua perfect dimata kita atau sape2 kan. Dan setiap orang punya kelebihan dan keburukan masing-masing. Lelaki. Memang suka mengayat. Tak semua. Segelintir je. Dan perempuan suka diayat. *Betul ke? haha..Tapi dalam anda memilih "teman tapi mesra" atau "kekasih hati" korang, sebelum pilih better menilai lelaki tersebut terlebih dahulu. Supaya tak la menyesal dikemudian hari. Jangan pulak dah separuh jalan mengeluh pastu buruk-burukkan boyfren korang atau suami korang tu kat orang lain..cian tau..Untuk mengelakkannya, better korang reject awal-awal sebelum apa-apa. Buang masa korang je kan tunggu lama-lama. *shaye mengajar bukan-bukan ke? haha.



Kejap!
Jangan main reject je tak tentu pasal. Reject lelaki-lelaki macam ni je. Antaranya:




1. Lelaki pemalu+penakut=Lelaki lemah lembab
Lelaki jenis macam ni memang tak tahu nak cakap macam mana. Bila dah pemalu + penakut, sampai bila pun tak berani nak propose pompuan yang dia suka. Mahu tapi malu. Entah2, pompuan yang propose dia. So, gurlz! tak payah la tunggu lelaki macam ni. Lembab. Terima kasih banyak la kan? Entah macam mana depan tok kadi agaknya. 3kali lafaz nikah belum tentu sah lagi agaknya.haha.





2.Lelaki GSTK
Apa jadah Lelaki GSTK nih? Gandaan Sepunya Terkecil ke? Haha..GSTK ialah Gila Seks Tahap Kritikal ya..Bukan yang dalam subjek math dulu2 tu. Lelaki macam ni paling bahayes! Bila jalan sebelah dia, mata dia duk pandang benda-benda tak sepatutnya dipandang. Lagi-lagi kalau yang si pompuan pakai seksi meksi..Lelaki macam ni akan cakap benda-benda yang lucah je memanjang. Ibaratnya, takde benda lain selain tttttteeeeet! Tak suka ok..Bawak-bawak la insaf. Lelaki macam ni bukan ikhlas pun nak kawan kita. Dia berkemungkinan ada niat tak betul.





3.Lelaki buaya darat
Jangan ingat buaya ada kat sungai je. Kat darat pun ada ok. Lelaki macam ni lagi la tak buley pakai. Dia just nak berseronok je jadikan kita koleksi pompuan dia. Yang bahayesnya, lelaki macam ni memang pandai mengayat. Sebab dia memang dah pro. So, berhati-hatilah!





4.Lelaki pengotor
Aiyoo..sape-sape pun tak suka kan? Geli ok. Mana-mana pompuan memang tak suka lelaki macam ni.. Perempuan lebih suka lelaki yang jaga penampilan. Maksudnya kemas dari segi pakaian, kebersihan diri. Biarlah takde rupa pun tapi bila jalan sebelah, wangi je. Rambut rapi, bersih dan sedap je mata memandang. Ni mandi pun tak pakai sabun, gosok gigi malas,sikat rambut pun takmo, pakai compang-camping, ape nak jadi? Kalah mat bangla tau..Patutlah mat bangla zaman sekarang ni hot-hot. Haha. Hot la sangat!





5.Lelaki kedekut
Ha yang ni shaye memang paling tak suka. Sebab shaye ni mata duitan. *statement tak buley blah. Nak belanja makan berkira-kira siang malam. Duit berkepuk tapi takut nak melabur kat pompuan. Lain la pompuan tu pisau cukur memang patut la lelaki jadi kedekut.. *Nasib baik incik shaye tak dekut. Tapi masa mula-mula kenal setiap kali berbelanja dia akan congak duit depan shaye dan buat muka nyesal. Oh, tak jadi shaye tak mintak-mintak. Sekarang tak dah.Sukeeee!





6.Lelaki yang budget bagus
Lelaki macam ni susah kita nak bawak berbincang sebab kalau buley semua dia sorang je yang betul. Bila bagi pendapat, tahun depan pun belum tentu dia buley terima pendapat korang tu. Berlagak tak tentu pasal. Lagi satu lelaki macam ni confirm ego dia terlebih. Semua lelaki ego tapi yang ni terlebih. Oleh itu jangan ego sangat, sang lelaki. Perempuan tak suka. Tapi jangan tak ego langsung, tak macho pulak. Ego biar berpada-pada. Yang sedang-sedang saja.





7.Lelaki perokok tegar
Bukan ada blogger tegar je ye, tapi perokok tegar ramai kat luar tu. Gurlz, lelaki macam ni tak payah la korang hinginkan. Duit diorang habis untuk rokok je. Rokok tu pulak untuk bagi cepat sket lelaki tu JALAN. So, daripada korang sayang lelaki yang tak sayang diri sendiri better korang ucapkan selamat tinggal awal-awal kat lelaki ni. Kalau takmo, suruh diorang benti merokok slow-slow..





8.Lelaki gay
Hahahaha..Tak payah explain pun takpe. KORANG NAK KE???


Haha..ok,tu saja untuk hari ni. Renung-renungkan. Fikir-fikirkan. tepuk dada tanya selera. If korang sanggup nak bersama dengan orang macam ni, teruskan je la..Tak salah pun..Tapi yang menanggungnya koranglah. jangan salahkan shaye, shaye dah bagi nasihat ye!

Mengidam bukan nak dapat baby ok

Teringin nak makan roti canai banjir.
Buley tak ngadu k
at sini?



*shaye akan dapatkan! or sape2 nak belanja ok jugak.hikhik.

Takpayah baca!

Nak update blog tapi takde idea. Ni penangan nasi lemak la ni. Tak boleh berfikir hari ni. *salahkan nasi lemak. Pastu gi makan pulak ubat batuk. *Ni salahkan ubat batuk pulak.


Takde idea la.


Nak cerita ape e
h?
*soalan tak patut ditanya kat korang.


Korang nak tahu
ape?



*gambar sekadar hiasan.


bagitahu je,
shaye cerita, eh tulis! *bajet tahu semua.opps!!

Tuesday, February 23

Berfoyes!

Hohoho..Sabtu minggu lepas.20hb Feb 2010. Kitorang pegi berfoyes. ceh. Takdelah pegi mana pun. Pegi karaoke je. Tapi kali ni lain sket sebab bawak mimi sekali.adush.haha..Lokasinya dekat GreenBox Jusco Bukit Tinggi, Klang. Lepas breakfast kat rumah dalam jam 9am kitorang gerak..Masuk dalam jam 10am kuar jam 12am. Tak puas menyumbangkan suara sebab asyik kena kejar budak kecik ni dalam bilik tu. haha..Tapi takpe, funny ok..dah2, layan gambar!







Nak tengok budak kecik ni nyanyi?? Layan je video ok..Sorry gamba senget tak tahu nak betulkan macam mana..Abaikan suara pompuan yang tengah nyanyi tu ok..kalau merdu cakap merdu..oppps..haha

video

Kesan tak update blog dan tak buat blogwalking

Ternyata jelas dan benar apa yang diperkatakan oleh en.eyriqazz kita di mana salah satu cara untuk menaikkan unique visitor adalah dengan cara selalulah update blog anda, rajin-rajinkan diri blogwalking dan lain-lain. Nak tahu lebih lanjut, pergilah baca-baca tips kat blog dia.

Minggu lepas adalah cuti raya cina, so shaye memang tak dapat nak update blog shaye sebab kat rumah belum pasang Internet. Dan disebabkan itu jugalah blog shaye diisythiharkan cuti seminggu.*ikut tuan jugak la kan. Maka, tiada aktiviti berlaku di situ dan aktiviti berblogwalking jugak takde. Dan hasilnya adalah seperti berikut:



Ok, yang ni graph tunjukkan berapa ramai yang visit minggu ini. Dari 16hb feb tu korang dah nampakkan?? merundum jatuhnya.. Yang shaye bulatkan tu, semalam punya.. Baru naik sket sejak balik sini balik. Mentang-mentang la tak update sebab shaye balik Port Klang, korang tak mau lawat pun blog shaye. *majuk!




Ha, yang ni minggu lepas punya. Dah terang2 12hb sampai 15hb tu berapa kerat je..huhu..




Yang ni last month punya, diz month punya entah macam mana la agaknya..

Oleh sebab itu, anda diharuskan rajin-rajinlah mengupdate blog. Bila takde cerita baru dan hot, siapa pulak nak baca blog kita kan? Lain la blogger tegar macam Hanis Zalika, Bang Nara dan lain-lain.*ntah brape la income diorang dapat sebulan dengan Nuffnang kan. Dan rajin-rajinkan diri dengan blogwalking. Tak rugi. kita akan dapat ramai kawan dan dapat kongsi banyak pengetahuan. Tak percaya? Tepuk dada tanya Nuffnang. haha~

Bukti dah pegi register!


klik gamba untuk besarkan.

Akhirnya, shaye telah pun pergi register Streamyx untuk pasang kat rumah. Senang sket bila shaye balik rumah nak online..Tapi ok ke ha package ni? Whatever la..Janji buley online..hehe..

Yang menjadi masalahnya sekarang, apasal orang TM tak datang2 rumah lagi pasang Internet?? ni yang nak marah ni servis lambat!

Monday, February 22

dah lebar, luas pemandangan.

ok now my blog dah lebar, luas. buley lari-lari kat situ rasanya.hehe..puas jugak nak adjust..kepada yang komen dan bagi respon, thanks tau..!

kat bawah ni antara yang komen pasal body post shaye yang before ni memang kecik pun..tapi sebenarnya shaye suka..takpela, takkan nak baca blog syok sendiri pulak kan. so, shaye pun telah melebarkan dengan seikhlas hati..widget wigeo pun shaye dah buang dah untuk elakkan kesukaran korang..









ok, diharapkan korang rajin-rajin la singgah kat blog shaye lagi ok..segala kesulitan amatlah disesali..:)


*maybe dah terbiasa tengok blog sendiri chumel kecik molek, bila dah lebar pastu besar macam kekok pulak..haha~

Sunday, February 21

kembali ke sekolah!

I'M BACK!
dah sampai Batu Pahat dah..
later shaye story mory k??
berjalan je memanjang time cuti.
memang tak hingat dunia ok.huhu
agak busy ni pulak bila dah balik sini..
later tau!
babai!

Sunday, February 14

Gud news!

Hye guyz..! Shaye di kampug..Ada kenduri..
Btw, thanx sebab sudi bagi opinion pasal header shaye tu!
Shaye hargainye...
Nak tahu?
Shaye berjaya pujuk my dad pasang Internet kat rumah!
Maybe esok or lusa pergi apply Internet.
So, Mari bersorak! Yeay!
Got to go..Later!

Thursday, February 11

Respon kamu apaan ya?



header baru!
Ok tak?? Saja je tukar. Yang ni nampak lagi girlish nak dibandingkan before ni..
Pastu nama "NEMOMIMOSH" tu baru nak komersialkan even nama tu dah guna lama.
Dun wury..
Untuk tempoh sementara je..
If korang tak suka, shaye tukar yang lain aje..
If suka, shaye kekalkan dan try design layout sendiri pulak.ececeh~
So, bagi respon tau!

Nak Balik ke Taknak Cik Nemo Oi?

Esok shaye pulang ke Port Klang. Cuti raya cina beb! Mari bersorak. Yeaaay! Tiket shaye jam 10am..psssstt,ponteng klaz esok sebenarnye. Diam-diam ok! (lompat2 gumbira). Disebabkan shaye balik pagi esok, maka sampai KL dalam jam 2pm. Seronok! Sampai awal sket dari biasa. Dan mama amek kat Klang. Of coz la si budak kecil mimi tu ikut sekali. Excited nak jumpa. Minggu lepas jumpa kejap je.huhu. Rindu!



Ok2.. kata nak balik esok tapi korang tengoklah..baju pun baru basuh.hahaha. Nasiblah! Balik pakai baju apa yang ada je. Bukan nak berdating pun. *shaye balik awal, incik shaye kije..


Nak bawak balik apa je ek??

Ha, Yang ni wajib angkut balik ke rumah! Takde benda ni tak buley tidur malam ok.


Yang ni apa jadahnye pulak?? Haha..DODOL?? Say What?? DODOL??

Haha..My dad suka makan dodol ni. So, shaye beli la apa yang patut.. Misi nak jaga hati la sebabnya.*nak pujuk pasang streamyx kat rumah.hikhik.


Ni kerepek apa pulak?? Macam nak berniaga je?

Biaselah korang, kata pun duk merantau kat Parit Raja, Johor ni. Kerepek2 ni memang top kat sini. Saja bawak balik bagi budak-budak makan.*buley bagi kat bakal mak mentua jugak.amek hati la kunun.


Yang ni shaye pinjam kat incik shaye. Senang nak snap picha.. Dah tamat tempoh kena pulang balik kat dia minggu ni.hehe.

Dia suruh snap picha banyak2 untuk tatapan dia. Ye, memang banyak! *amek ko shaye snap slide presentation lecturer kat depan time mengajar.


Aiyyooo.. rasa macam lama tak balik rumah dalam tempoh yang agak lama. So, blur tak tahu nak packing apa bawak balik. Kawan-kawan..plez??? Anyone??

Wednesday, February 10

Memori header Cik Nemo kita

hmmm..fikir punya fikir, tergerak hati nak tukar header baru.. Yelah, mana tahu korang dah naik menyampah tengok header ni tak berubah apa pun. Apa lagi layout. Bukan apa, nak tukar layout tu, kena tukar coding sekali. Tu la malas tu. Takde masa. Tunggu je lah nanti bila time rajin tu datang ye..*bila tu? haha.

Setakat ni shaye dah ada empat header dah. Tengok la nanti kalau banyak masa, shaye wat header baru takpun tukar template baru sekali. Barulah korang rajin nak jenguk blog ni kot...*kot.huuhu. Ha, kat bawah ni header yang dimaksudkan.


Yang ni shaye guna masa mula-mula berblog. Muka budak2 tak? Haha..Shaye start berblog hujung tahun 2008 kot..Takpun awal tahun 2009..Tak hingat dah..Masa ni entah apa-apa yang shaye tulis entah.haha.Ayat "You Just Don't Know Me" shaye guna masa tu.


Ok, lepas tu header yang kedua. Masa ni dah rajin dah berblog..Sebab tu rajin buat header baru. Simple je. Masa ni dah tukar ayat "There Is So Much Behind This Smile" ..Ayat ni shaye guna sampai sekarang sebab sesuai blog ni iaitu lebih kepada personal life. Semua hitam putih sebab masa ni takde colour lain yang shaye suka..*pssst.baju yang shaye pakai tu macam baju pengantinkan? hakhak.


ok, makin lama makin rajin bertambah-tambah rajin berblog. Header ni banyak colour2 sebab masa ni baru la shaye berminat dengan colour-colour terang macam ni..Sebab hati berbunga-bunga kot.ceh! Dah lama-lama tengok buhsan la pulak, so shaye tukar header lain. *sebab banyak bunga-bunga cinta.hoho.


Ok, lastly, ni header yang shaye gunakan sekarang. Perasan tak? Setiap header mesti ada muka shaye? Dah kata pun tuan punya blog. Jangan korang complain asyik muka shaye je..hehe..Nak taknak korang kena tatap jugak. hehe..


Ok, shaye merancang nak buat header baru. Ada sebarang cadangan???

Jawapan minah untuk abang!

Perempuan, bila dia sebut "Abang" mesti orang lain nak tanya macam ni..
Ai, abang kandungkah? Abang Angkatkah? takpun ehem2 Abang Sayang?


Tak payah bagi jawapan dah tahu bila perempuan respon macam ni..
Kenapa kau nak tanya?! Suka hati aku la! Abang aku, bukan Abang kau! *amboi, gile kerek minah ni if jawab macam tu. haha..

Kalau dia jawab macam tu, apa maksudnya agak-agak? Dah confirm-confirm la abang kandung..haha..tu pasal emosi semacam. takut kawan dia ngurat abang dia la tu. Tapi kalau dia jawab macam ni pulak......
Apa? Aaaaa...Hikhik..Agak-agak? Emmm..Rahsia! Eheh.malu lah! (sambil tutup2 muke gedik gila)

Kalau dia jawab macam tu, maksudnya abang angkat la tu. Sebab? Sebabnya tak declare lagi. Dalam proses. Dari jadi adik angkat tak lama lagi terangkat la tu.Hahaha. Ok kalau dia jawab macam ni pulak.............
Eh kau ni..Tahu2 je..Ala, biasalah dia ni bla bla bla bla..........
Yang ni memang jenis terus terang. Takde nak sorok2 sebab dah memang terang2 abang sayang diorang..so, pompuan macam ni lebih sempoi.


Ok, yang ni pulak dialog yang biasa pompuan gunakan untuk Abang-abang kat luar sana.


Abang Kandung
Minah: Abang............balik nanti jangan lupa amik adik kat sekolah tau.
Abang: Ha, yelah! Cepat sket
jangan lambat2.



Abang Angkat
Minah: Abang..........Minah rasa kita ni dah macam adik beradik betul la. Hari-hari abang temankan. Yelah, abang kandung Minah pun tak baik macam abang. Minah rasa dilindungi la, bang.
Abang: Minah kan dah macam adik abang. Jangan risaulah. Kemana Minah pegi abang jaga Minah.



Abang Sayang
Minah: Abang............Minah saaaaaayaaaaang Abang!
Abang: Oh Minahku, Abang pun
saaaayaaang sangat kat Minah!




Abang Rambut Putih
Minah: Abang..............buley tak tolong hantar kitorang kat depan sana??
Kawan Minah: Eh apa kau ni?? Pakcik la bukan abang..

Minah: Syyyyhh! Diam2 la nanti pakcik ni taknak hantar kita!

Kesimpulannya? Faham-faham sendiri. Renung-renungkan! Peace!

Tuesday, February 9

Keyboard Shortcut yang selalu digunakan oleh Blogger.

Ok, korang selalu guna ikon2 ke atau guna shortcut untuk edit entri korang? Sebenarnya takde banyak beza pun, sama je macam kita guna shortcut untuk komputer. Dan ia boleh digunakan oleh mana-mana jenis browser termasuk Internet Explorer, Firefox dan sebagainya. Ni just untuk pengetahuan korang je ok? Nak guna pun takpe..
  1. CTRL+B : Bold Text. Highlight kat teks yang korang nak bold atau gelapkan, pastu baru tekan CTRL+B.
  2. CTRL+I : Itallic Text. Highlight kat teks yang korang nak itallic atau sengetkan, pastu baru tekan CTRL+I.
  3. CTRL+A : Select All. Yang ni untuk select semua isi entri korang. Just tekan CTRL+A, semuanya akan di highlight.
  4. CTRL+C : Copy. Highlight kat teks yang korang nak copy atau salinkan, pastu baru tekan CTRL+C.
  5. CTRL+V : Paste. Lepas dah tekan CTRL+C untuk copy, tekan CTRL+V untuk paste.
  6. CTRL+X : Cut. Ini untuk potong teks yang berkenaan untuk paste kat tempat lain atau untuk delete terus. Highlight teks, kemudian tekan CTRL+X.
  7. CTRL+F : Find. Untuk carian teks yang diingini. Just tekan CTRL+F, kemudian taip teks yang dikehendaki.
  8. CTRL+T : New tab. Tekan CTRL+T, akan terpapar tab baru untuk browser.
  9. CTRL+H : History. Tekan CTRL+H akan memaparkan history untuk browser.

ha, itu je setakat ni..nak tahu lebih banyak shortcut, kat bawah entri korang tu, klik More..tak nampak lagi, tengok gambar kat bawah ni. Selamat mencuba!

Monday, February 8

Terjah Eyriqazz @ Great Teacher Onizuka




ok, sekarang kita dalam segmen Terjah!
haha. apahal shaye ni kan? relax2, entry ni sebenarnya khas untuk abg eyriqazz kita yang selalu terjah2 blog orang..Ok, siapa eyriqazz di mata korang? apakah korang kenal eyriqazz ataupun dengan nama lainnya Great Teacher Onizuka ni? Hehe.maybe kepada bloggers yang tak join Nuffnang memang tak kenal siapa dia..Tapi if korang join, memang nama "Great Teacher Onizuka" ni memang tidak asing lagi selain blogger2 tegar yang ada kat luar sana. Walaupun dah berkeluarga tapi beliau masih aktif berblogging dan pandai mencuri hati pembaca untuk selalu bertandang ke blognya.

Ok, apa yang membuatkan orang lain atau shaye tertarik dengan blog beliau :
  1. Penulisan beliau padat dengan isi kandungan atau mesej yang hendak disampaikan. Maksudnya di sini tak la panjang berjela-jela sebab merapu tetapi informasi yang berguna semata-mata. Tapi bila shaye tengok2 balik, masa first abg eyriqazz kita ni tulis blog memang berjela-jela. Tak percaya klik sini. Sekarang dah ok dah. Korang buley klik sini.
  2. Post panjang2 pun if takde gamba pembaca pun jadi malas nak baca kan? So, dari blog beliau la shaye belajar mengenai mutu penulisan. Setiap entry beliau disertakan gambar yang boleh menarik perhatian orang ramai.
  3. Mempunyai entri yang pelbagai, maksudnya bervariasi. Maksudnya tak membosankan. Lagi2 sejak ada segmen Terjah untuk blogger2 tegar, bertambah2 readers dia.. *jelez ok.hehe.
  4. Beliau tak lokek dengan ilmu, oleh itu beliau banyak menulis pasal tips2 yang berguna, segala pengalaman beliau dengan Nuffnang, cerita-cerita macam telenovela dan yang besh cerita Sally tu. Tapi shaye tak pasti dah ada ending ke belum. hehe.
  5. Beliau rajin bertandang dari blog ke blog orang lain dan sampai la ke blog shaye. Sebab selalu jumpa jejak dia kat mana-mana blog.
  6. Beliau kaya dengan bahasa melayu. Beliau suka tulis pantun, seloka dan lain-lain. *buley belajar ni.hihi.

Ok ni komen untuk abang eyriqazz..





Dari segi penulisan memang tip-top! Tapi template macam terlalu simple. If nak guna template tu ok je, header tu kasi tukar sket. Penulisan tip-top, header cantek. Baru gempak kan. bahagian komen pulak, buat pop-up, senang sket nak baca komen sambil baca post..Tu je komen yang shaye rasa abg eyriqazz perlu baiki.. Yang lain dah ok dah..cun saja!

Ha, entri yang paling shaye sukai ialah Ada Apa Dengan RedMummy, sebabnya ialah...beliau menjadikan RedMummy sebagai idola beliau. Dalam entri ni banyak info pasal RedMummy. RedMummy memang salah seorang blogger tegar dan dalam diam shaye juga kagumi beliau. Apa yang kelakarnya dalam entri ni, buley pulak abg eyriqazz ni nak jadi BlueDaddy.hehe.Dan dalam entri ni jugak ada terselit tips blogging..

Ha, shaye rasa itu saja..Kepada semua..jaga-jaga bila shaye dah publish entri ni, pastu bila abang eyriqazz dah baca, ingatlah!

Anda juga turut diperhatikan!


ok, shaye nak tag kat 3 orang.
Jawa a.k.a UserMode

NazatulShima

Aus



Siapa2 nak join contest ni buley la dipersilakan.tapi korang kena kenal dulu siapa eyriqazz ni. Nak join, klik SINI!

Sunday, February 7

akhirnya dia jadi suami orang! yeay!

hello kawan2..rindu shaye tak? haha..shaye baru pulang hostel.baru sampai ni.tak sabar2 nak story pasal minggu ni kat korang.ceh3..*pssst..agak2 korang nak tahu ke? ceh3..

ok, hari tu shaye nak story kat korang pasal membe lama shaye nak kawin kan? ok, so macam biasa pagi2 lagi incik shaye memang dah terpacak kat belakang rumah.*belakang lagi.bila la dia nak datang ikut pintu depan kan.haha. so, dalam jam 11am macam tu kitorang pun gerak..dengan berbekalkan alamat dan GPS kitorang pegi sana. Kenduri berlangsung kat Batu Caves, Selangor. So, disebabkan kitorang pun baru kenal2 ngan Batu Caves, kitorang sesat di situ. Nama taman yang pengantin bagi tak appear pun kat GPS tu.*penat je orang tu beli hp mahal.hihi. Time macam tu, membe2 shaye banyak kali la call bagi direction kan, lelaki sebelah shaye ni dah panas hati coz asyik silap jalan dan sesat lagi..jalan kat situ memang buley wat orang confius..takut ok bila incik shaye dah bising2 dan marah2. tak pernah kena marah macam tu..huhu..rase nak balik naik bas pun ada tapi taknak.haha.*buley pulak.

at last, jumpa jugak jalan berkat kesabaran dan kepanasan hati masing2..huhu..kitorang pun sampai ke tempat yang dituju..time tu kitorang gerak dengan membe2 shaye sekali.alang2 kan..alhamdulilah sampai tepat jugak time pengantin lelaki tu berarak datang rumah pengantin pompuan.*ye ke ayat berarak ni? Alhamdulilah. dapat jugak shaye tengok saat bahagia salah sorang geng shaye masa kat kolej dulu..Ok,layan gamba je la ya?


yeay2! pengantin sampai..


ha, dari kiri incik muaz, peace, dan apih.


dari kiri apih dan israihan.


pengantin makan.


bakal pengantin.oppps! haha.


jemputlah ye..


ni kenapa pulak dah ni..


tak payah puji2, shaye tahu shaye sopan santun, ayu hari tu..haha~


ha, ni geng masa kat kolej dulu..yang tepi tu incik muaz shaye ye..


shaye dan pengantin pompuan..


masa dalam perjalanan balik...

Muaz: Apa perasaan awak??
Shaye: Heh? Aaa..seronok!
Muaz: Seronok?? Ye ke seronok?

Shaye: Of coz la, shaye tak sangka dapat jumpa lagi kawan2 lama shaye masa kat kolej dulu..
Muaz: Ye ke sebab jumpa kawan lama..Ke sebab jumpa pakwe lama? *wat muka sinis.
Shaye: Awak,pasni kita nak pegi mana? *tukar topik..
Muaz: (Jeling maut)

Shaye: Hahaha..hey,orang tu dah jadi pengantin pun la.(Ketawa2)
Muaz: (ketawa berirama tak ikhlas)


*jangan jelez2 bang oi..

Lazada Philippines